Font size
WorksheetsTATABAHASA - Bahasa Istana
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Menteri Besar mengiringi __________ Sultan Kedah ke masjlis perasmian jambatan baharu itu
keputeraan
pemasyhuran
keberangkatan
persemayaman
Permaisuri : Di manakah anakanda beta Puteri Nur
Qalisya Sari ?
Inang Pengasuh : Ampun, tuanku. Tuan puteri sedang
beradu di __________ .
peraduan
makan
singgahsana
balairung
Baginda sultan menyeru rakyatnya agar taat setia akan perintahnya.
Apakah perasaan baginda sekiranya rakyat mengingkari perintah baginda ?
masyghul
murka
gering
sukacita
Rombongan pedagang dari China menghadap Sultan Melaka untuk mempersembahkan barang dagangan mereka.
Di manakah rombongan pedagang dari China itu akan menghadap Sultan Melaka ?
peterana
peraduan
singgahsana
balairung
Baginda Sultan Perak telah __________ ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.
berangkat
bertitah
berkenan
beradu
Baginda telah __________ untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda esok.
berkenan
bersiram
bersemayam
bertitah
Puteri raja tersedar dari mimpi yang panjang.
Apakah yang dilakukan oleh puteri raja sebelum itu ?
bertitah
bersiram
beradu
bersantap
Rakyat negeri Indera Kayangan berdukacita kerana raja mereka sedang __________ .
gering
beradu
murka
perkenan
Raja Muda menitahkan para pengawal dan pengiringnya menyiapkan kelengkapan untuk belayar ke Temasik.
Apakah yang dilakukan oleh Raja Muda setelah kelengkapan disiapkan ?
bertitah
berangkat
bersemayam
beradu
Beta memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah-Nya jua, beta dapat berangkat bagi menzahirkan dan menyempurnakan perasmian SUKMA 2019 pada hari ini.
Apakah ungkapan paling sesuai yang boleh dikaitkan dengan ayat di atas ?
Daulat sultan
Kurnia sultan
Sembah sultan
Perkenan sultan
