WorksheetsLatihan Ulangkaji AKP Modul 1-8
Total questions: 15
Worksheet time: 12mins
Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat bajet dan merancang perbelanjaan kecuali
Rujuk kepada matlamat kewangan peribadi
Simpan sejumlah wang untuk dana kecemasan
Membuat anggaran untuk perbelanjaan tetap
Berbelanja mengikut kemahuan diri
Apakah kadar peratus minimum sebulan yang disarankan sebagai tabungan persaraan, tidak termasuk caruman KWSP, daripada pendapatan anda?
Apabila ada lebihan pendapatan
Apabila mendapat bonus tahunan
Sekurang-kurangnya 10% setiap bulan
Sekurang-kurangnya 50% setiap bulan
Nyatakan bilangan bulan bagi kos perbelanjaan sara hidup yang disarankan sebagai dana kecemasan seseorang individu?
1 - 2 bulan
3 - 6 bulan
8 - 9 bulan
12 - 24 bulan
Apakah komponen utama dalam pengurusan aliran tunai?
Pendapatan dan perbelanjaan
Penghutang dan pemiutang
Aset dan liabiliti
Penyata untung rugi dan kunci kira-kira
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan semua perkhidmatan berikut kecuali
Memberi pinjaman kepada mereka yang mengalami masalah kewangan
Kaunseling dan khidmat nasihat kewangan
Program pendidikan kewangan tentang pengurusan kewangan yang bijak
Program Pengurusan Kredit (PPK)
Fungsi utama Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah
i. Mentadbir sistem insurans deposit
ii. Memberi perlindungan kepada pendeposit bank
iii. Menyediakan pinjaman
iv. Memberi perlindungan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans
i, ii, iii
i, ii, iv
ii, iii, iv
i, ii, iii, iv
Konsep Syariah yang manakah merujuk kepada Simpanan?
Mudharabah
Wadiah
Musharakah
Murabahah
Pn Siti sering menggunakan perbankan internet. Beliau sering menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank. Selain itu, beliau sentiasa log keluar selepas selesai melaksanakan transaksi dan memadamkan peti ingatan selepas log keluar dari laman web.
Yang manakah antara berikut menunjukkan hubungkait antara situasi di atas dengan kenyataan di bawah?
Cara-cara membuat perbankan internet
Ciri-ciri khas perbankan internet
Perkhidmatan yang disediakan oleh perbankan internet
Kaedah perbankan internet yang selamat
Produk utama insurans ini adalah untuk melindungi anda daripada insiden yang berkaitan dengan perjalanan seperti kemalangan diri, kelewatan perjalanan, kehilangan bagasi dan lain-lain.
Produk ini merujuk kepada insurans
Motor
Kediaman
Barangan Peribadi
Perjalanan
Perkara yang manakah wajar dipertimbangkan sebelum membeli polisi insurans
i. Kredibiliti syarikat insurans
ii. Jenis polisi dan pelan yang dijual
iii. Bahaya dan risiko yang dilindungi
iv. Jumlah premium atau caruman yang perlu dibayar berdasarkan jumlah yang diinsuranskan, jenis risiko dan tempoh yang dilindungi
i, ii, iii
i, ii, iv
ii, iii, iv
i, ii, iii, iv
Yang manakah antara berikut akan memberi kesan negatif terhadap kedudukan kredit anda?
Tidak membayar ansuran mengikut jadual
Membayar bil sepenuhnya sebelum tarikh matang
Sentiasa membuat bayaran minimum kad kredit
Memiliki 3 kad kredit
Berikut adalah tanda awal seseorang itu menghadapi masalah kewangan kecuali
Sedikit atau tiada langsung simpanan
Sering kali membuat pengeluaran tunai
Hidup mengikut kemampuan
Mengharapkan gaji utuk menampung perbelanjaan bulanan
Berikut adalah langkah pembetulan yang boleh diambil untuk mengawal kewangan individu kecuali
Berunding dengan pemiutang tentang syarat pinjaman dan mengemukakan pelan pembayaran balik yang bersesuaian dengan aliran tunai
Mempertimbangkan penggunaan wang simpanan atau mencairkan aset tertentu untuk mengurangkan hutang
Memulakan usaha menambah pendapatan seperti membuat kerja sambilan
Membuat pinjaman yang lain
Pernyataan manakah yang tidak benar berkenaan seseorang yang telah diisytiharkan bankrap?
Tidak boleh menjadi pengarah syarikat
Tidak boleh bekerja di mana-mana organisasi
Dilarang keluar negara tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia
Tidak boleh meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia
Akronim 'CCRIS' merujuk kepada
Corporate Credit Reference Inquiry System
Current Corporate Reference Inquiry System
Central Credit Reference Information System
Central Corporate Reference Information System
