WorksheetsLemak dan kesannya terhadap kesihatan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah unsur yang terdapat dalam lemak?
Karbon dan hidrogen
Karbon, hidrogen dan oksigen
Karbon, hidrogen dan nitrogen
Karbon, hidrogen dan sulfur
Apakah proses yang terlibat dalam mengubah minyak sayuran kepada marjerin?
Penghidratan
Penyulingan
Penghidrogenan
Saponifikasi
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang lemak?
Lemak haiwan wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
Lemak tumbuhan adalah dalam keadaan cecair pada suhu bilik
Lemak membekalkan tenaga kepada badan untuk melakukan kerja
Lemak haiwan hanya wujud di bahagian bawah kulit
Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang lemak tepu dan lemak tidak tepu?
Lemak tidak tepu boleh diubah kepada lemak tepu
Lemak tepu adalah dalam keadaan pepejal manakala lemak tidak tepu dalam keadaan cecair
Lemak tepu adalah daripada tumbuhan manakala lemak tidak tepu daripada haiwan
Lemak tepu mempunyai takat didih dan beku yang lebih tinggi berbanding lemak tidak tepu
Antara makanan-makanan berikut, yang manakah kaya
dengan lemak tepu?
i Minyak sapi
ii Keju
iii Marjerin
IV Minyak masak
i dan ii
ii dan iii
i dan iv
iii dan iv
Mengapakah lemak tepu tidak baik untuk kesihatan?
I Ia menyebabkan aliran darah tersekat dalam arteri
II Lemak tepu mengandungi kolesterol yang tinggi
III Ia dapat melicinkan salur darah
IV Ia dapat mensintesis hormon
i dan ii
ii dan iii
i dan iv
iii dan iv
Antara yang berikut, yang manakah kaya dengan lemak tepu?
Minyak sapi
minyak jagung
minyak sawit
minyak zaitun
Apakah kesan pengambilan lemak tepu secara berlebihan?
tibi
panau
penyakit taun
arteriosklerosis
Mengapakah kita disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi lemak tak tepu?
Berasal daripada haiwan
Kandungan kolesterol yang rendah
Meningkatkan tekanan darah
Meluaskan lumen salur darah
Enapan X pada dinding arteri menyebabkan lumen menjadi sempit. Hal ini disebabkan oleh diet yang
kurang serat
tinggi lemak tepu
tinggi karbohidrat
kurang vitamin dan mineral
