wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA NAMA TERBITAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Encik Ali telah mengedarkan kad ____________perkahwinan anaknya kepada jiran tetangga.

a)

undangan

b)

jemputan

c)

penyertaan

2.

Pak Atan bercucuk tanam pelbagai jenis sayuran di tanah ____________ yang dipajaknya daripada Haji Hamid.

a)

penternakan

b)

penanaman

c)

pertanian

3.

Afiq mencatat rekod baharu dalam acara merejam lembing apabila berjaya membuat _____________ yang jauh.

a)

rejaman

b)

lemparan

c)

balingan

4.

____________ sudut Azwan yang tepat ke arah gawang gol pihak lawan telah memastikan kejayaan pasukan sekolah.

a)

lemparan

b)

tendangan

c)

balingan

5.

__________ terbuka di kawasan hutan itu berpunca daripada sikap segelintir masyarakat sekeliling.

a)

Penebangan

b)

Pembakaran

c)

Penjajahan

6.

Mak Kiah menyusun pasu bunga orkid yang berwarna-warni di ______________rumah.

a)

pekarangan

b)

kawasan

c)

perkarangan

7.

Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap _____________undang-undang oleh mana-mana pihak.

a)

pelanggaran

b)

perlanggaran

c)

pematuhan

8.

________ kuasa asing di Tanah Melayu telah mengakibatkan kesusahan hidup kepada penduduk negara kita.

a)

Perluasan

b)

Perluaskan

c)

Peluasan

9.

Para murid berasa amat teruja semasa melihat __________buyung daripada tanah liat ketika mengikuti lawatan sambil belajar itu.

a)

perbuatan

b)

diperbuatkan

c)

pembuatan

10.

Cikgu Kiren meminta para murid supaya memberikan _________menarik ketika mengakhiri penutupan karangan.

a)

ulasan

b)

ungkapan

c)

catatan