wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA NAMA TAK HIDUP BUKAN INSTITUSI ABSTRAK

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

___________________ Bandar Diraja Johor yang terletak di muara Sungai Muar diserikan dengan deretan bangunan-bangunan bersejarah.

a)

Kecantikan

b)

Suasana

c)

Keindahan

d)

Persekitaran

2.

Keenakan masakan Chef Datin Adek dengan hidangan Mee Bandung Muar mendapat ____________________ daripada para tetamunya.

a)

pujian

b)

perhatian

c)

sorakan

d)

keinginan

3.

__________ Halimah hendak menjadi seorang Chef terkenal apabila dewasa kelak.

a)

Bayangan

b)

Harapan

c)

Keazaman

d)

Cita-cita

4.

Adrina telah mengemukakan beberapa __________________ berkaitan peranan raja sebagai lambang perpaduan rakyat di negara kita.

a)

cadangan

b)

semangat

5.

Encik Mizal membentangkan beberapa _________________ tentang strategi pemasaran perniagaan baharunya.

a)

pendapat

b)

manfaat

6.

__________________ Hanis dan rakan-rakannya untuk menghasilkan slaid tentang Bandar Diraja Muar akhirnya tercapai.

a)

Impian

b)

Hasrat

7.

Pengalaman menyusuri keindahan Sungai Muar dengan menaiki "Muar River Cruise" akan saya jadikan ____________ sampai bila-bila.

a)

hasrat

b)

impian

c)

igauan

d)

kenangan

8.

Penyambut tetamu di hotel tempat kami menginap itu memberikan ______________ yang manis kepada kami.

a)

pandangan

b)

senyuman

9.

Walaupun cacat, Pak Kashim tetap mempunyai _____________ yang kental untuk menjadi pelukis terkenal suatu hari nanti.

a)

perasaan

b)

semangat

c)

bayangan

d)

alunan

10.

___________________ bertiup agak kencang ketika kami sedang memancing di Jeti Tanjung Emas.

a)

Angin

b)

Udara

c)

Bayu

d)

Awan

11.

Hanis dan beberapa ____________ rakannya membuat rujukan tentang negeri Johor di perpustakaan.

a)

orang

b)

kawan

c)

kumpulan

d)

kaki

12.

Ibu mencetak beberapa _____________ gambar percutian kami sekeluarga.

a)

helai

b)

naskhah

c)

keping

d)

buku

13.

Pada setiap gambar percutian itu, ibu menulis beberapa __________ ayat sebagai tanda kenangan.

a)

baris

b)

kajang

14.

Ayah membeli se_________ jam tangan ukiran tradisional sebelum pulang ke rumah.

a)

pasang

b)

buah

c)

utas

d)

biji

15.

Kami sempat makan beberapa ___________ jagung semasa bersiar-siar di sekitar Bandar Muar.

a)

batang

b)

tongkol