wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

latihan sejarah tingkatan 5 bab 5

Total questions: 70

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1950-an?

a)

Mengawal kuasa raja-raja

b)

Memberi latihan mentadbir

c)

Mewujudkan pakatan murni

d)

Menentukan hala tuju negara

2.

Siapakah yang mewakili kaum Melayu dalam rundingan pembentukan Sistem Ahli dengan British pada tahun 1950?

a)

Dato’ Mahmud Mat

b)

Ibrahim Haji Yaakob

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dato’ Hamzah Abdullah

3.

Mengapakah British bersetuju untuk melaksanakan Sistem Ahli?

a)

Meneruskan dasar imperialisme

b)

Mengukuhkan kedudukan sultan

c)

Mempraktikkan sistem demokrasi

d)

Menjalankan dasar dekolonisasi

4.

Siapakah yang melantik anggota Sistem Ahli?

a)

Gabenor British

b)

Majlis Raja-Raja Melayu

c)

Parlimen British

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

5.

Apakah peranan utama setiap anggota dalam Sistem Ahli?

a)

Menguruskan pentadbiran

b)

Meminda perlembagaan

c)

Menjaga keamanan negara

d)

Menggubal undang-undang

6.

Antara berikut, yang manakah menerangkan kepentingan Sistem Ahli?

a)

Mengurangkan kuasa penjajah

b)

Menyelaraskan sistem pentadbiran

c)

Memulakan proses perpaduan kaum

d)

Melatih orang tempatan dalam pentadbiran

7.

Apakah langkah pertama yang menjadi asas kerjasama antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Persidangan Kebangsaan

b)

Konvensyen Kebangsaan bersama MCA

c)

Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu

d)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

8.

Pernyataan berikut menerangkan usaha ke arah Pakatan Murni

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun 1949

Dimanakah jawatankuasa tersebut mula dibentuk?

a)

Melaka

b)

Johor Bharu

c)

Pulau Pinang

d)

Kuala Lumpur

9.

Apakah implikasi kerakyatan berikut terhadap orang Melayu?

Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran

a)

Berhak berpolitik

b)

Diberi taraf kewarganegaraan

c)

Kehilangan hak sebagai rakyat tunggal

d)

Dibenarkan tinggal di negeri Melayu sahaja

10.

Apakah tujuan utama penubuhan Persidangan Kebangsaan?

a)

Mengurangkan perasaan perkauman

b)

Mendapatkan kebebasan berpolitik

c)

Menuntut hak orang Melayu

d)

Melicinkan pentadbiran

11.

Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama dengan sebuah parti politik pada 1953. Namakan parti politik yang terlibat

a)

MIC

b)

MCA

c)

PAS

d)

IMP

12.

Mengapakah gabungan UMNO-MCA menang dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952?

a)

Tekanan daripada Parti Komunis Melaya

b)

Kerjasama antara kaum diterima

c)

Pembukaan keahlian UMNO

d)

Manifesto yang meyakinkan

13.

Apakah ketetapan yang dicapai dalam rundingan kemerdekaan di London?

a)

Penubuhan suruhanjaya bebas

b)

Pelantikan gabenor sebagai ketua

c)

Pengembalian kuasa Raja-Raja Melayu

d)

Pengukuhan pertahanan di rantau Asia Tenggara

14.

Apakah tugas utama Suruhanjaya Reid?

a)

Merangka perlembagaan

b)

Memberi kuasa autonomi

c)

Mengiktiraf kemerdekaan

d)

Membantu dalam pentadbiran

15.

Pada pendapat anda, apakah pendekatan terbaik yang telah diambil oleh para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan?

a)

Menyuarakan bantahan

b)

Mendesak secara paksa

c)

Mengutamakan kerjasama

d)

Mementingkan perkauman

16.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

17.

British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu bertujuan


I. melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran.

II. menerapkan sistem pentadbiran Barat.

III. mengukuhkan lagi penguasaan politik.

IV mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Setiap ahli dalam Sistem Ahli menjaga satu

a)

jabatan

b)

kementerian

c)

bahagian

d)

portfolio

19.

Kewujudan Pakatan Murni adalah hasil daripada

a)

pemilihan yang melibatkan semua kaum

b)

tolak ansur politik melalui rundingan

c)

kesanggupaan kaum menerima kaum lain

d)

penglibatan setiap kaum dalam pentadbiran

20.

Dari sudut kaum, Sistem Ahli menjadi asas perpaduan kerana

a)

ahlinya gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum

b)

pandangan setiap kaum diambil kira dalam sesuatu keputusan

c)

idea penubuhannya hasil cadangan pelbagai kaum

d)

setiap kaum berhak memilih anggota Sistem Ahli

21.

