wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BINTANG

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH MAKSUD RANGKAP PERTAMA SAJAK BINTANG?

a)

Pada suatu petang, penyajak duduk di dalam rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

b)

Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

2.

APAKAH MAKSUD RANGKAP KEDUA SAJAK?

a)

Ibu penyajak mengatakan penyajak tidak perlu mengambil bintang di langit itu kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.

b)

Ibu penyajak mengatakan penyajak perlu mengambil bintang di langit itu akan bertambah lagi bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka.

3.

SAJAK BINTANG MEMPUNYAI BERAPA RANGKAP?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

4.

TANDAKAN JAWAPAN YANG MEMPUNYAI BENTUK DAN CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DALAM SAJAK BINTANG.

a)

Sajak bintang mempunyai 1 rangkap.

b)

Rangkap pertama sajak mempunyai 10 baris.

c)

Rangkap kedua sajak mempunyai 8 baris.

d)

Sajak Bintang berbentuk bebas.

e)

Rangkap pertama sajak mempunyai 9 baris.

5.

bintang itu adalah aku

bintang hati ayah dan ibu


Tandakan gaya bahasa yang betul bagi petikan sajak di atas.

a)

Metafora

b)

Epifora

c)

Personifikasi

d)

Anafora

6.

begitu juga ibu (perulangan vokal u).


Apakah jenis unsur bunyi dalam ayat di atas?

a)

Aliterasi

b)

Hiperbola

c)

Asonansi

d)

Personifikasi

7.

begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).


Apakah jenis unsur bunyi ayat di atas?

a)

Aliterasi

b)

Asonansi

c)

Metafora

d)

Sinkope

8.

Tandakan pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalam sajak Bintang.

a)

Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

b)

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.

c)

Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.

d)

Kita perlulah berjimat dan bersederhana apabila berbelanja untuk keluarga.

9.
Apakah tema bagi sajak Bintang?
a)
kasih sayang yang utuh antara anak dan ibu bapanya
b)
ketabahan hidup sepasang suami isteri dalam membesarkan anak-anak
10.
Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak Bintang ini?
a)
ketelitian semasa melakukan sesuatu 
b)
sikap belas kasihan terhadap golongan susah
c)
kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga
11.
Nyatakan bentuk sajak BIntang?
a)
terdiri daripada 3 rangkap
b)
terdiri daripada 2 rangkap
12.
Antara gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Bintang ialah
a)
Hiperbola
b)
simile
c)
metafora
13.
Nilai yang terdapat dalam sajak Bintang ini ialah
a)
kerjasama
b)
kegigihan
c)
kasih sayang
d)
keberanian
14.
Pengajaran yang terdapat dalam sajak Bintang antaranya ialah
a)
kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas
b)
kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita
c)
kita janganlah memandang hina terhadap orang lain