wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

"Mengapa kamu tidak hadir ke sekolah semalam?" tanya Cikgu Zamani kepada Johan.

a)

Cikgu Zamani bertanya kepada Johan sebab dia tidak hadir ke sekolah semalam.

b)

Cikgu Zamani bertanya kepada Johan mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.

2.

"Di manakah awak letakkan beg itu?" tanya Cikgu Azman kepada Sunita.

a)

Cikgu Azman bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.

b)

Cikgu Azman bertanya kepada Sunita tempatt dia meletakkan beg itu.

3.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.

a)

Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia kelihatan muram.

b)

Nizam bertanya kepada Salim sebab dia kelihatan muram.

4.

"Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok,’’ kata Cikgu Halimah kepada Musa.

a)

Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat datang ke sekolah esok.

b)

Cikgu Halimah berkata bahawa agar Musa dapat datang ke sekolah esok.

5.

“Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?”tanya Kumar kepada John.

a)

Kumar bertanya kepada John masa dia akan berpindah ke rumah baharunya.

b)

Kumar bertanya kepada John bila dia akan berpindah ke rumah baharunya.

6.

"Saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,” kata Hazimah kepada Irfan.

a)

Hazimah menyatakan bahawa dia tidak suka Irfan mencampuri urusan peribadinya.

b)

Hazimah berkata kepada Irfan bahawa dia tidak suka Irfan mencampuri urusan peribadinya.

7.

"Jangan pergi jauh-jauh, balik sebelum pukul 3:00 petang," kata Puan Aini kepada anaknya.

a)

Puan Aini melarang anaknya pergi jauh-jauh dan balik sebelum pukul 3:00 petang.

b)

Puan Aini berkata kepada anaknya jangan pergi jauh-jauh dan balik sebelum pukul 3:00 petang.

8.

"Kawan-kawan, kita akan bertolak pada pukul 7:00 pagi esok," kata Ghazali.

a)

Ghazali berkata kepada kawan-kawannya bahawa kita akan bertolak pada pukul 7:00 pagi esok.

b)

Ghazali berkata kepada kawan-kawannya bahawa mereka akan bertolak pada pukul 7:00 pagi esok.

9.

"Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.

a)

Mak Chan menyuruh Cik Lim supaya makan kuih itu.

b)

Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

10.

"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.

a)

Guru disiplin itu ingin tahu sebab Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

b)

Guru disiplin itu ingin tahu kenapa Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.