wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS KSSM TINGKATAN 4 B1-B5 2020

Total questions: 81

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan satu contoh peralatan kecemasan. Apakah alatan kecemasan ini?

a)

Penyiram kecemasan

b)

Pembilas mata

c)

Kabinet aliran laminar

d)

Kebuk wasap

2.

Rajah menunjukkan beg plastik yang digunakan untuk menyimpan sisa biologi. Apakah jenis bahaya yang diwakili oleh simbol pada beg plastik tersebut.

a)

merengsa

b)

radioaktif

c)

biobahaya

d)

menghakis

3.

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menguruskan tumpahan merkuri?

a)

Pasir

b)

Sulfur

c)

Air

d)

Alkohol

4.

Apakah fungsi penyiram kecemasan di dalam makmal?

a)

Melindungi mata dari bahan toksik

b)

Melindungi badan daripada bahan kimia

c)

Melindungi hidung dari zarah halus

d)

Membersihkan badan dari tumpahan bahan kimia

5.

Rajah menunjukkkan label dari Jabatan Bomba dan penyelamat pada alat pemadam api. Apakah yg dimaksudkn dengan tarikh luput tersebut?

a)

tarikh pembuatan alat pemadam kebakaran

b)

tarikh penukaran bekas alat pemadam kebakaran

c)

tarikh alat pemadam boleh diguna dgn baik

d)

tarikh untuk menukar pemadam kebakaran dengan jenis lain

6.

Antara bahan api atau punca kebakaran berikut, yg manakah tergolong dlm kebakaran jenis A?

a)

Natrium

b)

Plastik

c)

petrol

d)

Gas metana

7.

apakah kaedah paling sesuai untuk mengurus bahan sisa biologi seperti jarum?

a)

Tanam dalam tanah

b)

Guna semula

c)

Kitar semula

d)

Buang dalam bekas sisa tajam

8.

antara berikut bahan manakah yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Asid nitrik

b)

Naftalena

c)

Natrium Klorida

d)

Sisa pepejal

9.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bahagian badan seseorang terbakar?

a)

Guna air untuk memadam api

b)

sembur dengan buih

c)

selimutkan dengan selimut kebakaran

d)

Guna pasir untuk memadamkan api

10.

Antara berikut yang manakah perlu dikendalikan di dalam kebuk wasap?

a)

Etanol

b)

Air suling

c)

Larutan ammonia

d)

Asid hidroklorik pekat

11.

Apakah maksud Teknologi Hijau?

a)

Aplikasi produk dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam semula jadi

b)

Pembangunan dan aplikasi sistem dalam memelihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia

c)

Penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan sesuatu kerja dengan kadar yang sama

d)

Aplikasi peralatan dalam memelihara alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara

12.

Antara yang berikut, manakah kepentingan Teknologi Hijau?

I. Mengurangkan pengeluaran karbon

II. Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar

III. Menjimatkan penggunaan sumber asli negara

IV. Meningkatkan ekonomi negara

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

13.

Antara yang berikut, apakah tonggak utama Dasar Teknologi Hijau?

I. Tenaga

II. Alam Sekitar

III. Sains

IV. Sosial

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

14.

Antara yang berikut, manakah benar tentang kesan amalan kecekapan tenaga?

I. Meningkatkan penjimatan sumber tenaga

II. Mengurangkan penjimatan sumber tenaga

III. Mengukuhkan ekonomi negara

IV. Mengurangkan pembaziran

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

15.

Antara yang berikut, manakah bukan usaha dalam pelaksanaan kecekapan tenaga?

a)

Kempen kesedaran alam semula jadi

b)

Kempen teknologi cekap tenaga

c)

Label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik

d)

Indeks Bangunan Hijau

16.

Antara yang berikut, manakah padanan yang betul terhadap sektor dan fungsinya dalam Teknologi Hijau?

a)

Sektor ICT: Fokus kepada penambahbaikan prasarana

b)

Sektor Perindustrian dan pembuatan: Fokus kepada program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga

c)

Sektor Bangunan: Fokus kepada pengawalan kadar gas karbon dioksida di udara

d)

Sektor Pengangkutan: Fokus untuk meminimumkan pembangunan sisa dan air sisa

17.