Fungsi Suruhanjaya Reid ialah

a)

Menetapkan syarat kerakyatan

b)

Merangka perlembagaan negara

22.

Tugas Suruhanjaya Reid ialah

a)

Mencadangkan tarikh pilihan raya

b)

Merangka perlembagaan

23.

Fungsi Suruhanjaya Reid ialah merangka perlembagaan negara dan

a)

Menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

b)

Membentuk rupa bangsa di Tanah Melayu

24.

Sistem Ahli diperkenalkan untuk

a)

Memperkukuhkan penguasaan politik

b)

Menimba pengalaman mentadbir kerajaan

25.

Kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu ialah

a)

Mendapat peluang mentadbir kerajaan

b)

Mengekalkan pentadbiran tradisional

26.

Sistem Ahli dapat memperkukuhkan perpaduan rakyat dengan cara

a)

Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum

b)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan

27.

Sistem Ahli diperkenalkan untuk

a)

Merangka perlembagaan baru

b)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

28.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kerana

a)

Mendapat hak untuk memerintah sendiri

b)

Menamatkan sistem pemerintahan monarki

29.

Keputusan yang dicapai dalam Rundingan London ialah

a)

Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

b)

Pelaksanaan pilihanjaya Majlis Perundangan Persekutuan

30.

Rundingan London pada 1956 menetapkan

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Pemberian kemerdekaan tanah air

31.

Kepentingan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC ) dan pembukaan keahlian Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu( UMNO ) kepada orang bukan Melayu ialah

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan

b)

Mempercepatkan kemerdekaan negara

32.

Hasil Konvensyen Kebangsaan anjuran oleh Tunku Abdul Rahman pada 1953 ialah

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Pembentukan Parti Perikatan

33.

Cadangan Dato' Onn bin Jaafar untuk menyatukan penduduk Tanah Melayu ialah

a)

Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum

b)

Membentuk Parti Perikatan

34.

Parti Kemerdekaan Malaya (Independence for Malaya Party) ditubuhkan untuk

a)

Memantapkan kedudukan UMNO

b)

Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum

35.

Kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah

a)

Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan

b)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

36.

Peristiwa Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir,Melaka pada 20 Febuari 1956 penting kerana

a)

Pengistharaan tarikh kemerdekaan

b)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

37.

Parti Kemerdekaan Malaya ditubuhkan untuk

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

38.

Kewujudan Pakatan Murni adalah hasil daripada

a)

kesanggupan kaum menerima kaum lain

b)

tolak ansur politik melalui perundingan

c)

pemilihan yang melibatkan semua kaum

d)

penglibatan setiap kaum dalam pentadbiran

39.

Setiap ahli dalam Sistem Ahli menjaga satu

a)

jabatan

b)

bahagian

c)

portfolio

d)

kementerian

40.

Asas pembentukan Parti Perikatan lahir hasil kerjasama UMNO-MCA yang dicapai menerusi

a)

Pakatan Murni

b)

Persidangan Nasional

c)

Jawatan Kuasa Perhubungan Antara Kaum

d)

Konvensyen Nasional

41.

Apakah tujuan British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu


I. menerapkan sistem pentadbiran Barat

II. mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya

III. melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

IV. mengukuhkan lagi penguasaan politik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

Yang berikut merupakan tokoh yang penting dalam menerajui kerjasama UMNO-MCA dalam pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur

a)

H.S. Lee

b)

Ong Yoke Lin

c)

Dato' Yahya Razak

d)

Tun Dr Ismail

43.

Apakah kejayaan yang dicapai hasil daripada rundingan antara UMNO dan CLC(Communities Liaison Committee) ?

a)

Pembentukan Parti Perikatan

b)

Penyelarasan sistem pendidikan kebangsaan

c)

Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA)

d)

Penubuhan Persidangan Kebangsaan

44.

Apakah matlamat penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA)?

a)

Memajukan pendidikan

b)

Membuka tanah baharu

c)

Menubuhkan sektor swasta

d)

Memperkenalkan sektor pelaburan

45.

Dato' Onn Ja'afar telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP) pada tahun 1951.

a)

Sedia menangguhkan tuntutan kemerdekaan

b)

Terbuka kepada semua kaum

c)

Memupuk kerjasama kaum dalam sebuah parti

d)

Peka terhadap perubahan politik semasa

46.

Mengapakah Parti Kemerdekaan Malaya(IMP) gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain?

a)

Enggan mengakui sebagi satu bangsa

b)

IMP dipimpin oleh orang Melayu

c)

Semangat perpaduan asing kepada mereka

d)

Masih setia kepada negara asal

47.

Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952, UMNO-MCA telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa (buku teks m/s 121)

a)

Rakyat memahukan kemerdekaan

b)

Rakyat inginkan perpaduan

c)

Rakyat senang dipengaruhi

d)

Rakyat menerima parti pelbagai kaum

48.

Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954. Kejayaan ini telah menunjukkan bahawa (buku teks m/s 122)

a)

bersedia untuk mentadbir sendiri

b)

kehandalan pentadbiran pemimpin tempatan

c)

kemajuan dicapai oleh rakyat Tanah Melayu

d)

wujudnya permuafakatan kaum

49.

Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya kepada Majlis Perundangan Persekutuan(MPP)? (buku teks m/s 122)

a)

52 kerusi MPP dipilih melalui pilihan

b)

Semua kerusi harus dipilih melalui pilihan raya

c)

Dua per tiga kerusi MPP dipilih melalui pilihan raya

d)

48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British

50.

Idea sistem ahli 1951 dicetuskan oleh?

a)

Dato Onn Jaafar

b)

Dato Nik Ahmed Kamil

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Mahadhir

51.

Sistem Ahli ditiru dari model negara Rhodesia Utara dan ?

a)

Kenya

b)

Zambia

c)

Zimbakwe

d)

England

52.

Berapakah bilangan keahlian orang Melayu dalam Sistem Ahli?

a)

9

b)

1

c)

4

d)

3

53.

Apakah tugas utama Sistem Ahli?

a)

Mencadangkan undang-undang

b)

Melaksanakan undang-undang

54.

Siapakah yang mengetuai portfolio Ahli Dalam Negeri dalam Sistem Ahli?

a)

Dato Onn Jaafar

b)

O.A Spencer

c)

Dr. Lee Tiang Keng

d)

Dato Mahmud Mat

55.

Berapakah bilangan anggota ahli dalam Sistem Ahli 1951?

a)

3

b)

4

c)

9

d)

7

56.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada 1949 di negeri?

a)

Pulau Pinang

b)

Kedah

c)

Kuala Lumpur

d)

Singapura

57.

Titik permulaan kerjasama antara kaum dapat dilihat menerusi penubuhan?

a)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

b)

Membuka UMNO kepada orang dagang

c)

Konvensyen Kebangsaan

d)

Persidangan Kebangsaan

58.

Berapakah bilangan wakil Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ?

a)

6

b)

7

c)

5

d)

4

59.

Berikut adalah hasil perundingan UMNO-CLC KECUALI?

a)

Kerakyatan jus soli

b)

Penubuhan RIDA

c)

Kerakyatan Negeri 1951

d)

Pilihan Raya

60.

Idea membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dicetuskan oleh ?

a)

Dato Onn Jaafar

b)

Dato Abdul Razak

c)

Dato Mahmud Mat

d)

Dato Yahya

61.

Dato Onn Jaafar telah menubuhkan Parti ______ setelah keluar dari UMNO.

a)

IMP

b)

Negara

c)

Pas

d)

PKR

62.

Siapakah pengerusi Persidangan Kebangsaan 1953?

a)

Sir Malcom MacDonald

b)

Dato' Panglima Bukit Gantang

c)

Dato Onn Jaafar

63.

Parti Perikatan lahir ketika Tunku Abdul Rahman menganjurkan?

a)

Persidangan Kebangsaan

b)

Konvensyen kebangsaan

64.

Dalam Pilihanraya Bandar Kuala Lumpur, kerjasama UMNO KL dan MCA Selangor telah memenangi ____/12 kerusi.

a)

9

b)

10

c)

11

d)

12

65.

Di manakah lokasi Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan?

a)

Kuala Lumpur

b)

King's House

c)

Stadium Merdeka

d)

Bandar Hilir, Melaka

66.

Berapakah bilangan memorandum yang diterima Suruhanjaya Reid?

a)

131

b)

130

c)

132

d)

133

67.

Berikut merupakan jenis kerakyatan Tanah Melayu KECUALI

a)

Kuatkuasa Undang-Undang

b)

Permohonan

c)

Naturalisasi

d)

Penggabungan Wilayah

68.

Warganegara asing yang berjasa kepada Malaysia boleh menjadi warganegara jenis?

a)

Kuatkuasa Undang-Undang

b)

Permohonan

c)

Naturalisasi

d)

Penggabungan Wilayah

69.

Siapakah pengerusi jawatankuasa pentadbiran peringkat NEGERI?

a)

EXCO

b)

Menteri Besar

c)

Sultan

d)

Ketua Menteri

70.

Siapakah Ketua Parti Perikatan?

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Dato Onn Jaafar

d)

Tun H.S.Lee