wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz 3 sains t2b4 kesihatan manusia

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang menyebabkan penyakit boleh berjangkit?

a)

disebabkan oleh patogen secara langsung atau melalui medium dan vektor

b)

berlaku disebabkan oleh faktor genetik atau gaya hidup

2.

berikut adalah medium bagi penyebaran penyakit KECUALI

a)

air

b)

udara

c)

debu

d)

sentuhan

3.

bagaimanakah cara untuk kita mencegah jangkitan melalui udara KECUALI..

a)

tidak meludah di merata-rata tempat

b)

mengelakkan diri dari berada di tempat yang sesak

c)

menutup hidung semasa bersin, batuk atau menguap

d)

memastikan tempat tinggal tidak dimasuki cahaya kerana cahaya mengandungi ultraungu yang sangat bahaya.

4.

apakah contoh penyakit yang berjangkit memelui AIR kecuali ?

a)

demam denggi

b)

demam kepialu

c)

kolera

d)

disentri amoeba

5.

apakah contoh penyakit yang berjangkit melalui sentuhan?

a)

panau

b)

demam denggi

c)

tuberkulosis

6.

antara yang berikut, yang manakah padanan vektor dan patogen yang benar?

a)

lipas dan salmonella typhi

b)

tikus dan plasmodium malarie

c)

nyamuk aedes dan salmonella typhi

7.

apakah gejala bagi demam kepialu?

a)

menggigil dan demam

b)

cirit birit dan muntah

c)

demam, sakit kepala dan sakit otot

d)

demam, usus berdarah, ruam merah

8.

bagaimana penyakit berjangkit dapat dihalang daripada terus menular?

a)

pengambilan vaksin oleh kanak-kanak , ibu mengandung ,pengendali premis makanan,jemaah haji dan pengembara.

b)

tidur dengan tidak menggunakan kelambu

c)

membuat pemeriksaan kesihatan bila perlu

9.

antara yang berikut yang manakah barisan pertahanan pertama?

a)

sel darah putih

b)

antibodi

c)

kulit

10.

apakah fungsi antigen?

a)

merangsang sistem imun tubuh, membentuk keimunan terhadap jangkitan penyakit tertentu.

b)

mencegah penyakit dari tersebar melalui udara

c)

menelan dan mencerna patogen menggunakan enzim.

11.

Penyakit tidak berjangkit

a)

Kanser

b)

H1N1

c)

Demam selesema

d)

Demam Zika

12.

Penyakit tidak berjangkit berlaku disebabkan oleh

a)

keturunan

b)

patogen

c)

gaya hidup

13.

Protein yang dihasilkan oleh sel darah putih ke dalam aliran darah sebagai gerak balas terhadap antigen?

a)

Vaksin

b)

Antibodi

c)

Antiserum

d)

Antigen

14.

Antara berikut yang manakah penyakit berjangkit ?

a)

kanser

b)

hipertensi

c)

kencing tikus

d)

demam denggi

15.

Mengapakah kita perlu memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika selesema ?

a)

untuk mengamalkan gaya hidup sihat

b)

untuk meningkatkan tahap kesihatan

c)

untuk mengelak dari habuk

d)

untuk menghalang orang lain darpada jangkitan

16.

Antara penyakit berikut yang manakah berjangkit melalui hubungan seks rambang?

a)

selesema

b)

gonorea

c)

sifilis

d)

demam kepialu

17.

Proses di mana sel darah putih menelan dan mencerna patogen -patogen menggunakan enzim sebagai

a)

antibodi

b)

imuniti

c)

fagositosis

d)

vaksinasi

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan ANTIBODI?

a)

molekul protein yang dihasilkan oleh sel darah putih untuk berinteraksi dengan antigen

b)

keupayaan badan melawan patogen

c)

mikroorganisma yang menyebabkan penyakit

d)

molekul yang merangsang gerakbalas keimunan

19.

Apakah maksud PENYAKIT ?

a)

Proses menggunakan vaksin untuk merangsang sistem imun untuk melawan penyakit berjangkit .

b)

Keupayaan tubuh untuk melawan penyakit dengan penghasilan antibodi

c)

imuniti yang diperoleh secara semulajadi dari ibu

d)

keadaan tidak normal badan dengan sebab tertentu, tanda-tanda dan gejala tertentu

20.

Apakah jenis keimunan yang dihasilkan apabila vaksin dimasukkan ke badan ?

a)

pasif semulajdi

b)

aktif semulajadi

c)

pasif buatan

d)

aktif buatan

21.

