WorksheetsKuiz Sinonim
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
layu
hidup
kuncup
kembang
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
kuat
berani
gentar
kasar
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.
petang
senja
malam
subuh
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang condong di bawah.
Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
mudah
selesa
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang condong di bawah.
Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
sepi
nyata
jelas
kabur
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang condong di bawah.
Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
riuh
hiba
tenang
lengang
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
sumbangan
cadangan
hasutan
galakan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
wasiat
arahan
utusan
siasatan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.
menelan
mematuk
memakan
memagut
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
laju
yakin
tegas
petah
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
takut
sedih
khuatir
hampa
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu.
kuat
ragu
cepat
hebat
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
anjung
perkarangan
belakang
serambi
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang condong di bawah.
Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.
memujuk
mengusir
menengking
menyanjung
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang condong di bawah.
Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
malu
sedih
kecewa
terkilan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang condong di bawah.
Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu.
menghentak
memukul
mengetuk
menghentam
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
"Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi," kata Siew Teng kepada adiknya.
tukarkan
gantikan
ubahkan
buangkan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.
beralih
berpindah
bertandang
berangkat
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka.
selalu
jarang
kadang-kadang
sesekali
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas.
mendapati
menggemari
menghayati
mengingati
