wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu UPSR

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Puan Zaiton, Guru Besar di SK Seri Cemara. ________ mula bertugas di sekolah itu sejak tiga tahun yang lalu.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Kalian

d)

Mereka

2.

“________ mahu semua rakyat jelata hidup aman damai dan berkerja sama,” titah sultan.

a)

Patik

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Tuanku

3.

Nisa ________ buah rambutan dengan sebatang galah.

a)

menarik

b)

mengait

c)

menyadap

d)

menyabit

4.

Madihah kelelahan kerana terpaksa melalui perjalanan yang ________ untuk sampai ke desa datuknya.

a)

dekat

b)

hampir

c)

jauh

d)

nyaris

5.

Kami sangat ________ sekali apabila adik berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR pada tahun ini.

a)

bertenang

b)

teruja

c)

tersipu

d)

terharu

6.

Abang Ishak sedang membakar sate yang ________ oleh pelanggannya.

a)

menempah

b)

tempahan

c)

bertempah

d)

ditempah

7.

Masalah jerebu semakin buruk ___________ pembakaran hutan yang tidak terkawal di negara Indonesia.

a)

ekoran

b)

berhadapan

c)

belakangan

d)

laluan

8.

Azdi berlari dengan ________ untuk memenangi acara lari pecut 4 X 100 meter itu.

a)

tabah

b)

tenang

c)

ligat

d)

pantas

9.

Beberapa orang murid lelaki sedang bermain bola sepak di ________ padang.

a)

tengah

b)

bawah

c)

dalam

d)

penjuru

10.

Majlis kesyukuran itu diadakan untuk meraikan penghijrahan abangnya ________ London.

a)

dari

b)

ke

c)

daripada

d)

kepada

11.

Murid-murid Enam Seroja ketawa ________ apabila Cikgu Samprizal menceritakan kisah lucu kepada mereka.

a)

terbahak-bahak

b)

mengilai-ngilai

c)

mendayu-dayu

d)

tersedu-sedan

12.

Suasana di pasar itu riuh-rendah dengan suara penjual dan pembeli sedang ____________ harga barangan.

a)

tarik-menarik

b)

tawar-menawar

c)

beri-memberi

d)

jual-menjual

13.

Wanita itu menjerit dengan kuat apabila kerana ___________.

a)

terpesona

b)

tertarik

c)

teruja

d)

terperanjat

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.


“Berhati-hati ketika memandu nanti,” kata Encik Hazim kepada Fitri.

a)

Fitri menyuruh hazim memandu dengan berwaspada.

b)

Hazim dan Fitri diingatkan supaya memandu dengan berhati-hati.

c)

Fitri diingatkan oleh Encik Hazim supaya memandu secara berhemah.

15.

Pilih ayat yang betul

a)

Harkrish Sngh sering berjoging di Taman Muhibbah di waktu petang.

b)

Murad tidak terangkat fail-fail yang tersimpan di dalam stor.

c)

Mohan murid paling terpandai sekali di dalam kelasnya.

16.

Roha mempunyai ladang ternakan kambing dan lembu yang diusahakan di atas se __________ tanah yang luas.

a)

hamparan

b)

bidang

c)

baris

d)

kampit

17.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Masalah pencemaran dapat diselesaikan jika undang-undang yang ketat dilaksanakan.

a)

Bilakah masalah pencemaran dapat diselesaikan?.

b)

Mengapakah masalah pencemaran dapat diselesaikan?.

c)

Bagaimanakah masalah pencemaran dapat diselesaikan?.

d)

Siapakah yang dapat menyelesaikan masalah pencemaran?.

18.

Ibu memberikan dorongan kepada kami agar belajar bersungguh-sungguh.

Pilih perkataan sinonim bagi dorongan.

a)

tolakan

b)

asakan

c)

anjuran

d)

galakan

19.

Gempa bumi di Indonesia telah meragut ______________ nyawa penduduk.

a)

segala

b)

setengah

c)

tiap-tiap

d)

beribu-ribu

20.

Ladang ternakan kambing itu dipasang dengan pagar yang dibina daripada beberapa __________ dawai kawat.

a)

gulung

b)

gelung

c)

helai

d)

utas