wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Novel Di Sebalik Dinara

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema yang sesuai untuk novel Di Sebalik Dinara?

a)

Novel ini bertemakan kepentingan kebudayaan dalam masyarakat.

b)

Novel ini bertemakan ketaksuban dan persaingan dalam dunia sains.

c)

Novel ini bertemakan kebijaksanaan saintis dalam menghasilkan alat ciptaannya.

d)

Novel ini bertemakan hubungan kekeluargaan.

2.

Siapakah watak utama dalam novel ini?

a)

Aqram

b)

Dr. Maxi

c)

Shida

d)

Farisha

3.

'Farisha mampu mendebatkan sistem Dinara dengan Aqram walaupun dia baru belajar tentang sistem itu'


Apakah perwatakan Farisha berdasarkan peristiwa di atas?

a)

Seorang yang gigih

b)

Seorang yang tegas

c)

Seorang yang bijak

d)

Seorang yang penyayang

4.

Watak-watak di bawah merupakan watak yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara kecuali

a)

Farisha

b)

Aqram

c)

Shida

d)

Haiqal Hakimi

5.

Siapakah penulis novel Di Sebalik Dinara?

a)

Nizar Parman

b)

Dayang Noor

c)

Arman Sani

d)

Norman Noor

6.

Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah tidak benar tentang Karl?

a)

Pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan.

b)

Bersikap kasar dengan isterinya, memukulnya sehingga cacat dan hampir mati.

c)

Membangunkan Dinara

d)

Memiliki kelulusan dalam bidang perundangan tetapi memilih untuk menjadi penulis

7.

Siapakah ayah kandung Farisha?

a)

Aqram

b)

Azraai

c)

Karl

d)

Dr. Maxi

8.

Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel kecuali

a)

Pantai Batu Buruk

b)

Lapangan Terbang Senai

c)

Port Dickson

d)

Rumah Farisha dan Shida

9.

'Tempat Farisha bertemu dengan Aqram semasa dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghadiri program di Nusa Jaya'


Apakah latar tempat berdasarkan peristiwa di atas?

a)

Hospital

b)

Wad 2B

c)

Lapangan Terbang Senai

d)

Soft Lab

10.

Berikut merupakan perwatakan Farisha kecuali

a)

Seorang yang bijak

b)

Seorang yang penyayang

c)

Seorang yang mahir menggunakan komputer

d)

Seorang yang pemarah

11.

Berikut merupakan kekejaman yang dilakukan oleh Karl dalam novel kecuali

a)

Memukul Alia yang merupakan isterinya sehingga cacat

b)

Cuba membunuh Medina

c)

Cuba memutuskan hubungan Farisha dengan ibunya

d)

Cuba membunuh Shida

12.

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang Medina kecuali

a)

Ibu kandung kepada Farisha

b)

Mempunyai hubungan sulit dengan Aqram

c)

Berkebolehan dalam bidang teknologi maklumat

d)

Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sains

13.

Apakah nama syarikat perkongsian Farisha dan Rosman?

a)

Secured Shell

b)

Soft Lab

c)

Secured Lab

d)

Soft Shell

14.

Yang manakah tidak benar tentang Farisha?

a)

Sangat bijak dalam penggodaman IT

b)

Sangat sayang akan abangnya, Azraai walaupun mereka bukan adik-beradik kandung

c)

Pelbagai mikrocip ditanam dalam tubuhnya sejak dia kecil lagi.

d)

Terburu-buru dalam membuat keputusan

15.

Berapakah tawaran upah yang akan dibayar kepada Farisha sekiranya dia sanggup bekerja di Soft Lab?

a)

2.5 juta

b)

1.55 juta

c)

1.5 juta

d)

1.8 juta

16.

Mengapakah Aqram bersungguh-sungguh mendekati Farisha?

a)

Aqram ingin Farisha bekerja di Soft Lab

b)

Aqram ingin berkenalan dengan Farisha

c)

Aqram terpikat dengan Farisha

d)

Aqram mahu membunuh Farisha

17.

Apakah konflik yang berlaku antara Medina dengan Karl?

a)

Karl telah menggunakan Medina sebagai contoh uji kajinya

b)

Karl telah curang dan cuba membunuh Medina

c)

Karl cuba menghilangkan memori Medina

d)

Karl mengekspolasi fikiran Medina dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan uji kajinya.

18.

Apakah pengakhiran cerita ini?

a)

Farisha merupakan keluarga angkat Medina

b)

Farisha mengetahui ayah kandungnya yang sebenar ialah Dr. Maxi

c)

Medina meninggal dunia

d)

Farisha mengetahui ayah kandungnya yang sebenar ialah Karl

19.