Antara yang berikut, manakah aktiviti yang menimbulkan isu sosiosaintifik terhadap alam sekitar?

a)

Memotong rumput

b)

Memburu binatang

c)

Penebangan hutan

d)

Menjala ikan di laut

18.

Antara yang berikut, manakah kesan daripada pembebasan gas rumah hijau?

I. Peningkatan suhu

II. Banjir kilat

III. Kemarau

IV. Tanah runtuh

a)

I dan II sahaja

b)

II dan II sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

I, II dan III sahaja

19.

Antara yang berikut, apakah yang dititikberatkan dalam Teknologi Hijau bagi mengatasi isu sosiosaintifik?

I. Cara tenaga digunakan

II. Cara tenaga dijana

III. Kecekapan penggunaan tenaga

IV. Agihan tenaga yang dihasilkan

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

20.

Antara yang berikut, manakah aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik?

I. Sumber tenaga hidro

II. Sumber tenaga geoterma

III. Sumber semulajadi

IV. Sumber tenaga solar

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

21.

Antara yang berikut, manakah tidak benar tentang isu sosiosaintifik dalam sektor perhutanan?

I. Pokok-pokok balak ditebang bagi membuka tanah baru

II. Penggunaan racun serangga dan baja kimia

III. Penerokaan hutan

IV. Pembakaran terbuka bagi tujuan menanam tanaman yang baru

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

II dan IV sahaja

22.

Antara yang berikut, manakah bentuk pengangkutan hijau?

a)

Berbasikal

b)

Pengangkutan awam

c)

Teksi

d)

Kenderaan individu

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan "jejak kaki karbon"?

a)

Jumlah gas rumah hijau

b)

Pembebasan gas ke persekitaran

c)

Jumlah gas rumah hijau, iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti asap kenderaan

d)

Kesan kemajuan yang pesat tanpa menghiraukan alam semula jadi di sekeliling kita

24.

Alatan perlindungan yang manakah digunakan untuk melindungi hidung dan muulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap?

a)
b)
c)
d)
25.

Satu kebakaran dalam makmal sains melibatkan logam reaktif seperti natrium dan kalium. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?

a)

Alat pemadam kebakaran air

b)

Alat pemadam kebakaran buih

c)

Alat pemadam kebakaran serbuk kering

d)

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida

26.

Apakah langkah yang perlu dilakukan apabila melihat seseorang yang sedang memegang leher dengan kedua-dua tangan dengan keadaan bibir dan muka kebiruan dan mengalami kesukaran bernafas?

a)

Jalankan Heimlich Manoeuvre

b)

Hentak belakang individu tersebut

c)

Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)

d)

Panggil 999 untuk menghubungkan anda kepada ambulans

27.

Apakah fungsi alat dalam gambar ini?

a)

Menentukan suhu badan

b)

Menentukan tekanan darah

c)

Mendapatkan bacaan indeks jisim badan

d)

Mendapatkan suhu dan tekanan bilik

28.

Apakah nama alat ini?

a)

Sfigmomanometer

b)

Barometer

c)

Termometer

d)

Anemometer

29.

Termometer jenis apakah ini?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer inframerah

d)

Termometer rektal

30.

Apakah termometer yang paling sesuai untuk mendapatkan suhu bayi?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer inframerah

31.

Seorang pelajar baru sahaja selesai berlari. Apakah kemungkinan bacaan nadi pelajar ini?

a)

45 per minit

b)

65 per minit

c)

85 per minit

d)

105 per minit

32.

Indeks Jisim Badan (BMI) dihitung menggunakan formula  Jisim (kg)Tinggi2 (m2 )\frac{Jisim\ \left(kg\right)}{Tinggi^2\ \left(m^2\ \right)} . Seorang pelajar mempunyai jisim 50 kg dan tinggi 1.60 m. Hitung BMI pelajar ini.

a)

1.95

b)

2.56

c)

19.53

d)

31.25

33.

Salah satu simptom bagi pesakit COVID19 (2019 Novel Coronavirus) ialah demam melebihi 3 hari. Oleh sebab itu, saringan kesihatan dibuat bagi mengelakkan penularan virus COVID19 dengan cara mengambil suhu badan pesakit di kawasan-kawasan berpopulasi tinggi seperti lapangan terbang dan pusat membeli-belah. Antara termometer berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk membuat saringan suhu badan manusia bagi mengelakkan penularan penyakit ini?

a)
b)
c)
d)
34.

