NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Bagaimanakah sikap seseorang yang mengamalkan nilai semangat persaudaraan?
Mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain
Memilih individu yang kaya untuk dijadikan sahabat / kawan
Berbaik-baik dan saling menghormati sesama manusia tanpa mengira agama dan pangkat
Mempunyai sikap buruk sangka terhadap seseorang
Berikut merupakan cara kita mewujudkan nilai persaudaraan dalam masyarakat, KECUALI
Saling kunjung-mengunjungi ke rumah jiran
Bertegur sapa antara satu sama lain
Saling memahami dan menghormati
Bermasam muka dan sombong dengan jiran
Antara berikut, yang manakah sikap individu yang mengamalkan gaya hidup berbaik-baik?
Tidak suka bergaul
Suka menghasut orang lain
Suka bergaduh dan memulakan pertelingkahan
Suka membantu orang lain
Kita mestilah mengenali jiran tetangga kerana
Mereka jarang menyusahkan diri kita
Mereka banyak memberikan pujian kepada kita
Mereka adalah orang terdekat yang akan memberikan bantuan kepada kita ketika kita berada dalam kesusahan
Mereka saling berbual bersama-sama kita
Apakah kepentingan amalan sikap hormat menghormati dan bekerjasama?
Dapat mewujudkan kegembiraan
Dapat Mewujudkan sikap indivudialistik
Dapat mewujudkan perpaduan kaum
Dapat menunjukkan kelebihan diri kepada orang lain
Mengapakah kita perlu menjaga maruah diri?
Supaya hidup kita sentiasa aman
Kerana kita manusia yang serba kekurangan
Kerana kita akan bertambah susah
Agar kita disanjung tinggi
Apakah yang dimaksudkan dengan hemah tinggi?
Berpura-pura dalam bersahabat dengan orang lain
Berbudi pekerti mulia dalam pergaualan seharian
Bersedia mengakui kelemahan dan kesilapan diri
Bergaul mesra dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial
Apakah faktor penyalahgunaan kemudahan awam?
Terpengaruh dengan budaya Barat
Kurangnya kesedaran sivik dan rasa tanggungjawab
Perkembangan teknologi moden
Pertambahan bilangan pelancong asing
Bagaimanakah pakaian yang sesuai kitaka menghadiri ke majlis perkahwinan?
Berpakaian sopan
Berpakaian tidak kemas dan kotor
Berpakaian yang mendedahkan anggota tubuh
Berpakaian mencolok mata
Berikut merupakan faktor berlakunya gejala vandalisme dalam kalangan remaja, KECUALI
Pengaruh rakan sebaya
Tidak tahu menghargai kemudahan awam
Kelonggoran undang-undang negara
Kurang didikan agama
Apakah tujuan undang-undang jalan raya dikuatkuasakan?
Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
untuk mengelakkan kejadian buli
Untuk memantau sikap pengguna jalan raya
Untuk melancarkan proses pemanduan
Mengapakah individu yang mencuri / merompak perlu dihukum?
Perbuatan tersebut kurang mendapat hasil yang lumayan
Perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara
Perbuatan tersebut mencederakan orang lain
Perbuatan tersebut dipandang hina oleh masyarakat
Apakah tujuan peraturan dan undang-undang jalan raya diwujudkan?
Untuk mengenalpasti punca kemalangan jalan raya
Untuk mengurangkan jumlah pemandu mabuk menggunakan jalan raya
Untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya
Untuk memberi amaran kepada para pengguna jalan raya
Antara berikut merupakan kemudahan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia, KECUALI
Hopital
Klinik Kesihatan
Telefon awam
Klinik Bergerak
Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan di kawasan pedalaman selain kemudahan bekalan elektrik?
Lebuh raya dan lapangan terbang
Stesen bas, telefon awam
Telefon awam, kemudahan pengangkutan
tempat rekreasi, bekalan air
Individu yang bersikap amanah akan...
