Font size
WorksheetsKUIZ NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Total questions: 40
Worksheet time: 19mins
1.Siapakah nama watak utama dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Adnan b. Ahmad
Adnan b. Saidi
Adnan b. Dollah
2.Di manakah Adnan dilahirkan?
Kg. Subang
Kg Baru
Kg. Sg. Ramal
Pak Saidi mempunyai tiga orang anak lelaki. Siapakah nama mereka?
Aznan, Ahlam, dan Amran
Azam, Abdullah dan Alif
Adnan, Ahmad, dan Amarullah
Pilih dua peristiwa yang menunjukkan Pak Saidi ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.
Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah dan menjemputnya balik dari sekolah.
Pak Saidi meminta guru-guru sekolah Inggeris memberikan kelas tambahan kepada anaknya.
Pak Saidi menuruti syarat memakai baju dan seluar baharu ke sekolah Inggeris.
Pak Saidi membeli buku-buku rujukan tambahan kepada anak-anaknya.
Mengapakah akhirnya Tuk Ketua, Lebai Pian menyetujui pendapat Pak Saidi menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris?
Anak-anaknya akan mengaji Quran bersama dengan Tuk Ketua setiap malam.
Pak Saidi akan melaporkan perkembangan anak-anaknya kepada Tuk Ketua setiap bulan.
Guru Melayu yang mengajar di sekolah Inggeris akan memantau anak-anaknya.
Apakah perjanjian Pak Saidi kepada Adnan setelah dia selesai berkhatan?
Pak Saidi membelikan Adnan basikal baharu.
Pak Saidi membawa Adnan ke bandar.
Adnan tidak perlu menolong Pak Saidi di dusun selama dua bulan.
Tubuh Leftenan Adnan digantung di pokok ceri dan dibunuh dengan sangat kejam oleh tentera Jepun yang menakluk Tanah Melayu selama
100 hari
55 hari
69 hari
75 hari
Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan. Buktinya ialah moyangnya ...
pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.
berketurunan Hang Tuah yang menyebabkan Adnan selalu bermimpi menjadi Hang Tuah.
sanggup berkorban demi menentang Inggeris di negeri Perak.
Embun pagi masih menitis di hujung daun. Hujan yang turun sepanjang malam tadi menjadikan cuaca pagi itu sejuk.
Apakah teknik plot yang digunakan dalam peristiwa yang diberi di atas?
Imbas muka
Pemerian
Saspens
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Klimaks
Konflik
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sohpia meninggal dunia akibat penyakit leukemia.
Perumitan
Peleraian
Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
Klimaks
Perumitan
Peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara. Pak Saidi diceritakan telah menambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita btersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.
Perkembangan
Permulaan
Penceritaan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dalam bahagian permulaan, Adnan digambarkan sebagai seorang anak muda yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang jarang-jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
Pemulaan
Perkembangan
Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
Imbas kembali
Imbas muka
Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.
Monolog dalaman
Pemerian
“Macam mana belajar di sekolah orang putih? Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu.
Monolog
Dialog
Leftenan Adnan berjaya mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Nilai kebijaksanaan
Nilai tekun
Kompeni C askar Melayu terus berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Niai semangat juang
Nilai keberanian
Kompeni C askar Melayu terus berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Niai semangat juang
Nilai keberanian
Penduduk kampung bersama-sama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Nilai hormat-menghormati
Nilai kerjasama
Sophia menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
Nilai bertanggungjawab
Nilai kasih sayang
Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
Nilai hormat-menghormati
Nilai kasih sayang
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung. Pilih peristiwa yang berkaitan.
Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Kompeni C askar Melayu berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Kita hendaklah memiliki wawasan dan berpandangan jauh. Peristiwa yang menggambarkan nilai tersebut ialah
Pak Saidi memilih untuk menghangar Adnan ke Sekolah Inggeris kerana beliau sedar bahawa banyak ilmu yang boleh ditimba di sana.
Setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari.
Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
Sungai Ramal, Kajang
Sungai Merab, Kajang
Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
Pasir Panjang
Bukit Candu
Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
Alexandria
Pasir Panjang
Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
Pasir Panjang
Bukit Candu
Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
Kem Latihan Ho Lines Port Dickson
Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Tempat penduduk kampung bertukar-tukar maklumat dan cerita seria tempat untuk Nordin bermain dam bersama dengan rakan-rakannya.
Warung Pak Samad
Warung Pak Mamat
Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran.
Waktu petang
Waktu malam
Setelah membawa balik ikan tangkapan di petak sawah, Pak Saidi berbual dengan Mak Milah tentang rancangannya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
Waktu tengah hari
Waktu petang
Setelah membawa balik ikan tangkapan di petak sawah, Pak Saidi berbual dengan Mak Milah tentang rancangannya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
Waktu tengah hari
Waktu petang
