wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KECERGASAN (KAPASITI AEROBIK) TINGKATAN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kecergasan fizikal?

a)

kecekapan dalam melakukan tugasan harian.

b)

kemampuan tubuh badan untuk melakukan aktiviti dengan cermat.

c)

kekuatan dan daya tahan otot bagi melakukan aktiviti tanpa cepat berasa letih dan lesu.

d)

keupayaan melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa penat yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah.

2.

Apakah maksud kapasiti aerobik?

a)

jumlah kekuatan otot yang digunakan.

b)

jumlah tenaga yang dikeluarkan ketika melakukan aktiviti.

c)

jumlah penggunaan oksigen yang maksimum oleh tubuh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

d)

jumlah penggunaan tenaga yang minima digunakan oleh tubuh badan ketika melakukan aktiviti fizikal.

3.

Apakah tujuan latihan Parcourse?

a)

untuk meningkatkan daya tahan otot.

b)

untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan kardiovaskular.

c)

untuk meningkatkan komposisi badan.

d)

untuk meningkatkan masa untuk bertindak.

4.

Apakah aktiviti yang ditunjukkan pada gambar rajah tersebut?

a)

Memegang leher dan pergelangan tangan

b)

Mengambil dan mengira kadar nadi

c)

merasa degupan jantung.

d)

mencari tahap kecergasan.

5.

Antara berikut yang manakah bukan tujuan memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti kecergasan?

a)

Menjadikan tubuh badan lebih bersedia.

b)

Meningkatkan kadar degupan jantung.

c)

Mengurangkan kadar risiko kecederaan.

d)

Meningkatkan prestasi semasa bersenam.

e)

Semua jawapan di atas betul.

6.

Berikut merupakan aktiviti memanaskan badan kecuali?

a)

Berlari keliling padang

b)

Lari setempat selama 30 saat

c)

Menolak kepala ke kiri dan kanan

d)

Berlari sambil membawa bola mengikut gerakan latihan

7.

Manakah antara berikut yang tidak perlu dilakukan sebelum menjalankan aktiviti kecergasan?

a)

Memanaskan badan.

b)

Melakukan aktiviti regangan statik.

c)

Minum air dengan banyak.

d)

Memakai pakaian yang bersesuaian untuk bersenam.

8.

Namakan latihan yang ditunjukkan dalam gambar rajah yang berikut?

a)

latihan litar

b)

latihan jeda

c)

latihan tekanan

d)

latihan piramid

9.

Apakah aktiviti regangan statik yang ditunjukkan?

a)

Regangan leher

b)

Regangan badan ke sisi

c)

Pusingan Badan

d)

Regangan belakang

10.

Tujuan fasa menyejukan badan ialah untuk mengurangkan perlahan-lahan denyutan jantung dan suhu badan.

a)

Betul

b)

Salah