NEW
Font size
Worksheetstatabahasa- kata berimbuhan akhiran tahun 3 & 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
( ) ibu memang kemas dan selesa dipakai.
Jahitan
Jahiti
Jahitkan
"Tolong ( ) saya mihun sup semangkuk," kata Angeline
masakan
masaki
masakkan
Adik akan tidur lebih lena jika diletakkan di dalam ( ).
buaian
buai
buaikan
Kita mesti ( ) ibu bapa dan guru agar hidup bahagia.
hormatan
hormati
hormatkan
Para tetamu dijemput menikmati ( ) ringan yang disediakan.
jamuan
jamui
jamukan
Kanak-kanak yang mengemis itu kelaparan kerana tidak menjamah ( )sejak pagi.
makanan
makani
makankan
Meja makan pengantin yang berhiaskan ( ) bunga ros itu amat cantik.
jambangan
jambangani
jambangkan
Cikgu Shanti menyampaikan ( )sempena majlis persaraan guru besar.
ucapan
ucapi
ucapkan
Saya terdengar sedas ( ) dari bangunan bersebelahan.
tembakan
tembaki
tembakkan
( )pertukangan itu disimpan oleh abang di dalam stor.
Alatan
Alati
alatkan
Acara ( ) itu akan diadakan pada sebelah petang.
larian
lari
larikan
Undang-undang jalan raya mestilah kita ( )
patuhan
patuhi
patuhkan
sila ( ) kasut kamu sebelum masuk ke dalam bilik itu.
tanggalan
tanggali
tanggalkan
Jangan ( )kemudahan awam itu.
rosakan
rosaki
rosakkan
( )Siti sangat kemas.
Tulisan
Tulis
Tuliskan