Antara berikut, faktor manakah mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang individu?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Aktiviti

d)

Cuaca

35.

Antara berikut, kaedah manakah paling sesuai untuk memastikan indeks jisim badan dalam keadaan terbaik?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Tidak makan pada waktu malam dan tengah hari

b)

Mengurangkan makanan bergoreng

c)

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

d)

Makan makanan yang kaya dengan protein dan pelawas sahaja

36.

Molekul biologi yang mengandungi maklumat perwarisan untuk organisma tertentu ialah...

a)

Protein

b)

Karbohidrat

c)

Asid lemak

d)

Asid deoksiribonukleik

37.

Apakah perbezaan antara mitosis dan meiosis?

a)

Mitosis pada sel kulit, meiosis berlaku pada sel saraf

b)

Mitosis menghasilkan dua sel anak, meiosis menghasilkan empat sel anak

c)

Mitosis menghasilkan variasi pada sel anak, meiosis menghasilkan sel anak yang tiada variasi

d)

Mitosis berlaku untuk menghasilkan sel pembiakan, meiosis berlaku pada sel soma sahaja

38.

Pokok kacang berbunga ungu dikacukkan dengan pokok kacang berbunga putih. Anak pokok kacang yang terhasil ada yang berbunga ungu dan ada yang berbunga putih. Alel dominan bunga ungu ialah U, manakala alel resesif bunga putih ialah u. Apakah genotip untuk pokok kacang induk yang berbunga ungu?

a)

uu

b)

Uu

c)

UU

39.

Kariotip yang ditunjukkan memberikan maklumat yang betul seperti berikut:

a)

Individu ini ialah seorang lelaki

b)

Individu ini adalah buta warna

c)

Individu ini mempunyai sel darah merah abnormal

d)

Individu ini penghidap Sindrom Klinefelter

40.

Apakah yang dimaksudkan dengan bakteria transgenik?

a)

Bakteria yang mengalami mutasi

b)

Bakteria yang menerima gen daripada organisma lain

c)

Bakteria yang mengalami perubahan genetik sejak beribu tahun dahulu

d)

Bakteria yang menderma gen asalnya kepada organisma lain

41.

Bakteria Escherichia coli yang ditunjukkan amat berguna dalam kejuruteraan genetik. Apakah struktur dalam bakteria ini yang digunakan untuk mengangkut gen organisma lain?

a)

Plasmid

b)

Mesosom

c)

Ribosom

d)

Plasma membran

42.

Kejuruteraan genetik boleh digunakan untuk tujuan yang memberi manfaat kepada manusia seperti berikut:

a)

Mengkaji fungsi gen tertentu

b)

Meningkatkan nutrisi dalam tanaman

c)

Menghasilkan rumpai yang tahan racun serangga

d)

Menggantikan tanaman yang tidak memberi hasil yang tinggi

43.

Variasi dalam bayi baharu lahir seperti dalam rajah diberi adalah disebabkan oleh...

a)

faktor persekitaran

b)

faktor genetik

c)

faktor genetik dan faktor persekitaran

44.

Warna bunga Handrangea yang pelbagai seperti merah, biru dan merah jambu adalah disebabkan oleh...

a)

faktor persekitaran

b)

faktor genetik

c)

faktor persekitaran dan faktor genetik

45.

Antara yang berikut yang manakah merupakan peralatan perlindungan untuk badan

a)

Gogal

b)

Sarung tangan

c)

Topeng muka

d)

Baju makmal

46.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi kebuk wasap

a)

Perlindungan terhadap wasap toksik dan wap

b)

Tempat menyimpan bahan kimia

c)

Tempat menyimpan radas kaca yang mahal

d)

Perlindungan terhadap haba tinggi

47.

Mata Ahmad terkena sedikit percikan bahan kimia. Apakah tindakan segera yang dia harus lakukan

a)

Matanya segera dibersih dengan tisu

b)

Matanya dilap dengan kapas

c)

Matanya dilapik dengan pembalut

d)

Matanya segera dibersih dengan pencuci mata

48.

