wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tahun 2 - Kata Ganti Nama Diri

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Fendi seorang yang baik hati. _____________________ disukai oleh kawan-kawannya.

a)

Dia

b)

Saya

c)

Mereka

d)

Kamu

2.

_____________________ ialah guru kesayangan murid Tahun 2 Amanah.

a)

Kita

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Saya

3.

"_____________________ sedang menunggu Kavita," kata Anis dan Jenny.

a)

Dia

b)

Saya

c)

Kami

d)

Kamu

4.

Yi Qian dan Sze Chin berkawan baik. ____________________ belajar dalam Tahun 2 Amanah.

a)

Saya

b)

Kamu

c)

Dia

d)

Mereka

5.

"Tahniah, ______________________ terpilih untuk menyertai pertandingan bercerita!" kata Cikgu Wee kepada Shovvyn.

a)

kamu

b)

saya

c)

dia

d)

beliau

6.

"__________________ berjanji akan membangunkan kawasan ini," titah Sultan Sulaiman.

a)

Saya

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Beta

7.

"__________________ perlu bergotong-royong untuk membersihkan kelas ini," kata Cikgu Wee kepada murid murid 2 Amanah.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Dia

d)

Kamu

8.

"________________ akan menurut perintah, tuanku." kata Hang Tuah kepada sultan.

a)

Patik

b)

Saya

c)

Dia

d)

Baginda

9.

Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Wee kerana (a)   tidak menyiapkan kerja sekolah.

10.

Puan Tan ialah Guru Besar SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. (a)   telah berkhidmat di sekolah ini selama 7 tahun.

11.

Irfan tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini kerana (a)   deman panas.

12.

"Ibu, kaki (a)   sakit!" jerit Aisy kepada ibunya.