WorksheetsKUIZ 2 KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU TAHFIZ 2
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Kita boleh menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi kerana lebih ______________ dan _______________.
baik ... lambat
lemah ... selesa
selesa ... kuat
cepat ... selesa
Kemarahan jurulatih itu semakin ____________ apabila melihat anak buahnya bermain sambil lewa sehingga pasukan lawan boleh menjaringkan gol.
membakar
membara
reda
menaik
Razak terpesona melihat seekor burung merak yang sangat __________ di Zoo Negara.
lawa
anggun
jelita
cantik
Kebanyakan penonton merasa ___________ kerana perlawanan hoki itu ditangguhkan kerana hujan yang sangat _____________.
kecewa .... renyai
duka ... kuat
kecewa ... lebat
hampa ... kuat
Darah _____________ memancut dari tubuh Mahsuri selepas ditikam dengan keris akibat fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
bersih
merah
kuat
cerah
Tidak ada orang yang sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak seperti askar Israel kecuali orang yang tidak mempunyai _____________.
kasih sayang
peri laku
harga diri
peri kemanusiaan
"Buah dokong itu rasanya sangat _____________, tetapi pokoknya sangat _____________ ", kata Zarul.
kelat .... rendang
manis ... lurus
manis ... tinggi
masam ... rimbun
Para hadirin di dalam dewan itu berasa ____________ kerana murid prasekolah itu ____________ bercerita.
hairan ... handal
terharu ... bijak
bangga ... layak
kagum ... petah
Air sungai itu mengalir sangat _____________ selepas hujan lebat melanda kawasan itu petang tadi.
laju
deras
cepat
kuat
Ibu dan ayah sangat ____________ akan keadaan datuk dan nenek yang sudah __________ di kampung.
bimbang ... uzur
musykil ... sakit
gembira ... tua
gugup ... uzur
Pelajar itu kelihatan sangat ___________ ketika berada di atas pentas untuk menyampaikan ucapan pada kali pertama.
risau
gugup
gembira
hairan
Suara kakak sangat ___________ ketika memanggil adik dari dapur sehingga adik terkejut.
garau
kasar
nyaring
merdu
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.
lumpuh
lenguh
lembik
letih
Aktiviti senaman ________ dijalankan dalam masa yang ________ sahaja kerana hujan.
pagi/ singkat
pagi/ lama
petang/ laju
KATA ADJEKTIF WAKTU yang manakah BETUL penggunaannya.
Amira memasak dengan laju.
Aliya berlari sangat perlahan.
Azira belajar dengan pantas.
KATA ADJEKTIF WAKTU yang manakah BETUL penggunaannya.
Ana selalu datang awal ke sekolah.
Ana selalu datang pantas ke sekolah.
Ana selalu datang singkat ke sekolah.