Antara yang berikut yang manakah digunakan untuk menyekat tumpahan merkuri

a)

Pasir

b)

Air

c)

Garam

d)

Serbuk sulfur

49.

Antara yang berikut yang manakah kebakaran Kelas api C

a)

Logam

b)

Gas

c)

Bahan pepejal

d)

Bahan mudah terbakar

50.

Apakah jenis pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan jenis logam

a)

Air

b)

Buih

c)

Serbuk kering

d)

Karbon dioksida

51.

Antara yang berikut , yang manakah tidak sesuai menggunakan alat kebakaran jenis ini

a)

Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu

b)

Api memasak melibatkan minyak dan gris

c)

Cecair mudah terbakar seperti petroleum

d)

Api melibatkan peralatan elektrik

52.

Apakah tujuan CPR dilakukan

a)

Memulihkan degupan jantung

b)

Memulihkan pernafasan yang terhenti

c)

Menjadikan pernafasan lebih teratur

d)

Melancarkan perjalanan darah dalam badan

53.

Rajah menunjukkan prosedur dalam CPR

Apakah kepentingan prosedur ini berdasarkan konsep sains

a)

Melancarkan perjalanan darah dalam badan

b)

Membekalkan oksigen ke sel-sel badan mangsa

c)

Melancarkan pengaliran udara dalam salur pernafasan

d)

Memulihkan denyutan nadi

54.

Tindak balas adalah satu prosedur bantuan kecemasan. Apakah yang perlu dilakukan semasa prosedur ini

a)

Bercakap dengan mangsa

b)

Mengalihkan mangsa daripada bahaya

c)

Menggerakkan badan mangsa perlahan-lahan

d)

Memberi bantuan pernafasan kepada mangsa

55.

Apakah yang harus dilakukan pada bahagian badan mangsa yang tercekik

a)

Tendang

b)

Tumbuk

c)

Tepuk dengan kuat

d)

Urut dengan perlahan

56.

Antara rajah berikut , yang manakah menunjukkan tatacara yang betul untuk menyelamatkan individu berbadan besar yang tercekik

a)
b)
c)
57.

Seorang lelaki yang sedang makan di sebuah restoran tercekik dan menyebabkannya tidak boleh bercakap serta bernafas.Apakah kaedah yang boleh dilakukan untuk memulihkannya

a)

Heimlich Manouevre

b)

Resusitasi Kardiopulmanori (CPR)

c)

Menekan dadanya beberapa kali

d)

Mengurut belakang mangsa berulang kali

58.

Berapakah suhu badan normal manusia

a)

35.9 °\degree  C

b)

36.9 \degree  C

c)

38.9 \degree  C

d)

39.9 \degree  C

59.

Antara yang berikut yang manakah bukan penyebab suhu badan meningkat lebih daripada normal

a)

Tidur lebih lama

b)

Jangkitan virus

c)

Senaman cergas

d)

Berkebun pada waktu tengahari

60.

Antara termometer berikut ysng manakah digunakan untuk di bawah lidah untuk menyukat suhu badan seseorang

a)

Termometer inframerah

b)

Termometer makmal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer klinik

61.

Antara berikut , yang manakah bukan tempat denyutan nadi boleh di ambil

a)

Tapak tangan

b)

Lutut

c)

Pergelangan tangan

d)

Leher

62.

Rajah menunjukkan bacaan tekanan darah ibu Farid

150/99

Apakah kategori tekanan darah ibu Farid

a)

Optimum

b)

Normal

c)

Berisiko

d)

Tekanan darah tinggi

63.

Apakah interpretasi yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai BMI melebihi 30

a)

Kurang jisim badan

b)

Jisim badan unggul

c)

Berlebihan jisim badan

d)

Obes

64.

Masalah berat badan semakin mendapat perhatian orang ramai. Apakah ramalan yang wajar dilakukan untuk mengawal berat badan

a)

Amalkan gaya hidup mewah

b)

Makan makanan berlemak

c)

Makan makanan berkalori tinggi pada malam hari

d)

Bersenam dan beriadah

65.

Antara peralatan berikut yang manakah digunakan untuk melindungi mata semasa menjalankan eksperimen

a)

cermin mata

b)

gogal

c)

kacamata hitam

d)

kanta lekap

66.

