wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN - BAB 1 (TUJUAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.

a)

Penawaran barang dan perkhidmatan

b)

Mewujudkan peluang pekerjaan

c)

Menambahkan pendapatan negara

d)

Membantu masyarakat setempat

2.

Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan.


# dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja

# sumber pembiayaan seperti simpanan pemilik, pinjaman dan saudara mara

#dikenakan cukai pendapatan perseorangan


Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Berhad

d)

Milikan Tunggal

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.


Hal ehwal syarikat dirahsiakan

• Tidak bebas pindah milik syer

• Liabiliti terhad


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Syarikat sendirian berhad

b)

Syarikat awam berhad

c)

Milikan tunggal

d)

Koperasi

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Murni:


"Puan Murni merupakan pemilik Kedai Kek Murni di Kluang . Beliau dibantu oleh 15 orang pekerja:


Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Murni?

a)

Kecil

b)

Besar

c)

Global

d)

Sederhana

5.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Restoran Syed dan Sheikh

c)

Koperasi Kg Rebana Berhad

d)

Syarikat JAZZ Sendirian Berhad

6.

Antara berikut, yang manakah benar tentang bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

I Kadar bayaran cukai syarikat adalah rendah

II Semua pemegang saham menanggung liabiliti yang tidak terhad

III Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga 50 orang.

IV Milik saham hanya boleh dipindah selepas mendapat kebenaran ahli

lembaga pengarah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Perniagaan secara langsung memainkan peranan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Bagaimankah perniagaan memainkan peranan ini?

a)

Menyediakan peluang pekerjaan

b)

Membantu perkembangan ekonomi negara

c)

Menjalankan tanggungjawab sosial korporat

d)

Menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan

8.

Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?

a)

Beban cukai yang rendah

b)

Syer boleh dipindah milik secara bebas

c)

Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai

d)

Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.


• Perniagaan dikendalikan mengikut satu sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

• Peniaga boleh menggunakan jenama atau cap dagangan pemegang hak

• Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Kedai sejaras

d)

Syarikat sendirian berhad

10.

Apakah Pemilikan Q?

a)

Usaha sama

b)

Perkongsian

c)

Francais

d)

Koperasi

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.


Mudah ditubuhkan dan mudah diurus

• Dikenakan cukai individu

• Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik


Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Prima Global Sdn. Bhd.

b)

Tiga Dimensi Enterprise

c)

Koperasi Belia Johor Bahru Berhad

d)

Perniagaan Rahmat dan Rakan – rakan

12.

Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?

a)

Membayar fi tertentu kepada francaisor

b)

Melaksanakan penyelidikan produk

c)

Menyediakan skim latihan pekerja

d)

Melakukan promosi

13.

Mengapakah Encik Mazlan lebih cenderung untuk memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Mudah memindah milik syer

c)

Berhak memilih ahli lembaga pengarah

d)

Dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan

14.

Perniagaan manakah yang dikategorikan sebagai aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Syarikat Teh Cameron Sdn. Berhad

b)

Spa Kejelitaan Ayu

c)

Restoran Cik Bedah

d)

Kilang Kopi 434

15.

Logo yang berikut berkaitan dengan satu organisasi bukan bermotif untung (OBBU).


Mengapakah organisasi berkenaan menjual barang pada harga di bawah kos?

a)

Untuk mempromosikan barang

b)

Untuk mengusir pesaing dari pasaran

c)

Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu

d)

Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang