wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMK SU B2F5

Total questions: 60

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831 ?

a)

Menggunakan askar upahan

b)

Mempunyai tentera yang terlatih

c)

Membina kubu pertahanan yang kukuh

d)

Mendapat sokongan pembesar tempatan

2.

Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19.

A: Tok, British minta cukai.

B: Berapa banyak?

A: Satu persepuluh daripada hasil kita.

B: Jangan bayar walau sedikit pun.


Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?

a)

Menduduki Naning

b)

Membunuh Dol Said

c)

Merampas hasil penduduk

d)

Memulau wilayah Naning

3.

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.

Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan adat tradisi

c)

Pembayaran ufti tahunan

d)

Pengenalan peraturan tanah

4.

Maklumatdi bawah menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19.

Rentap : Sarawak

Mat Salleh : Sabah

Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Pencerobohan kawasan

b)

Penghapusan sistem perhambaan

c)

Peningkatan kemasukan imigran

d)

Paksaan membayar ufti

5.

Mengapakah British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

a)

Menghormati sultan

b)

Mengekalkan kuasa Sultan

c)

Kesetiaan rakyat kepada Sultan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan Sultan

6.

21 Julai 1875:

Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang

Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pengurangan kuasa sultan

b)

Pemecatan Sultan Ismail

c)

Pembunuhan J.W.W. Birch

d)

Pemansuhan jawatan Residen

7.

Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British.

'Buah pala dari Makasar,

Jatuh sebiji ke dalam dulang;

Diberi pencen kepada pembesar,

Jawatan diwarisi turut hilang.'


Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka ?

a)

Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis

b)

Menghapuskan sistem pemilikan hamba

c)

Memperkukuhkan sistem pentadbiran tradisional

d)

Berjuang untuk menolak campur tangan Barat

8.

Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.

Pembesar Y : Saya mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh.

Ahli Mesyuarat : Kami semua sangat setuju dengan cadangan tersebut.


Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh?

a)

Kedaulatan negeri terancam

b)

Jawatan Residen dimansuhkan

c)

Pelaksanaan pendidikan sekular

d)

Kos sara hidup rakyat meningkat

9.

Apakah tindakan J.W.W.Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigrin

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

10.

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.

  • Mat Salleh
  • Dato’ Bahaman


Mengapakah perjuangan mereka gagal?

a)

Senjata tidak lengkap

b)

Tenaga tentera kurang

c)

Kemudahan asas kurang

d)

Sokongan pembesar tidak cukup

11.

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah .

  • Syarif Masahor
  • Datu Patinggi Abdul Gapur


Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke?

a)

Menyekat kadatangan imigran

b)

Mempertahan hak mengutip cukai

c)

Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

Mengekalkan system pemerintahan beraja

12.

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.


Mengapakah penentangan itu dilakukan ?

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

13.

Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kemasukan imigran tidak terkawal

b)

Kemunculan ramai golongan intelek

c)

Kewujudan golongan bangsawan

d)

Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

14.

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

a)

Kekurangan sumber modal

b)

Penolakan ideologi Kaum Muda

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Ketiadaan pemimpin berkebolehan

15.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.

Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

Mengutamakan pemimpin

b)

Memelihara warisan tradisi

c)

Berani mengkritik penjajah

d)

Bekerjasama dengan kaum imigran

16.

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

· Syeikh Muhammad Abduh

· Sayyid Jamaluddin al-Afghani


Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh ?

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Perluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

17.

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

a)

Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan

b)

Pembentukan negara yang merdeka

c)

Penubuhan syarikat kerjasama

d)

Pemeliharaan tradisi bangsa

18.

Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.


Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Bilangan ahli sedikit

b)

Sumber kewangan kurang

c)

Penyebaran risalah disekat

d)

Kemudahan perhubungan terhad

19.

Akhbar berikut digunakan oleh Kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

  • Al-Imam
  • Neraca
  • Saudara


Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?

a)

Peranan golongan pembesar

b)

Mengkritik kelemahan raja

c)

Penghapusan amalan perhambaan

d)

Menggalakkan pendidikan Inggeris

20.
  • Pengasuh 1918
  • Majalah Guru 1924
  • Bulan Melayu 1930

Mengapakah majalah di atas penting ketika itu ?

a)

Menghayati ajaran agama

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Meningkatkan kemajuan bangsa

d)

Menggalakkan budaya membaca

21.

Novel berikut adalah karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

  • Anak Mat Lela Gila
  • Putera Gunung Tahan


Apakah persamaan tema dalam novel tersebut?

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Menghargai sumbangan tokoh

c)

Kepentingan pendidikan moden

d)

Cinta akan tanah air

22.

Maklumat di bawah menerangkan novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

Melor Kuala Lumpur : Harun Aminurrashid (1930-an)


Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?

a)

Mencintai tanah air

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Perpaduan antara kaum

23.

Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Halangan daripada pemerintah

b)

Kelemahan sistem perhubungan

c)

Menghadapi masalah kewangan

d)

Perbezaan taraf hidup antara etnik

24.