Antara yang berikut, peralatan manakah sesuai digunakan jika murid terkena bahan kimia pada kulit atau mata

a)

Pembilas mata

b)

Gogal

c)

Kebuk wasap

d)

Baju makmal

67.

Pernyataan di bawah merujuk kepada bahan sisa buangan X

Cara pelupusan

. Dibungkus dan dimasukkan ke dalam bag plastik biobahaya

. Perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf


Apakah bahan X

a)

Bahan buangan organ

b)

Bahan buangan pepejal

c)

Bahan buangan biologi

d)

Bahan buangan cecair

68.

Berikut adalah satu pernyataan

Bahan buangan kimia merupakan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki

Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas

a)

Bahan buangan kimia akan menyebabkan pencemaran air

b)

Bahan buang kimia akan meletup

c)

Bahan buang kimia akan menyerap dalam tanah

d)

Bahan buang kimia akan bertindakbalas dengan bahan-bahan lain

69.

Apakah tindakan awal yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan uji kaji

a)

Kendalikan bahan tumpahan kimia menggunakan tangan

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan

d)

Segera memberitahu guru atau pembantu makmal jika berlaku sebarang kemalangan

70.

Apakah kelebihan alat pemadam api jenis serbuk kering

a)

Boleh memadam semua jenis kebakaran

b)

Hanya memadam kebakaran yang disebabkan oleh elektrik

c)

Hanya memadam kebakaran yang disebabkan oleh pepejal

d)

Boleh memadam kebakaran jenis cecair

71.

Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membina selimut kebakaran

a)

Dua lapisan gentian kaca

b)

Beberapa lapisan bulu biri-biri

c)

Kain kapas yang disulam tebal

d)

Plastik tebal yang diperbuat daripada polimer

72.

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar denyutan jantung

a)

Pengukuran kadar denyutan jantung atau kiraan beberapa kali jantung berdegup per minit

b)

Denyutan bawah kulit yang dapat dikesan oleh tangan

c)

Tekanan yang dihasilkan oleh jantung dan dapat dikesan melalui salur darah

d)

Denyutan yang dapat dikesan dibawah leher

73.

Apakah nombor talian kecemasan di Malaysia?

a)

991

b)

999

c)

191

d)

111

74.

Apakah yang dimaksudkan dengan CPR?

a)

Cardiopulmunary resuscitation

b)

Cardiopulmunary rescue

c)

Cardiopulmunaryt respond

d)

Cardiopulmunary recharged

75.

CPR melibatkan gabungan teknik...

a)

hembusan ke dalam hidung

b)

tekanan di bahagian dada

c)

hembusan ke dalam mulut

d)

menepuk bahu

76.

Situasi manakah yang memerlukan CPR?

a)

Jika seseorang individu tidak bernafas

b)

Jika seseorang individu tiada degupan jantung atau nadi

c)

Jika seseorang tercekik semasa makan

d)

Jika seseorang individu tidak memberikan respons terhadap ransangan

77.

Apakah kepentingan hembusan mulut ke mulut?

a)

Menghasilkan peredaran darah secara buatan dalam badan mangsa.

b)

Mangsa dapat menerima udara beroksigen ke dalam peparunya.

c)

Oksigen dapat diangkut ke seluruh badan mangsa.

d)

Dapat mengelakkan kerosakan otak mangsa.

78.

Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang ...

a)

lemas

b)

terkena renjatan elektrik

c)

pengsan

d)

tercekik

79.

Apakah kepentingan Heimlich Manoeuvre?

a)

Membenarkan oksigen disedut masuk ke dalam peparu.

b)

Membenarkan makanan masuk ke dalam perut.

c)

Menyebabkan mangsa memuntahkan semua makanan.

d)

Menyebabkan seseorang merasa kenyang.

80.

I: Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan genggamkan tangan kanan.

II: Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam.

III: Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat.

IV: Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan.


Yang manakah merupakan urutan yang betul semasa melakukan bantuan kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

I, II, III, IV

b)

II, III, IV, I

c)

III, IV, I, II

d)

IV, I, II, III

81.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda berseorangan semasa tercekik?

a)

Meletakkan tangan di antara pusat dengan bawah rusuk.

b)

Menepuk atau memukul dada dengan kuat.

c)

Membongkokkan badan.

d)

Membongkok dan menolak badan kepada objek separas pinggang.