Font size
WorksheetsPERNIAGAAN TINGKATAN 4 (PERANAN KERAJAAN) BAB 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara yang berikut, manakah yang merupakan peranan Bank Negara Malaysia?
I Memberikan pinjaman kepada orang ramai
II Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
III Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara
IV Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah ini menunjukkan peranan suatu agensi kerajaan.
- mengutip cukai import
- mengutip cukai barang dan perkhidmatan
Apakah agensi berkenaan?
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Manakah yang bukan usaha kerajaan negeri untuk membantu perkembangan perniagaan?
Menarik kemasukan pelabur tempatan
Memberikan beberapa skim galakan yang kompetitif
Mewujudkan kawasan industri di suatu kawasan tertentu
Memastikan setiap pembinaan dalam keadaan yang selamat
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Amin.
Encik Amin memiliki sebuah perniagaan yang mengeluarkan pelbagai jenis makanan herba. Encik Amin berhasrat untuk mengeksport keluarannya ke negara Eropah, Afrika Selatan dan China.
Agensi kerajaan (a) yang dapat membantu mempromosikan keluaran perniagaan Encik Amin.
Sebab undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan pengguna digubal ialah
mengawal perjalanan aktiviti perniagaan
melindungi pengguna supaya tidak tertindas oleh peniaga yang tidak beretika
menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan
menjadi sumber pembiayaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan
Kerajaan negeri menjalankan peranan
membangunkan kawasan setempat
membina jaringan sistem pengangkutan yang baik
mengumpul cukai pendapatan dan cukai perniagaan
melindungi pengguna daripada penipuan perniagaan
Diberikan kepada syarikat yang menyertai perniagaan yang dipromosikan oleh kerajaan.
Jenis pelepasan cukai tersebut ialah (a)
Agensi kerajaan seperti ___________________, _____________________, dan _________________ ditubuhkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan
(a)
Agensi (a) memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi.
Pertumbuhan ekonomi menjadi instrumen atau alat untuk mengukur (a) sesebuah negara.
