NEW
Font size
WorksheetsASAS KEWANGAN PERIBADI
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
NYATAKAN LIMA LANGKAH DALAM PROSES PERANCANGAN KEWANGAN?
1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan matlamat.
3. Menyediakan pelan kewangan.
4. Melaksanakan pelan tersebut.
5. Memantau dan menilai semula.
1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan matlamat.
3. Menyediakan pelan kewangan.
4. Memantau dan menilai semula.
5. Melaksanakan pelan tersebut.
APAKAH MAKSUD NILAI HARTA BERSIH?
Jumlah liabiliti tolak jumlah aset.
Jumlah aset tolak jumlah liabiliti.
APAKAH MAKSUD KEPERLUAN?
Sesuatu yang anda inginkan tapi tidak semestinya perlu. Contohnya Barang kemas kerana anda tidak perlu memakainya untuk hidup.
Sesuatu yang anda perlu ada kerana anda tidak boleh hidup tanpanya, sebagai contoh makanan. Anda perlu makan untuk hidup dan tanpanya, anda mungkin tidak boleh hidup lama.
APAKAH MAKSUD AKAUN SIMPANAN?
Akaun yang boleh menyimpan wang dan menerima faedah yang telah ditentukan tanpa tempoh matang. Akaun ini boleh menyimpan atau mengeluarkan wang daripada akaun pada bila-bila masa. Anda juga boleh memohon kad ATM untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM bank berkenaan di samping menjalankan pelbagai transaksi lain
Akaun yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi atau tujuan perniagaan. Sebagai pemegang Akaun ini, anda boleh membuat pembayaran menggunakan cek. Akaun ini boleh membuat pembayaran menggunakan cek, penyimpanan cek dan tunai dan pertanyaan berkenaan akaun.
APAKAH FUNGSI PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM) ?
Berfungsi untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara anda dan penyedia perkhidmatan kewangan, sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkara perbankan, kewangan, insurans atau takaful.
Berfungsi untuk mentadbir sistem insurans deposit di Malaysia. Sistem ini melindungi penyimpan daripada kehilangan wang deposit yang disimpan di bank sekiranya bank mengalami kegagalan.
BAGAIMANAKAH CARA YANG BETUL UNTUK MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET SECARA SELAMAT
Menggunakan komputer yang dikongsi atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet anda.
Jangan tinggalkan komputer sekiranya anda masih mengakses perbankan Internet anda
BERIKUT ADALAH DEFINISI SAHAM
Bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia, yang meliputi produk produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap.
Dikenali sebagai ekuiti atau syer mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat.
HARTANAH ADALAH SESUAI BAGI PELABUR YANG...
Tidak memerlukan wang kecemasan dan ingin mempunyai pelaburan jangka masa panjang.
ingin menyimpan wang bagi perbelanjaan jangka masa pendek dan kecemasaan tanpa tanggungan risiko atas modalnya.
BERIKUT MERUPAKAN TUJUAN UNTUK MENDAPATKAN INSURANS KECUALI..
Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri.
Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya ditakdirkan anda kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia.
Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga menerima rawatan di hospital.
Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan keluarga anda.
APAKAH DEFINISI INSURANS ENDOWMEN
Menggabungkan perlindungan dan juga simpanan. Ia menyediakan manfaat tunai pada akhir suatu tempoh tertentu atau atas kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal. Tempoh polisi ditentukan oleh pembeli.
Menggabungkan pelaburan dan perlindungan. Anda boleh memilih jenis dan jumlah pelaburan yang anda inginkan serta jumlah perlindungan insuran hayat yang ingin dimiliki. Jumlah premium adalah fleksibel.
APAKAH PERBEZAAN INSURANS DAN TAKAFUL?
Perbezaan adalah dari segi jumlah caruman yang berbeza-beza mengikut polisi yang dicarum
Perbezaanya adalah dari segi prinsip konvensional dan prinsip Syariah
APAKAH PERBEZAAN ANTARA INSTITUSI KEWANGAN BERLESEN DAN PEMINJAM WANG BERLESEN?
Peminjam wang berlesen tidak boleh menerima deposit.
Peminjam wang berlesen mengenakan caj kadar faedah yang sangat tinggi sekiranya pinjaman tidak dapat dibayar.
APAKAH PERBEZAAN KAD KREDIT DAN KAD CAJ
Kadar bayaran bagi kad kredit lebih tinggi berbanding kad caj.
Kad kredit boleh membuat pembayaran minimum setelah menerima penyata bil bulanan, tetapi tidak bagi kad caj.
APAKAH PERANAN BIRO KREDIT?
Berperanan untuk mengumpul dan memproses maklumat kewangan menjadi laporan kredit yang boleh diguna pakai oleh mana-mana institusi untuk menilai pinjaman anda.
Berperanan untuk mengumpul maklumat kredit berkenaan peminjam individu, perniagaan (perkongsian dan perseorangan), syarikat dan entiti kerajaan, seterusnya menyalurkan kembali maklumat terkumpul ini kepada institusi kewangan.
BERAPA PERATUS WANG SIMPANAN YANG PERLU DI SIMPAN HASIL DARI PENDAPATAN BULANAN?
10%
15%
