Font size
WorksheetsKUIZ MORAL: BDG 5 HAK ASASI MANUSIA (Kanak-kanak & Wanita)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Tujuan pengiktirafan diberikan kepada kanak-kanak ialah seperti berikut kecuali..........................
sebagai motivasi untuk mereka berusaha mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang.
membentuk pemikiran yang matang.
untuk menjadikan anak-anak seorang yang membangga diri.
memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mengasah bakat, menampilkan imej.
Bentuk-bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berbakat dan berpotensi ialah........................
(Boleh pilih TIGA jawapan)
memberikan pujian.
memberikan hadiah.
memberikan sijil penghargaan.
memberikan apa sahaja yang dia mahu.
Kepentingan sijil kepada seseorang kanak-kanak adalah seperti berikut kecuali......................
usahanya diiktiraf.
untuk menunjuk-nunjuk
bukti kebolehan atau keupayaannya.
sebagai dorongan untuk berusaha dengan lebih gigih.
Kepentingan seorang kanak-kanak mendapat pendidikan adalah seperti berikut kecuali ..................................
supaya dapat hidup berdikari.
untuk membentuk diri sebagai seorang yang berilmu
mengelak daripada ditipu atau dieksploitasi
dapat menghadapi masa depan dengan sukar
Cara ibubapa yang tidak melindungi anak-anak mereka daripada didera ialah ........................................
menghantar anak kepada pengasuh tanpa usul periksa latar belakangnya terlebih dahulu.
mengajar anak mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penderaan
mengajar anak menyebut ‘tidak’ kepada perbuatan orang lain (termasuk orang yang dikenali) yang tidak munasabah
memberi pengetahuan yang secukupnya tentang pelbagai jenis penderaan
Cara masyarakat/saya untuk membantu kerajaan merealisasi hasrat Dasar Wanita Negara ialah seperti berikut kecuali................
memberi sokongan moral atau material kepada kaum wanita yang ingin mengangkat martabat mereka
mengabaikan hak-hak wanita kerana mereka adalah insan yang lemah.
mengambil bahagian dalam program yang melibatkan usaha untuk mengangkat martabat kaum wanita
menyokong usaha pelbagai pihak dalam mengangkat martabat kaum wanita
Berikut adalah Agensi Bukan Kerajaan yang memainkan peranan untuk meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan sosial kecuali............................
Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Wanita dalam Pembangunan (NACIWID)
Perkumpulan Wanita (WI)
Cara terbaik bagi menghargai wanita yang telah berbakti kepada tanah air ialah dengan..............................
(Boleh pilih TIGA jawapan)
mengnugerahi mereka pingat
mengabadikan nama mereka pada nama sekolah, jalan atau bangunan
mencatat nama mereka dalam Buku Catatan
Mengisytiharkan Tokoh Wanita Berjaya Negara
Matlamat Dasar Wanita Negara adalah seperti berikut melainkan.....................................
mendapat hak yang sama rata dengan lelaki
mengintegrasikan wanita dalam beberapa sektor pembangunan negara sahaja.
memberi peluang kepada wanita mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara
memberi kebebasan kepada wanita menembusi sektor ekonomi, sosial, politik dan budaya.
Sekiranya anda mendapati jiran di sebelah rumah anda didera oleh suaminya, anda akan mengambil tindakan yang berikut kecuali...........................
melaporkan kepada pihak polis.
membantu dengan memberikannya perlindungan.
menceritakan kepada jiran-jiran yang lain.
memberitahu ibu dan bapa saya untuk meminta bantuan.
