WorksheetsMAKROEKONOMI (BAB 5) - 1
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Name
Class
Date
1.
Antara berikut, yang manakah bukan tujuan kerajaan menjalankan sekatan perdagangan antarabangsa?
a)
Melindungi industri strategik
b)
Mengelakkan lambakan
c)
Membaiki imbangan pembayaran defisit
d)
Memperoleh hasil cukai
2.
Kesan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang perlahan di Malaysia menyebabkan permintaan terhadap Dolar Singapura berkurangan. Keadaan ini menyebabkan nilai
a)
Ringgit Malaysia tidak berubah
b)
Ringgit Malaysia susutnilai
c)
Dolar Singapura naik nilai
d)
Dolar Singapura susutnilai
3.
Yang manakah diantara berikut bukan dasar sekatan perdagangan bebas?
a)
Tarif
b)
Embargo
c)
Devaluasi
d)
Kuota import
4.
Apabila mata wang sesebuah negara ‘terkurang nilai’ maka
a)
eksport akan melebihi import
b)
import akan melebihi eksport
c)
guna tenaga di negara tersebut akan berkurang
d)
kuasa mata wang di pasaran antarabangsa tinggi
5.
Yang manakah yang boleh mengurangkan kadar pertukaran matawang tempatan?
a)
Pengurangan pelaburan Malaysia di Indonesia
b)
Akaun semasa imbangan pembayaran meningkat
c)
Peningkatan import kelapa sawit oleh Arab Saudi
d)
Pengurangan pelaburan Amerika Syarikat diMalaysia
6.
Antara berikut, yang manakah dapat mengurangkan import negara tanpa menyebabkan pengguna tempatan membayar harga yang lebih tinggi terhadap barang import tersebut?
a)
Tarif
b)
Kuota
c)
Devaluasi
d)
Kenaikan nilai mata wang asing
7.
Antara berikut, yang manakah yang boleh meningkatkan kadar pertukaran mata wang domestik?
a)
Peningkatan pelaburan Malaysia di Indonesia
b)
Akaun semasa imbangan pembayaran merosot
c)
Peningkatan pelaburan multinasional di Malaysia
d)
Pengurangan import kelapa sawit oleh Iran dari Malaysia
8.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kesan pemansuhan kadar pertukaran tetap antara Dolar Amerika dengan Yuan China?
a)
Import Malaysia dari China telah bertambah
b)
Nilai Yuan meningkat berbanding dengan nilai Dolar Amerika
c)
Perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China telah terjejas
d)
Perubahan tersebut tidak mempengaruhi kadar pertukaran antara Ringgit dengan Yuan
9.
Golongan yang akan menikmati faedah daripada perlindungan tarif di sesebuah negara ialah
a)
pengguna domestik barang yang diberikan perlindungan
b)
pengeluar domestik barang yang diberikan perlindungan
c)
pengguna domestik barang yang tidak diberikan perlindungan
d)
pengeluar di negara asing yang mengeluarkan barang yang diberikan perlindungan
10.
Dalam ekonomi yang mengalami masalah kurangan dalam imbangan pembayaran dan pengangguran, pertambahan dalam bekalan wang akan
a)
mengurangkan pengangguran dan membaiki imbangan pembayaran
b)
memburukkan imbangan pembayaran dan meningkatkan kadar inflasi
c)
meningkatkan defisit dalam imbangan pembayaran dan pengangguran
d)
memburukkan imbangan pembayaran tetapi menambah peluang pekerjaan
11.
Berikut merupakan alat-alat sekatan perdagangan antarabangsa kecuali
a)
cukai import
b)
piawaian kesihatan dan keselamatan
c)
kawalan pertukaran asing
d)
kuota eksport
12.
Yang manakah termasuk dalam butiran akaun pendapatan imbangan pembayaran Malaysia.
a)
Pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia
b)
Bantuan kewangan kepada negara luar
c)
Pampasan pekerjaan yang diterima oleh penduduk asing
d)
Penghantaran wang balik oleh penduduk asing ke negara asal
13.
Alasan untuk sesebuah negara berdagang dengan negara lain adalah seperti berikut kecuali
a)
kemahiran buruh yang berbeza
b)
cita rasa penduduk yang berbeza
c)
sumber semula jadi yang berbeza
d)
penggunaan mata wang yang berbeza
14.
Berikut merupakan tujuan kerajaan sesebuah negara menjalankan sekatan perdagangan antarabangsa kecuali
a)
menghindari lambakan
b)
memperoleh hasil cukai
c)
melindungi industri muda
d)
mempelbagai kegiatan ekonomi
15.
Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara menikmati faedah yang berikut, kecuali
a)
Mempelbagaikan pilihan barangan
b)
Mencapai tingkat guna tenaga penuh
c)
Memperoleh faedah daripada pengkhususan
d)
Meluaskan pasaran barangan tempatan di pasaran antarabangsa
100 %
