Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA

Total questions: 25

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

"____________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin," kata Dira dan Lilian.

a)

Mereka

b)

Kamu

c)

Kami

d)

Saya

2.

Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. _________ hendak menggoreng sayur.

a)

Engkau

b)

Awak

c)

Dia

d)

Saya

3.

Air di dalam __________ itu masih panas kerana dijerang sebentar tadi.

a)

periuk

b)

sudu

c)

cerek

d)

baldi

4.

Ayah mempunyai ______________ membaiki motosikal yang rosak.

a)

kebolehan

b)

kepintaran

c)

kepakaran

d)

kecekapan

5.

Kamal memasuki pertandingan ___________ peringkat daerah Jasin.

a)

ninja

b)

judo

c)

tae kwan do

d)

silat

6.

"____________ sakitnya perutku. Sudahnbeberapa hari aku tidak makan!" keluh si monyet.

a)

Aduhai

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Cis

7.

_________ nama saya Syahmi. Selamat berkenalan.

a)

Oh

b)

Cis

c)

Hai

d)

Amboi

8.

Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di sungai belakang rumah datuk.

a)

butir

b)

biji

c)

bentuk

d)

ketul

9.

"__________ sudah lama kita tidak berjumpa!" kata Engkahmat kepada Linggi.

a)

Eh

b)

Oh

c)

Nah

d)

Wah

10.

Rahim sedang mencuci kereta __________ abangnya menyiram pokok bunga.

a)

atau

b)

manakala

c)

tetapi

d)

walaupun

11.

Sami leka memerhati lembu datuknya _________ rumput.

a)

memakan

b)

makanan

c)

memakai

d)

memakanan

12.

Mokhtar ___________ bola ke dalam gol pasukan India.

a)

memukul

b)

menolak

c)

membaling

d)

menendang

13.

Murid-murid bergotong-royong ___________ pokok bunga di kawasan sekolah.

a)

menanam

b)

menanami

c)

ditanam

d)

ketanaman

14.

Kami melawat Cikgu Atan di hospital kerana beliau sakit __________.

a)

tenat

b)

keras

c)

penat

d)

sesak

15.

Siti __________ tentang kehilangan wangnya kepada Cikgu Juliana.

a)

menulis

b)

menyatakan

c)

mencatatkan

d)

memberitahu

16.

Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.

a)

menjemur

b)

sidai

c)

menggantung

d)

meletak

17.

Setiap pagi, Amin dan ayahnya akan ___________ selama 10 minit sebelum mandi.

a)

bersenam

b)

bersorak

c)

bermain

d)

berlari

18.

Sebelum bermain bola di padang, Filix dan rakannya _________ pakaian dan kasut yang sesuai.

a)

mengguna

b)

memakai

c)

membeli

d)

mengambil

19.

Farhan berjalan _______________ kerana kaki kirinya luka.

a)

terhuyung-hayang

b)

terkedek-kedek

c)

terincut-incut

d)

terpinga-pinga

20.

Walaupun hujan turun ____________ perlawanan bola sepak tetap diteruskan.

a)

putus-putus

b)

sekali-sekali

c)

renyai-renyai

d)

lebat-lebat

21.

PILIH KATA LAWAN YANG BETUL

Pak Jalal sedang mencabut pokok ubi kayu. (mencabut)

a)

menanam

b)

menarik

c)

mengeluarkan

d)

memotong

22.

PILIH KATA SEERTI YANG BETUL

Kami bersantai di tepi Pantai Damai, Kuching selama dua hari. (bersantai)

a)

berehat

b)

termenung

c)

duduk

d)

bekerja

23.

PILIH SIMPULAN BAHASA YANG PALING SESUAI

Kami bercadang untuk ____________ di Pulau Langkawi.

a)

makan hati

b)

makan angin

c)

ambil angin

d)

bawah angin

24.

PILIH SIMPULAN BAHASA YANG PALING SESUAI

Diana ____________ hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun.

a)

hati waja

b)

hati batu

c)

ada hati

d)

keras hati

25.

PILIH AYAT YANG BETUL

a)

Mak baru pulang daripada pasar.

b)

Baju ini amat teramat cantik.

c)

Kakak rehat ke Langkawi.

d)

Adik tidur di atas sofa.