NEW
Font size
WorksheetsKATA KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Pekerja kedai itu sedang _____ buku dan majalah di rak untuk dijual.
A.
Melihat
B.
Memerhati
C.
Menyusun
D.
Membersih
Adam ______ bola sekuat hati sehingga berjaya menembusi pintu gol pihak lawan.
A.
Menendang
B.
Membaling
C.
Menangkap
D.
Menyambut
Amir ________kesakitan ketika doktor sedang mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang
Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar
Piala kemenangan itu _________ oleh ketua pasukan bola Jaring SMK (P) Bukit Kuda.
dibimbit
dijulang
ditatang
didukung
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
dilap
disapu
dicalit
digilap
Beberapa ekor kera ------------ pada dahan pokok di belakang rumah nenek.
bergayut
tersangkut
berjuntai
tergantung
Ibu sedang __________ lauk-pauk di dapur bersama dengan orang gajinya.
merebus
menumis
memasak
menyiang
Ibu tekun ____________ daun pisang untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
membakar
memanggang
melayur
memanas
Semasa aktiviti gotong-royong di sekolah, Pak Cik Malek ________ pokok-pokok di tepi pagar supaya taman sekolah menjadi indah.
memotong
menggunting
mencantas
menyabit
Tindakan Irfan _________ orang buta melintas jalan menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakannya.
menarik
memegang
membawa
menuntun
"Janganlah kamu berasa __________ dengan gurauan Razman itu," kata Hadi kepada Amir.
tersinggung
terasing
terusik
termalu
Lagu Negaraku __________ di udara sewaktu Perhimpunan Rasmi Sekolah.
berkumandang
berbunyi
bersiaran
berbisik
Perempuan tua itu __________ bakul yang berisi beberapa biji betik di atas kepalanya.
menjinjing
menjunjung
mengelek
memikul
Kakak sedang _____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.
menyalai
memanggang
menjerang
menanak
Anak ayam itu lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil
