NEW
Font size
WorksheetsKuiz Kata Banyak Makna
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Dia mengalami kerugian yang agak besar dalam kebakaran itu.
II Agak yang dibuat oleh ibu itu sangat sedap.
III Bangunan itu tingginya agak dua puluh meter.
IV Jangan main agak sahaja apabila menjawab pertanyaan guru.
I dan IV
II dan III
I dan III
II dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kalau semangat kita lemah, kita tidak akan dapat mencapai segala cita-cita.
II Keropok yang telah digoreng itu menjadi lemah kerana tidak disimpan di dalam tin.
III Badannya terasa lemah kerana dia tidak berselera makan selama beberapa hari..
IV Sikapnya yang lemah itu telah memikat hati penduduk di kampung itu.
I dan IV
I dan III
II dan IV
II dan III
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pasang suami isteri itu baru sahaja berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.
II Alif membeli beberapa pasang pisang daripada pekebun untuk dijual di pasar.
III “ Air laut mulai pasang pada pukul 10.00 pagi, “ kata ayah kepada ibu.
IV Yusof pasang pelita kerana bekalan elektrik terputus.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Rumah rendah di taman itu dijual dengan kos yang berpatutan.
II Barangan elektrik yang murah itu tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional jauh lebih rendah daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid Tahun Enam Dedikasi rendah dalam mata pelajaran Matematik.
I dan IV
I dan III
II dan III
II dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Setiap hari Pak Zuri memerah pokok getah untuk mendapatkan susunya.
II Budak itu memerah telinga untuk mendengar percakapan kawannya.
III Emak memerah isi kelapa untuk mendapatkan santannya.
IV Abang memerah otaknya untuk menghadapi ujian itu.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Seorang yang mempunyai paras yang cantik belum tentu mempunyai perangai yang baik.
II Pak Amin membeli sebilah paras.
III Dia membeli baju yang tidak sama paras badannya.
IV Gambar itu digantung sama paras dengan ketinggian saya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pokok rambutan itu berbuah lebat.
II Rambutnya ikal, lebat dan kelihatan bersinar.
III Pendebat itu lebat berhujah sehingga penonton terpegun.
IV Dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yang lebat corak emasnya dalam masa dua hari.
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Cahaya hari itu hangat sekali.
II Tidak lama lagi abang akan memperoleh cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
I dan II
III dan IV
II dan III
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kapal terbang itu dibenarkan mendarat setelah juruterbangnya menerima alamat dari menara kawalan.
II Ayam berkokok alamat hari hendak siang.
III Alamat suka panjat pokok, Daniel telah patah kaki.
IV Alamat Leman akan dimarahi ibunya kerana dia mandi di lombong itu.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat kabur.
II Soalan yang kabur biasanya sukar dijawab boleh murid.
III Cuaca hari ini diramalkan kabur pada sebelah pagi.
IV Intan kabur wang dengan syarikat pelaburan itu.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Oleh kerana ayah Kamal suntuk wang, Kamal tidak dapat menyertai rombongan sekolahnya ke Melaka.
II Petani itu dapat menuai kesemua padinya kerana dia sekeluarga bekerja sehari suntuk.
III Para peserta gagal menyiapkan projek mereka disebabkan masa yang diberi begitu suntuk.
IV Perasaannya suntuk apabila musim tengkujuh tiba kerana dia tidak dapat turun ke laut.
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar
negeri.
II Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-
cara mengisi borang Amanah Saham Nasional.
III Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap
kedua orang tuanya.
IV Walaupun usianya agak lanjut namun dia masih gemar
membaca.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kawasan rumah itu cetek kerana dipenuhi hutan.
II Matanya kelihatan cetek kerana tidak cukup tidur.
III Air sungai itu menjadi cetek ketika musim kemarau.
IV Ros tidak dapat menjawab soalan itu kerana pengetahun amnya cetek.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Litar pintas itu menyebabkan rumah itu hangat terbakar.
II Pisang gireng yang dibeli oleh abang masih hangat.
III Kejadian tanah runtuh di Indonesia itu telah menjadi berita hangat.
IV Nenek Timah hangat kari ayam itu di atas dapur.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Sejarah kampung itu telah buku oleh penulis terkenal itu.
II Agar-agar itu menjadi buku selepas disejukkan.
III Farid telah meminjam buku di perpustakaan sekolahnya.
IV Ayah telah membeli dua buku roti untuk hidangan pada waktu petang.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
