WorksheetsSIMPULAN BAHASA TAHUN 6
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Amir digelar __________ kerana selalu berada di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran.
telinga kuali
akal kancil
ulat buku
Pekerja binaan itu tidak menyahut panggilan penyelianya kerana dia __________.
pekak badak
kaki ayam
telinga kuali
Pasukan Hijau __________ setelah ditewaskan oleh Pasukan Kuning dalam pertandingan itu.
patah kaki
putih mata
bulat hati
Harga barang-barang di kedai runcit itu mahal dan __________ pula.
paku belanda
tangkai jering
rambang mata
Hakim itu menggunakan __________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
budi bicara
budi pekerti
budi bahasa
Siti menyimpan baki __________ yang diberikan oleh ibunya ke dalam tabung.
wang hantaran
wang muka
wang saku
Setiap kali Nana datang ke rumah saya, dia mesti __________ kerana kami sedang makan.
langkah seribu
langkah kanan
langkah panjang
Janganlah membuat tuduhan secara __________ sebelum mendapat bukti yang kukuh.
khabar angin
bidan terjun
serkap jarang
Kamal meminta __________ daripada pemandu teksi yang melanggar keretanya.
ganti rugi
duit kopi
bekas tangan
Masri menjadikan kawannya sebagai __________ untuk mendapatkan kenaikan pangkat.
jalan belakang
batu api
batu loncatan
Hartawan yang __________ itu mendermakan barang makanan kepada mangsa banjir.
murah hati
tawar hati
ada hati
Sewaktu orang lain sibuk bekerja, Badrul __________.
mencuri akal
mencuri tulang
mencuri pandang
Kecemerlangan Syakir dalam peperiksaan telah menjadi __________ orang kampungnya.
buah hati
buah tangan
buah mulut
Ali dan kawan-kawannya masih melepak di pondok itu walaupun __________ sudah turun.
embun jantan
bunga dedap
buaya tembaga
Aqilah digelar __________ kerana dia suka membocorkan rahsia kawan-kawannya.
mulut tempayan
telinga kuali
kepala angin
