Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TAHUN 4 ZAMAN AIR BATU

Total questions: 23

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?

a)

Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan

b)

Zaman ketika permukaan bumi diliputi oleh air batu

c)

Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang

d)

Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

2.

Mengapakah pada Zaman Air Batu hampir keseluruhan permukaan bumi diliputi air batu yang tebal?

a)

Pergerakan glasier

b)

Suhu bumi meningkat

c)

Iklim bumi sangat sejuk

d)

Tiada laut dan lautan

3.

Pencairan air batu yang berterusan menyebabkan aras laut naik tiga meter lebih tinggi berbanding aras laut pada Zaman Air Batu. Pencairan ini disebabkan oleh perubahan suhu yang menyebabkan Pentas Sunda ditenggelami oleh air. Apakah yang berlaku apabila Pentas Sunda ditenggelami air laut?

a)

Terbentuk Kepulauan Melayu

b)

Pentas Sunda menjadi benua

c)

Wujud laut yang luas

d)

Pembebasan gas oksigen

4.

Zaman Air Batu diliputi oleh air batu yang tebal disebabkan ...

a)

mengalami peningkatan suhu yang ketara.

b)

mengalami penurunan suhu yang ketara.

c)

mengalami musim kemarau yang berpanjangan.

d)

mengalami hujan berpanjangan dan mengakibatkan banjir.

5.

Kecairan air batu akibat peningkatan suhu pada Zaman Air Batu Akhir dikenali sebagai ...

a)

Pleistosen

b)

Holosen

c)

Penggasieran

d)

Kala Kuaterner

6.

Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara?

a)

Penurunan paras air laut di Pentas Sunda.

b)

Suhu di Asia Tenggara semakin sejuk.

c)

Mamaot dan Sloth mula berpindah ke Asia Tenggara.

d)

Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda.

7.

Dua Epok Zaman Air Batu Akhir ialah Epok Pleistosen dan Epok ...

a)

Kala

b)

Holosen

c)

Pengglasieran

d)

Kala Kuaterner

8.

Berikut merupakan perubahan bentuk muka bumi pada Zaman Air Batu Akhir.


i - Suhu bumi meningkat.

ii - Ais mula mencair.

iii - Berubah suhu kepada sederhana sejuk.

iv - Air melimpah ke kawasan rendah sehingga membentuk tasik dan laut.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii dan iv

9.

Apakah yang akan terjadi sekiranya air batu mencair pada Epok Holosen?

a)

Bumi diliputi air batu.

b)

Paras air batu menurun.

c)

Paras air laut meningkat.

d)

Tanah dataran menjadi lebih luas.

10.

Apakah nama haiwan ini?

a)

Mamot

b)

Sloth

c)

Harimau bintang

d)

Harimau bertaring lengkung

11.

Apakah kesan meningkatan suhu terhadap kehidupan manusia?

a)

Manusia diancam kepupusan.

b)

Manusia suka tinggal di kawasan diliputi ais.

c)

Manusia berpindah ke kawasan yang lebih panas.

d)

Manusia hidup aman dan bahagia bersama haiwan seperti mamot.

12.

Apakah haiwan yang wujud pada Zaman Air Batu Akhir?

a)

Sloth, harimau dan panda.

b)

mamot, gajah dan singa.

c)

Mamot, sloth dan harimau bertaring lengkung.

d)

Mamot, sloth dan harimau bintang.

13.

Pengglasieran bermaksud...

a)

bongkah air batu yang besar bergerak perlahan-lahan dan mencair ke permukaan bumi.

b)

bongkah air batu yang besar dan tidak pernah mencair.

c)

zaman yang bermula 2.5 juta tahun yang lalu.

14.

Pengglasieran pada _____________ berlaku disebabkan ________.

a)

Zaman Air Batu Akhir ... penurunan suhu bumi

b)

Zaman Air Batu Akhir ... peningkatan suhu bumi

c)

Zaman Air Batu Awal ... peningkatan suhu bumi

d)

Zaman Air Batu Awal ... penurunan suhu bumi

15.

Kala Kuaterner bermaksud ...

a)

subunit masa dari 70 juta tahun dahulu hingga kini.

b)

bongkah air batu yang besar bergerak perlahan-lahan dan mencair ke permukaan bumi.

c)

zaman yang bermula 2.5 juta tahun yang lalu.

16.

Epok bermaksud...

a)

subunit masa dari 70 juta tahun dahulu hingga kini.

b)

zaman yang bermula 2.5 juta tahun yang lalu.

c)

bongkah air batu yang besar dan mencair ke bumi.

17.

Pilih DUA jawapan yang BETUL.


Apakah nama Epok Zaman Air Batu Akhir?

a)

Epok Kuaterner

b)

Epok Pleistosen

c)

Epok Glasier

d)

Epok Antartika

e)

Epok Holosen

18.

Pilih DUA ciri Epok Holosen.

a)

Suhu bumi rendah

b)

Suhu bumi meningkat

c)

Paras air laut meningkat

d)

Manusia mula tahu cara membuat api

19.

Pilih DUA ciri Epok Pleistosen.

a)

Paras air laut meningkat.

b)

Tanah dataran menjadi luas.

c)

Air batu mula mencair.

d)

Banyak kawasan dilitupi air batu.

20.

Kala Kuaterner pada Epok Holosen berlaku sejak...

a)

11 700 tahun dahulu hingga 200 tahun dahulu

b)

2.5 juta hingga 11 700 tahun dahulu

c)

11 700 tahun dahulu hingga kini

d)

2.5 juta hingga kini

21.

Pilih DUA haiwan yang terdapat pada Epok Pleistosen.

a)

Dinosaur

b)

Mamot

c)

Harimau bertaring lengkung

d)

Siamang

e)

Badak Sumatera

22.

*Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Kawasan yang bertanda B4 merupakan...

a)

Benua Antartika

b)

Benua Afrika

c)

Benua Asia

d)

Benua Oceania

23.

Di manakah terletaknya lokasi negara Malaysia dalam kesemua tujuh benua?

a)

Benua Amerika Selatan

b)

Benua Oceania

c)

Benua Eropah

d)

Benua Asia