Menipu rakan sekelas
Sentiasa memungkiri janji
Menyebarkan rahsia kawan baik
Menjaga barang yang dipertanggungjawabkan dengan baik
Yang berikut merupakan kebaikan bersikap amanah, KECUALI
Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
Dapat mengekalkan hubungan persahabatan
Hubungan persahabatan menjadi semakin tegang dan renggang
Mewujudkan keyakinan terhadap orang lain
Berikut merupakan ciri individu yang bertanggungjawab, KECUALI
Melakukan tugas apabila dipaksa
Melaksanakan tugas dengan sempurna
Menyelesaikan tugas yang diberikan dengan baik
Menguruskan hal diri dan orang lain dengan baik
Apakah faedah mengamalkan sikap bertanggungjawab?
Mendapat kepercayaan daripada orang lain
Mendapat pujian daripada orang lain
Dapat melakukan sesuatu perkara dengan cepat
Dapat bertindak mengikut perasaan sendiri
Apakah kepentingan sikap bertanggungjawab dalam diri seseorang pekerja?
Memperoleh peluang kenaikan pangkat
Melakukan sesuatu tugas dengan sempurna
Melahirkan masyarakat yang kaya
Mengurangkan kos pentadbiran syarikat
Asas kebahagiaan dalam sesebuah keluarga adalah?
Penghargaan dan pujian
Kasih sayang dan saling menghormati
Hasl kekayaan berbanding orang lain
Memenuhi semua keperluan dan kehendak
Tanggungjawab seorang anak dalam sesebuah keluarga adalah?
Membantah arahan ibu bapa
Berbohong kepada ibu bapa
Protes terhadap suruhan dan permintaan ibu bapa
membantu ibu bapa menguruskan rumah / keluarga
Sebagai seorang anak, kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kerana
Mereka telah memenuhi segala keperluan dan kehendak kita
Mereka memberikan kemewahan hidup kepada kita
Mereka telah berkorban untuk membesarkan dan mendidik kita
Mereka memberikan wang yang banyak kepada kita
Yang manakah kebaikan mengamalkan sikap amanah dalam keluarga?
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Menjadi kesayangan ahli keluarga
Hidup dalam kemewahan
Dihargai oleh orang lain
Xuan Bin telah ditegur oleh ibunya kerana pulang lewat dari sekolah. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Xuan Bin?
Memarahi semula ibunya
Mempermainkan teguran dan nasihat ibunya
Akur dan memohon maaf kepada ibunya
Mengabaikan teguran dan nasihat tersebut
Apakah punca berlakunya pencemaran udara?
Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus
Pembakaran bahan api
Tumpahan minyak dilaut
Pembebasan asap kilang dan kenderaan yang tidak terkawal
Apakah agensi ayng bertanggungjawab menjaga alam sekitar?
Jabatan Perhutanan
Jabatan PERHILITAN
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Perdana Menteri
Apakah kesan penebangan hutan secara tidak terancang untuk aktiviti pembangunan?
Menjejaskan keseimbangan ekosistem alam sekitar
Menjejaskan ekonomi negara
Menjejaskan aktiviti harian manusia
Menyebabkan kekurangan pokok-pokok
Apakah perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan kepada kanak-kanak?
Menyayangi mereka
Memberikan perlindungan kepada mereka
Mendera mereka secara fizikal, emosi dan seksual
Memberikan pendidikan kepada mereka
Antara berikut merupakan hak kanak-kanak, KECUALI
Mendapatkan kemewahan harta benda
Mendapat peluang pendidikan
Mendapat perlindungan keselamatan
Mendapatkan perhatian dan kasih sayang
Berikut merupakan ciri-ciri nilai CINTA AKAN NEGARA, KECUALI
Menghormati dan mengamalkan Prinsip Rukun Negara
Mencurahkan bakti kepada negara
Membocorkan maklumat sulit negara
Sanggub berkorban harta dan nyawa kepada negara
Hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia berpandukan kepada
Prinsip Rukun Negara
Undang-undang Malaysia
Hukum Kanun Negara
Perlembangaan Persekutuan
Apakah kepentingan kebebasan bersuara?