Apakah patogen yang dibawa oleh nyamuk Anopheles betina ?

a)

bakteria Leptospira sp.

b)

bakteria Salmonella typhi

c)

plasmodium malariae

d)

virus denggi

22.

Antara berikut yang manakah benar tentang penyakit tidak berjangkit?

a)

dibawa oleh patogen

b)

boleh berpindah dari individu ke individu lain

c)

disebarkan oleh vektor

d)

disebabkan oleh faktor genetik

23.

yang manakah ciri-ciri keimunan aktif?

a)

suntikan antiserum

b)

tindak balas yang lambat

c)

memberi perlindungan jangka panjang

d)

menyembuhkan penyakit

24.

Apakah jenis keimunan apabila antibodi dipindahkan kepada anak melalui susu ibu dan plasenta ?

a)

pasif semulajadi

b)

aktif semulajadi

c)

pasif buatan

d)

aktif buatan

25.

Antara berikut , yang manakah langkah-langkah untuk menghalang penularan wabak denggi?

a)

melakukan pembakaran terbuka

b)

menambah klorin ke dalam sistem bekalan air

c)

mengadakan gotong royong untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes

d)

memelihara ikan gapi di dalam kolam .

26.

Apakah amalan yang boleh meningkatkan keimunan tubuh badan ?

a)

terdedah kepada pencemaran udara

b)

mengambil makanan manis secara berlebihan

c)

beriadah dan menghirup udara segar

d)

mengamalkan pemakanan yang sihat

27.

Antara penyakit berikut yang manakah penyakit berjangkit

a)

kencing manis

b)

kanser

c)

influenza

d)

asma

28.

Apakah vaksin untuk melindungi badan daripada Tuberkulosis?

a)

Bacillus Calmette-Guerin (BCG)

b)

Japanese Encephalitis (JE)

c)

Tetanus

d)

Inactive Polio Vaccine (IPV)

29.

Maklumat menunjukkan pernyataan tentang suatu penyakit.

Penyakit ini disebabkan oleh faktor genetik . Penyakit ini akan menjadi lebih teruk lagi disebabkan diet yang tidak sihat.


Berdasarkan maklumat , apakah penyakit ini?

a)

Tuberkulosis

b)

Penyakit kardiovaskular

c)

Demam Denggi

d)

Kurap

30.

Antara berikut , yang manakah menunjukkan pengelasan penyakit yang betul?

a)

Penyakit berjangkit : Demam denggi

Penyakit tidak berjangkit : Kolera

b)

Penyakit berjangkit : Kanser

Penyakit tidak berjangkit : Kurap

c)

Penyakit berjangkit : Demam Denggi

Penyakit tidak berjangkit : Kurap

d)

Penyakit berjangkit : Kolera

Penyakit tidak berjangkit : Diabetes

31.

Antara berikut, yang manakah merupakah barisan pertahanan badan spesifik?

a)

BARISAN PERTAHANAN PERTAMA

b)

BARISAN PERTAHANAN KEDUA

c)

BARISAN PERTAHANAN KETIGA

d)

FAGOSIT

32.

Antara berikut, yang manakah TIDAK terlibat dalam barisan pertahanan pertama?

a)

Fagosit

b)

Kulit

c)

Membran mukus

d)

Air mata

e)

Lilin telinga

33.

Berdasarkan rajah, yang manakah BUKAN kebolehannya bertindak sebagai barisan pertahanan pertama?

a)

Merembeskan sebum

b)

Mengeluarkan peluh

c)

Lapisan penghalang

d)

Merembeskan lilin

34.

Ahmad telah menghidap demam campak dan sembuh sepenuhnya. Apakah jenis keimunan yang diperolehinya?

a)

Keimunan pasif buatan

b)

Keimunan pasif semulajadi

c)

Keimunan aktif buatan

d)

Keimunan aktif semulajadi

35.

Salima telah menghidap penyakit Pneumonia. Apakah jenis keimunan yang patut diberikan?

a)

Keimunan aktif semulajadi

b)

Keimunan pasif semulajadi

c)

Keimunan aktif buatan

d)

Keimunan pasif buatan

36.

Wabak anjing gila atau Rabies sedang berleluasa. Apakah langkah pencegahan terbaik?

a)

Vaksinasi

b)

Suntikan antiserum

c)

Susu ibu

d)

Keimunan aktif semulajadi

37.

