wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesalahan ejaan dan imbuhan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Kehidupan akuatik semakin terancam akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawap menjaga alam ini.

a)

Hidupan / bertanggung jawap

b)

air / pupus

c)

Hidupan / bertanggungjawab

d)

pupus / bertanggungjawab

2.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Kementerian Pelancongan turut memperuntukan RM 400 juta untuk menaiktaraf infrastruktur menjelang Tahun Melawat Malaysia 2007.

a)

Jabatan / memperuntukkan

b)

memperuntukkan / menaik taraf

c)

diperuntukan / menaik taraf

d)

memperuntukkan / infra struktur

3.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Penulis buku remaja acapkali menjadikan tema bercinta sebagai modal berkarya masa kini.

a)

jadikan / model

b)

Pengarang / cinta

c)

acap kali / cinta

d)

acap kali / karya

4.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Pengambilan vitamin dan makanan tambahan telah menjadi amalan dalam kehidupan pasca-moden, namun pengambilannya secara berlebih boleh mendatangkan kemudaratan.

a)

Ambilan / berlebihan

b)

pascamoden / berlebihan

c)

pascamoden / lebih

d)

pengamalan / mudarat

5.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar.

a)

pengunaan / semula jadi

b)

penggunaan / disamping

c)

penggunaan / semula jadi

d)

semula jadi / jaminan

6.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Pekerja salun itu telah mencucikan rambut adik yang kerinting sebelum mewarnakannya.

a)

salon / mencuci

b)

mencuci / mewarna

c)

mencuci / keriting

d)

keritng / mewarnanya

7.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Krim muka yang digunakan oleh kakak mudah mendapatkan di pasaraya seluruh negara.

a)

diguna / pasar raya

b)

Kerim / didapati

c)

Kerim / diguna

d)

didapati / pasar raya

8.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini.

a)

mengetat / pelosok

b)

pelosok / pencerobohan

c)

terjadi / pencerobohan

d)

diketatkan / terjadi

9.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.

a)

bandar raya / kepadatan

b)

bandar raya / lebih

c)

lebih / 1 juta

d)

kepadatan / 1 juta

10.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Semua pihak perlu mengembleng tenaga dan bersikap pro-aktif untuk kegemilangan Malaysia di persada dunia.

a)

gembleng / proaktif

b)

menggembeleng / pesarda

c)

proaktif / gemilangan

d)

menggembleng / proaktif

11.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Hubungan antara bangsa yang dijalin erat membolehkan Malaysia dikenali seluruh dunia hasil kerjasama antara pemimpin dengan rakyat.

a)

terjalin / seluroh

b)

antarabangsa / terkenal

c)

terjalin / terkenal

d)

antarabangsa / terjalin

12.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Langkah kerajaan menurunkan tarif elektrik bagi penggunaan domestik dan komersil akan mengurangi kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara.

a)

taraf / mengurangkan

b)

komersial / mengurangkan

c)

komersial / kukuhkan

d)

taraf / kukuhkan

13.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Mak Kiah memberi murtabak yang baru dibuatnya itu kepada keluarga miskin yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

a)

memberikan / baharu

b)

martabak / baharu

c)

memberikan / martabak

d)

membuatnya / kias

14.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Penceramah itu memberikan definasi yang tepat tentang judul ceramah yang disampaikan dengan rujukan Kamus Dewan.

a)

memberi / definisi

b)

definisi / kamus dewan

c)

definisi / kesampaian

d)

definisi / merujuk

15.

Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut dengan memilih jawapan yang paling tepat.


Mak Kiah akan bekalkan bubur lambuk dengan serunding sebagai sarapan pagi untuk ahli keluarganya kerana masakan itu mudah disediakan.

a)

membekalkan / bubur lambok

b)

bubur lambok / tersedia

c)

serondeng / masakkan

d)

membekalkan / serondeng