wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA TAHUN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pengurus kilang itu ditangkap oleh polis kerana __________.

a)

makan garam

b)

makan hati

c)

makan suap

d)

makan budi

2.

Mahmud memang __________ kerana apabila dia tiba jamuan sudah dihidangkan.

a)

harga diri

b)

harga runtuh

c)

langkah kanan

d)

langkah seribu

3.

Mak Esah memang __________ tentang pelajaran anak-anaknya.

a)

ambil berat

b)

ambil mudah

c)

ambil untung

d)

ambil peluang

4.

Kita hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan perbuatan yang boleh __________ sendiri.

a)

makan diri

b)

makan suap

c)

makan budi

d)

makan hati

5.

Perbalahan antara Suzy dan kakaknya telah berakhir setelah Suzy mengakui kesilapannya, seperti kata pepatah __________.

a)

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum semula.

b)

siapa makan lada dialah yang rasa pedasnya.

c)

genggam bara api biar sampai jadi arang.

d)

di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

6.

Alia __________ melihat beg tangan yang cantik-cantik di dalam pasar raya itu.

a)

rambang mata

b)

rabun ayam

c)

rapuh hati

d)

rapuh iman

7.

Amir digelar __________ kerana dia gemar membaca.

a)

ayam tambatan

b)

bahasa pasar

c)

ulat buku

d)

ada bakat

8.

Mamat membuka __________ setelah dikejar oleh lelaki yang tidak dikenali.

a)

jalan mati

b)

mati katak

c)

harga pokok

d)

langkah seribu

9.

Ibu selalu berdoa agar adik __________ dan kembali ke pangkal jalan.

a)

buka hati

b)

buka mata

c)

buka mulut

d)

buka pintu

10.

Tulisan adik masih teruk __________ kerana dia baru belajar menulis.

a)

seperti cakar ayam

b)

seperti ular kena palu

c)

seperti cacing kepanasan

d)

seperti aur dengan tebing

11.

Zainal ialah __________ kerana dia tidak mempunyai adik-beradik.

a)

anak tiri

b)

anak yatim

c)

anak pungut

d)

anak tunggal

12.

Dia berasa __________ dengan sikap anak-anaknya yang seolah-olah tidak mempedulikannya lagi.

a)

jauh hati

b)

jatuh hati

c)

jaga hati

d)

jantung hati

13.

Mak Munah tidak disukai oleh jiran-jirannya kerana sikapnya yang tidak boleh menyimpan rahsia seperti __________.

a)

mulut tempayan

b)

kera sumbang

c)

kacang hantu

d)

mulut murai

14.

Persahabatan Azli dan Sani sangat akrab __________.

a)

bagai retak menanti belah.

b)

bagai pungguk rindukan bulan.

c)

bagai cincin dengan permata.

d)

bagai isi dengan kuku.

15.

Encik Malik mengambil cuti beberapa hari untuk membawa keluarganya __________ di Pulau Langkawi.

a)

rambang mata

b)

makan angin

c)

main kasar

d)

cari jalan

16.

Aishah sentiasa memberi __________ dalam mesyuarat pengawas di sekolahnya.

a)

buah hati

b)

buah mulut

c)

buah tangan

d)

buah fikiran

17.

Rohana selalu __________ kerana dia suka bercerita tentang perangai buruk kakaknya kepada orang lain.

a)

membuka pekung di dada

b)

ukur baju di badan sendiri

c)

buat baik berpada-pada

d)

beringat sebelum kena

18.

Abang saya berjaya melanjutkan pelajaran ke __________.

a)

kaki lima

b)

atas pagar

c)

batu loncatan

d)

menara gading

19.

Hassan ialah __________ Pak Sudin dan Mak Eton kerana mereka tidak memiliki anak.

a)

anak tunggal

b)

anak angkat

c)

anak yatim

d)

anak tiri

20.

Tidak ada seorang pun yang berani mengusik Arzol kerana dia ialah __________ .

a)

anak cucu

b)

anak emas

c)

anak kandung

d)

anak hingusan