Dapat menunjukkan kekuasaan seseorang
Dapat meluahkan perasaan kepada sesiapa sahaja
Dapat mempersoalkan tindakan kerajaan sesuka hati
Dapat memberikan pandangan untuk perkembangan dan pembangunan negara
Berikut merupakan jenis-jenis cuti yang termaktub dalam Akta Kerja 1995, KECUALI
Cuti tahunan
Cuti Sakit
Cuti berkahwin
Cuti bersalin
Apakah tujuan Hari Pekerja disambut setiap tahun?
Memberikan bonus kepada pekerja
Menghargai sumbangan para pekerja
Memberi peluang kepada pekerja untuk bercuti
Memberi motivasi kepada pekerja yang tidak produktif
Perpaduan kaum perlu diwujdkan dalam kalangan masyarakat untuk...
Menhindari perlakuan jenayah
Mengelakkan berlakunya pergaduhan antara kaum
Memajukan negara
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mengapakah sikap bermuafakat penting dalam kalangan masyarakat (hidup bermasyarakat)?
Masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan cepat
Dapat membantu golongan terpilih sahaja
Dapat memberikan keuntungan kepada diri sendiri
Dapat membahagiakan diri dan keluarga
Apakah yang sepatutnya anda lakukan sekiranya upacara keagamaan masyarakat India sedang diadakan (disambut) di kawasan kediaman anda?
Menghina majlis tersebut
Mentertawakan majlis tersebut
Menghormati upacara tersebut
Menghalang upacara tersebut daripada terus berlangsung
Apakah cabaran terbesar kepada negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum?
Mengelakkan pertelingkahan
Mengekalkan keamanan dan perpaduan antara kaum
Memberikan layanan yang baik kepada semua kaum
Bertindak adil kepada golong elit sahaja
Individu yang hidup secara bermuafakat akan...
Menolak pandangan dan pendapat orang lain
Bersikap individualistik
Membuat keputusan tanpa berbincang dengan orang lain
Memberi peluang kepada orang lain untuk memberikan pendapat sebelum membuat sesuatu keputusan
Mengapakah kita perlu meneruskan tradisi kekeluargaan?
Simbol kehebatan sesebuah keluarga
Khazanah bangsa yang perlu dipelihara
Amalan yang menunjukkan kemesraan ahli keluarga
Memelihara ajaran daripada warisan nenek moyang
Yang berikut merupakan khazanah negara, KECUALI
Pakaian tradisonal mengikut kaum
Permainan tradisonal
Permainan elektronik
Makanan tradisional
Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memelihara khazanah negara, KECUALI
Memberikan dana kepada kerajaan negeri untuk memajukan kawasan bersejarah
Mewartakan kawasan atau bangunan bersejarah
Membaik pulih bangunan yang mempunyai nilai sejarah
Menjual kawasan yang mempunyai nilai sejarah
Antara berikut merupakan contoh pakaian tradisional bagi masyarakat India, KECUALI
Samfu
Dhoti
Sari
Cheongsam
Perkara-perkara tersebut perlu dititikberatkan dalam menjaga keharmonian masyarakat yang berbilang kaum, KECUALI
Hal perkauman dan amalan tradisi
Hal keagamaan dan kepercayaan
Hal kebudayaan dan adat resam
Hal kewangan dan perniagaan
Malaysia mengamalkan sistem permerintahan berbentuk...
Republik
Komunis
Demokrasi
Monarki
Berikut merupakan cara menghormati lambang dan identiti setiap negeri dan negara, KECUALI
Berdiri tegak apabila lagu negeri/negara dimainkan
Mengenal identiti negeri dan negara sendiri
Memahami lirik lagu negeri dan negara
Mempersendakan identiti negeri dan negara
Siapakah ketua negara bagi Malaysia?
Perdana Menteri
Menteri Pendidikan
Ketua Hakim Negara
Yang Di Pertuan Agong
Kita boleh menghayati Prinsip Rukun Negara dengan cara
Menghafal Rukun Negara
Menghayati dan mengamalkan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian
Menulis Rukun Negara berulang-ulang kali dalam buku / diari
Menampal Rukun Negara di meja belajar
Apakah kepentingan prinsip KELIMA dalam Rukun Negara?
Menjamin keadilan dan keamanan negara
Mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara
Mewujudkan masyarakat yang berbudi bahasa dan bertatasusila dalam kehidupan seharian
Menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