Antara sumbangan Mohamad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah

a)

mewartakan tanah pertanian

b)

memberi peluang pendidikan

c)

mendapatkan petempatan khas

d)

menyediakan tapak perniagaan

25.

Kesatuan Melayu Muda :

Menghalau penjajah British dari Tanah Melayu


Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?

a)

Membantu perjuangan golongan kiri

b)

Bergabung dengan kuasa Barat lain

c)

Mendapatkan sokongan pembesar

d)

Bekerjasama dengan pihak Jepun

26.

Pembesar Pahang :

  • Imam Rasul
  • Tok Gajah
  • Dato’ Bahaman

Mengapakah mereka menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pengenalan perdagangan bebas

d)

Pelaksanaan pendidikan secular

27.

Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan.


  • Pemimpin Tempatan - Perdana Menteri

Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

Pembunuhan Penasihat British

b)

Perluasan kuasa British

c)

Penawanan Pasir Puteh

d)

Pengunduran tentera Siam

28.

Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

  • Warta Malaya
  • Warta Negara
  • Majlis


Apakah saranan tersebut?

a)

Menjalankan aktiviti perniagaan

b)

Menubuhkan syarikat kerjasama

c)

Mengasaskan institusi kewangan

d)

Melaksanakan penyatuan tanah

29.

Bilakah bermulanya gerakan pemimpin tempatan?

a)

Pendudukan Jepun

b)

Awal kedatangan British

c)

Penguasaan Potugis di Melaka

d)

Kemerdekaan Indonesia

30.

Antara berikut yang manakah bukan sebab penentangan gerakan pemimpin tempatan?

a)

Pengaruh luar

b)

Dasar penaklukan British

c)

Kesulitan penduduk tempatan

d)

Campur tangan dalam adat resam tempatan

31.

Mengapakah berlakunya penentangan di kawasan tersebut?

a)

Naning dijadikan sebagai wilayah Melaka

b)

Penubuhan balai polis

c)

Pengenalan undang-undang British

d)

Mengganggu hak pembesar

32.

Apakah sebab tokoh tersebut menentang James Brookr di Sarawak?

a)

Menghalang pelayaran mereka d Sg. Saribas

b)

Orang Iban dianggap sebagai lanun

c)

Pembinaan balai polis

d)

Pengenalan cukak kepala dan perahu

33.

Apakah kesan daripada penentangan tokoh tersebut?

a)

Dijatuhi hukuman gantung

b)

Dibuang negeri

c)

Melarikan diri

d)

Ditawarkan pencen

34.

Mengapa gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Pejuang mereka berani dan lantang bersuara

b)

Persamaan dari segi geografi dan budaya

c)

Indonesia lebih ramai golongan intelek

d)

Nasionalisme Indonesia terdiri daripada ulama terkenal

35.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari penguasaan mereka di Tanah Melayu?

a)

Memulakan penyebaran ideologi komunis

b)

Menghalau British di Tanah Melayu

c)

Bekerjasama dengan Jepun

d)

Mendapatkan kemerdekaan negara

36.

Apakah kesan yang wujud daripada pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan vernakular?

a)

Melahirkan golongan intelektual

b)

Sistem pendidikan semakin maju

c)

Wujud persaingan antara orang tempatan dan golongan imigran

d)

Penggunaan satu bahasa pengantar

37.

Yang manakah berikut bukan tokoh Gerakan Islah di Tanah Melayu....

a)

Za'ba

b)

Sheikh Tahir Jalaluddin

c)

Syed Syiekh al-Hadi

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmy

38.

Menubuhkan Press Jelutong

Menerbitkan Saudara

Menulis Hikayat Faridah Hanum


Maklumat di atas berkaitan dengan....

a)

Sheikh Tahir Jalaluddin

b)

Syed Syeikh al-Hadi

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmy

d)

Zainal Abidin Ahmad

39.

Mengapakah Kaum Tua menentang Kaum Muda?

a)

Islam itu tentang akhirat dan menekankan fardu ain sahaja

b)

Mengkritik Raja dan pembesar Melayu

c)

Membetulkan pandangan mereka terhadap Islam

d)

Menyemat sikap mengkritik penjajah

40.

Yang manakah berikut merupakan karya terkenal tokoh tersebut?

a)

Pelita Bahasa Melayu

b)

Utusan Melayu

c)

Ranjau Sepanjang Jalan

d)

Keris Melaka

41.

Antara berikut yang manakah bukan isu yang dibangkitkan dalam Majalah Guru?

a)

Memperluas ilmu semua bidang

b)

Pendidikan anak-anak Melayu

c)

Memajukan bahasa dan sastera Melayu

d)

Membaiki taraf hidup orang Melayu

42.

Apakah tujuan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)?

a)

Menjaga kepentingan sosioekonomi orang Melayu

b)

Menggalakkan ahlinya bertukar-tukar pendapat

c)

Menggabungkan tenaga intelektual Melayu

d)

Mendapatkan penempatan khas orang Melayu di Singapura

43.

Mengapakah kesedaran berpersatuan di Sabah tidak menonjol?

a)

Taraf pendidikan masih rendah

b)

Tidak ramai golongan intelektual

c)

Hanya tertumpu di pedalaman sahaja

d)

Tiada pemimpin yang liberal

44.

Apakah kesan positif Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1940?

a)

Berjaya menghalang penubuhan Malayan Union

b)

Mengatasi perasaan kenegerian

c)

Mewujudkan bangsa Melayu yang kuat

d)

Menarik perhatian British

45.

Berikut merupakan inisiatif Ibrahim Haji Yakoob dalam Kesatuan Melayu Muda kecuali....

a)

Bekerjasama dengan Jepun

b)

Mewujudkan perpaduan pemuda Melayu

c)

Membeli Warta Malaya

d)

Menubuhkan Maahad II Ihya Assyariff

46.

Apakah tujuan persatuan negeri diwujudkan semula?

a)

Menyemai semangat cintakan negara

b)

Mendapatkan perhatian British

c)

Mendapatkan kemerdekaan tanah air

d)

Menggabungkan tenaga intelektual Melayu

47.

Apakah kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura?

a)

Mengumpulkan semua intelektuan seluruh Tanah Melayu

b)

Mematahkan rancangan British mewujudkan Malayan Union

c)

Mendapatkan penempatan khas orang Melayu

d)

Menggerakkan kesedaran kebangsaan

48.

Bagaimana Jepun mengawal gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menyekat kebebasan bersuara penduduk

b)

Menubuhkan banyak sekolah

c)

Membenarkan orang Melayu terlibat dalam pentadbiran

d)

Menghalau British di Tanah Melayu

49.

Semua di bawah merupakan dasar pemerintahan Jepun kecuali.....

a)

Mrngharamkan semua akhbar sebelumnya

b)

Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun

c)

Menggunakan bahasa Jepun di semua sekolah

d)

Mengadakan Kongres untuk orang tempatan

50.

Mengapakah gerakan bawah tanah seperti MPAJA berlaku?

a)

Mendapatkan sokongan orang tempatan

b)

Ingin mewujudkan negara yang merdeka

c)

Tekanan daripada pihak Jepun

d)

Bekerjasama dengan Siam

51.

Berikut merupakan ahli Force 136 kecuali.....

a)

Guru

b)

Pegawai Tadbir Kerajaan

c)

Golongan Intelektual

d)

Orang kampung

52.

Di manakah peristiwa tersebut berlaku?

a)

King's House, Carcosa Seri Negara

b)

Victoria Institution, Kuala Lumpur

c)

Istana Sultan Perak

d)

Maktab Melayu Kuala Kangsar

53.

Tok janggut dihukum?

a)

A. Gantung terbalik

b)

B. Tembak

c)

C. Pancung

d)

C. Buang negeri

54.

Kongres Pemuda KRIS diadakan di ?

a)

A. Kuala Lumpur

b)

B. Kuantan

c)

C. Jakarta

d)

D. Bandung

55.

Mengapakah british menggunakan nama sultan bagi mematahkan pemberontakan di Kelantan dan Terengganu?

a)

A. Sanggup bekerjasama dengan pemerintah untuk menangkap pemberontak

b)

B. Orang melayu tidak akan menderhaka kepada sultan

c)

C. Orang melayu lemah semangat apabila mendengar mana sultan

d)

D. Mengelakkan pemberontakan mendapat sokongan

56.

Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato' Bahaman.


Apakah persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga orang tokoh tersebut?

a)

A. Berjaya menubuhkan sebuah kerajaan

b)

B. Terbunuh dalam pertempuran

c)

C. Menentang sistem cukai british

d)

D. Dikenakan hukuman buang negeri ke melaka

57.

Pada tahun 1945, berlakunya konflik perkauman antara orang melayu dan orang cina.


Apakah punca berlakunya peristiwa tersebut?

a)

A. Penguasaan parti komunis malaya selama 14 hari terhadap tanah melayu

b)

B. Penguasaan orang-orang cina terhadap ekonomi tanah melayu

c)

C. Penglibatan orang cina dalam sistem politik melayu

d)

D. Penghinaan orang melayu terhadap orang cina dan dianggap menumpang di tanah melayu

58.

Gerakan Pan-Islamisme lahir di tanah melayu dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap nasionalisme di tanah melayu.


Apakah yang dimaksudkan dengan

Pan-Islamisme?

a)

A. Gerakan anti-islam

b)

B. Gerakan anti kaum muda

c)

C. Gerakan penyatuan umat islam di seluruh dunia

d)

D. Gerakan yang dipelopori oleh golongan yang mempunyai kacukan arab-melayu

59.

Mengapakah Sharif Masahor dan Datu Patinggu Abdul Gapur menolak penguasaan James Brooke?

a)

larangan mengutip hasil hutan

b)

kehilangan kuasa dan pengaruh

c)

menentang pembinaan balai polis

d)

campur tangan dalam adat resam

60.

Bagaimanakah British menguasai ekonomi tempatan?

a)

Memeterai perjanjian

b)

Menjalin kerjasama dengan raja

c)

Memperkenalkan teknologi moden

d)

Memajukan ekonomi penduduk tempatan