Apakah wasiat terakhir Karl?

a)

Meminta Dr. Maxi membunuh Medina

b)

Meminta Farisha berkahwin dengan Aqram

c)

Meminta mayatnya dibakar dan abu mayatnya ditabur di Selat Melaka

d)

Meminta Aqram menjaga Shida

20.

'Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’ dan interkom'


Apakah persoalan yang sesuai dengan peristiwa di atas?

a)

Persoalan tentang kecanggihan teknologi pada masa hadapan

b)

Persoalan tentang kebijaksanaan menyelesaikan masalah

c)

Persoalan tentang kasih sayang ibu kepada anaknya

d)

Persoalan tentang kegigihan melakukan sesuatu

21.

Apakah contoh peristiwa yang sesuai untuk perwatakan Farisha yang merupakan seorang yang penyayang.

a)

Farisha mampu mendebatkan sistem Dinara dengan Aqram walaupun dia baru belajar tentang sistem itu.

b)

Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, dia meminta pandangan abangnya, Azraai yang lebih berpengalaman

c)

Farisha akan menyusun semua barangnya mengikut susunan kategori warna dan kegunaannya.

d)

Farisha menangis apabila mendapat tahu bahawa abangnya, Azraai mengalami masalah jantung

22.

Di manakah latar tempat upacara membakar mayat dan menaburkan abu mayat Karl?

a)

Melaka

b)

Port Dickson

c)

Johor

d)

Kuala Lumpur

23.

'Karl dan Medina merupakan saintis hebat yang telah menjalankan banyak penyelidikan dan kajian'


Apakah latar masyarakat yang sesuai dengan pernyataan di atas?

a)

Masyarakat yang bijaksana

b)

Masyarakat yang pakar teknologi

c)

Masyarakat saintis yang menjalankan penyelidikan

d)

Masyarakat yang suka bersaing

24.

Apakah peristiwa yang berlaku untuk latar masa 'malam'?

a)

Aqram bertemu dengan Farisha di Lapangan Terbang Senai.

b)

Upacara menaburkan abu mayat Karl.

c)

Farisha pengsan di pejabat Soft Lab.

d)

Farisha ke rumah abangnya, iaitu Azrai untuk makan malam di situ kerana dia dijemput oleh abangnya.

25.

Berikut merupakan nilai yang yang terdapat dalam novel kecuali

a)

belas kasihan

b)

kebijaksanaan

c)

kasih sayang

d)

tanggungjawab

26.

'Farisha mampu mendebatkan sistem Dinara dengan Aqram walaupun dia baru belajar tentang sistem itu'


Apakah nilai yang paling sesuai untuk peristiwa di atas?

a)

Nilai kegigihan

b)

Nilai bertanggungjawab

c)

Nilai kebijaksanaan

d)

Nilai keprihatinan

27.

Apakah contoh peristiwa untuk nilai tanggungjawab?

a)

Aqram menunaikan wasiat abangnya, Karl supaya mayatnya dibakar dan abunya dibuang di laut.

b)

Azrai sangat menyayangi adiknya Farisha dengan memasang retina scanner di pintu apartmen Farisha walaupun dia tahu bahawa Farisha ialah anak angkat dalam keluarganya

c)

Walaupun Farisha merupakan anak angkat dan anak tidak sah taraf, dia bersyukur kerana dia dibesarkan dalam keluarga Islam.

d)

Aqram merupakan seorang yang bertanggungjawab kepada ketuanya, Karl yang mengarahkannya menjejaki Farisha.

28.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel kecuali

a)

Kita hendaklah menghargai warisan budaya kita.

b)

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita

c)

Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum membuat sesuatu keputusan

d)

Kita hendaklah mengamalkan kerjasama dalam kerja berpasukan.

29.

'Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai'


Apakah pengajaran yang sesuai untuk pernyataan di atas?

a)

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.

b)

Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.

c)

Kita hendaklah bersimpati terhadap masalah yang menimpa orang lain

d)

Kita hendaklah mengamalkan semangat bekerjasama dalam satu pasukan

30.

Apakah kesan negatif kepada masyarakat sekiranya penggunaan teknologi tidak dikawal dengan baik ?

a)

Wujud kemajuan tanpa sempadan

b)

Wujud sikap mementingkan diri

c)

Hidup masyarakat menjadi lebih mudah.

d)

Wujud pelbagai jenis kemahiran teknologi