wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Permainan Bahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Burung yang tak boleh terbang, suka sejuk, boleh berenang.

a)

Burung Unta

b)

Burung Hantu

c)

Penguin

2.

Binatang yang tua, telur boleh dimakan, tuannya tak boleh.

a)

Ayam

b)

Penyu

c)

Burung Merpati

d)

Kambing

3.

Salah satu superhero juga guna haiwan ini sebagai petanda

a)

Harimau

b)

Cicak

c)

Kelawar

d)

Labah-labah

4.

Burung apa yang terlampau besar untuk terbang?

a)

Burung Unta

b)

Burung Besar

c)

Burung Helang

5.

Bila kecil boleh makannya, bila besar boleh membuat bangunan.

a)

Pokok kelapa

b)

Pokok Bamboo

c)

Pokok Nipah

6.

Berwarna hijau tapi bukan pokok, ditumbuh di seluruh dunia, siapa saya?

a)

Pokok

b)

Rumpai Laut

c)

Rumput

7.

Doctor Ahmad mengguna tukul memukul anda. Apakah yang dia nak menguji?

a)

Kesakitan Anda

b)

Tindak Balas

c)

Perasaan Anda

8.

Ali seorang penjual roti, dia ditahan oleh seorang polis walaupun tidak melanggar apa undang-undang, kerana polis nak...

a)

Beli Roti

b)

Saman Ali

c)

Tangkap Ali

9.

Tiga adik-beradik mempunyai muka yang sama, bermain kejar-kejar, sehingga anda arah mereka berhenti, apa benda ini?

a)

Kereta Sorong

b)

Kereta

c)

Kipas

10.

Tinggi benda ini, dan ia sangat panas. Kadang-kadang meletup atas kepalanya.

a)

Gunung Berapi

b)

Kipas

c)

Kapal Terbang

11.

1. "Mohon rakyat jelata mendoakan kesejateraan __________ ," kata salah seorang wakil dari istana.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

baginda

12.

Raja Permaisuri Agong _________ menyampaikan hadiah kepada pemenang sayembara puisi.

a)

berkenan

b)

bersemayam

c)

menghadap

d)

bertitah

13.

6. Pasukan bola sepak sekolahnya gigih menjalani latihan. _________, mereka gagal menjuarai pertandingan itu.

a)

Setelah itu

b)

Namun demikian

c)

Tambahan pula

d)

Kalau begitu

14.

Makcik Izzah sedang _________ sebuah bakul yang berisi sayur-sayuran.

a)

menatang

b)

mengelek

c)

menjinjing

d)

menjunjung

15.

Baju kebaya nyonya itu sangat sesuai dipakai oleh wanita yang bertubuh ________.

a)

langsing

b)

sasa

c)

gempal

d)

tegap

16.

__________ sahaja yang boleh dimakan daripada sebiji durian.

a)

Sesisir

b)

Sepotong

c)

Sepangsa

d)

Seruas

17.

Pisang itu tidak boleh dimakan lagi kerana masih ________.

a)

masak

b)

ranum

c)

mengkal

d)

matang

18.

Tempat pembiakan ________ hendaklah dihapuskan segera untuk menggelakkan demam denggi.

a)

jentik-jentik

b)

rama-rama

c)

larva-larva

d)

anai-anai

19.

Mangsa banjir di Manek Uarai telah ________ dipindahkan ke tempat lain setelah terperangkap di bangunan sekolah selama tiga hari.

a)

diselamatkan

b)

selamat

c)

penyelamat

d)

terselamat

20.

Puan Fasya ________ kain balik dengan berhati-hati untuk menjaga kualiti kain itu.

a)

dicap

b)

pengecap

c)

mengecap

d)

pengecapan

21.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.

a)

bagai aur dengan lebung

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

22.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

23.

Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

24.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

25.

Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

26.

Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

begai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

27.

Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air di dalam keladi.

28.

Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

29.

Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

30.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batuk di tangga