Bagaimanakah vaksin boleh merangsang penghasilan antibodi?

a)

Mengandungi patogen yang telah dilemahkan

b)

Mengandungi antiserum

c)

Mengandungi patogen sihat

d)

Mengandungi antibiotik

38.

Berdasarkan graf, apakah jenis keimunan terlibat?

a)

Keimunan aktif semulajadi

b)

Keimunan aktif buatan

c)

Keimunan pasif semulajadi

d)

Keimunan pasif buatan

39.
Keimunan yang diperoleh apabila vaksin dimasukkan kedalam badan dikenali sebagai .....
a)
Keimunan aktif semulajadi
b)
Keimunan pasif semulajadi
c)
Keimunan aktif buatan
d)
Keimunan pasif buatan
40.
Rajah (a) dan (b) di atas menunjukkan kepekatan antibodi di dalam aliran darah pada individu X dan Y setelah menerima dua suntikan setiap seorang.  Apakah jenis keimunan yang diperoleh oleh kedua-dua individu X dan Y?
a)
Individu X : Keimunan aktif buatan
Individu Y : Keimunan pasif buatan
b)
Individu X : Keimunan pasif buatan
Individu Y : Keimunan aktif buatan
c)
Indivudu X : Keimunan aktif semulajadi
Individu Y : Keimunan pasif buatan
d)
Indivudu X : Keimunan pasif semulajadi
Individu Y : Keimunan aktif buatan
41.
Di antara berikut yang manakah adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap bakteria?    
I Kulit  
II Antibodi di dalam darah  
III Asid di dalam perut  
IV Sel darah putih
a)
II sahaja
b)
I dan III sahaja
c)
III dan IV sahaja   
d)
I, II, III dan IV
42.
Yang manakah di antara berikut adalah penghalang fizikal yang menghalang kemasukan patogen kedalam badan?    
I Sel epitelia bersama silia dan mukus di dalam trakea yang mana memerangkap habuk dan patogen  
II Asid hidroklorik di dalam perut membunuh patogen yang masuk ke dalam badan bersama makanan  
III Enzim yang terkandung di dalam peluh dan sebum boleh memusnahkan mikroorganisma     
IV Fagosit yang memakan patogen yang menyerang badan
a)
I dan II sahaja
b)
I dan III sahaja
c)
I, II dan IV sahaja
d)
I, II, III dan IV
43.
Graf menunjukkan sejenis keimunan. 
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang graf tersebut?
a)
Kedua-dua suntikan mengandungi serum yang boleh meningkatkan aras antibodi
b)
Suntikan kedua diperlukan untuk meningkatkan aras keimunan
c)
Kedua-dua suntikan mengandungi patogen yang mengawal penghasilan antibodi
d)
Suntikan kedua mengandungi aras antibodi yang lebih tinggi
44.
Apakah jenis  keimunan yang akan diperoleh dengan menyuntik antiserum ke dalam badan?
a)
Keimunan pasif buatan
b)
Keimunan pasif semula jadi
c)
Keimunan aktif buatan
d)
Keimunan aktif semula jadi
45.
Graf menunjukkan kepekatan antibodi di dalam darah.
Apakah yang telah disuntik ke dalam darah berdasarkan graf tersebut?

a)
kolostrum
b)
vaksin
c)
antiserum kuda
d)
plasma darah
46.
Apakah rawatan yang harus diberikan kepada seseorang yang terpijak paku besi karat?

a)
Suntikan vaksin polio
b)
Suntikan serum difteria
c)
Suntikan vaksin tifoid
d)
Suntikan serum anti tetanus
47.
Graf menunjukkan kepekatan antibodi dalam darah seorang individu yang diserang deman campak.
Antara lengkung A, B, C dan D, yang manakah menunjukkan kepekatan antibodi selepas minggu ke-8?

a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
48.
Apakah bahan yang disuntik ke dalam badan untuk merangsangkan penghasilan antibodi?
a)
Vaksin
b)
Serum
c)
Antiserum
d)
Antibiotik
49.

Keimunan terbahagi kepada dua jenis iaitu

a)

Keimunan aktif

b)

Keimunan automatik

c)

Keimunan pasif

d)

Keimunan sendiri

50.

Pilih jawapan yang SALAH berkenaan imunisasi

a)

Terdapat jadual imunisasi untuk rakyat Malaysia

b)

Imunisasi ialah usaha memberi daya tahan penyakit kepada manusia

c)

Imunisasi boleh disuntik kepada bayi dan kanak-kanak

d)

Imunisasi menyebabkan semua manusia menjadi cacat