wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA KERJA

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

1. Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

a)

A menetap

b)

B menginap

c)

C meringkuk

d)

D menumpang

2.

2. Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.

a)

A tertutup

b)

B tersengih

c)

C terlopong

d)

D terkatup

3.

3. Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.

a)

A merenggut

b)

B menyambar

c)

C merampas

d)

D mengambil

4.

4. Perempuan itu menjinjing begnya sambil __________ anaknya menuju ke perhentian bas.

a)

mendukung

b)

mengelek

c)

membawa

d)

mengepit

5.

5. Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.

a)

dijerat

b)

dijerut

c)

diikat

d)

ditambat

6.

6. Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.

a)

terjatuh

b)

tercegat

c)

terhenti

d)

terduduk

7.

7. Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

a)

menggigil

b)

mengecut

c)

menggoyang

d)

meracau

8.

8. Berdasarkan gambar di atas sila pilih kata kerja yang sesuai.

a)

membersihkan rumah

b)

mencuci longkang

c)

membasuh baju

d)

menonton televisyen

9.

9. Berdasarkan gambar di atas, pilih kata kerja yang sesuai.

a)

Bermain troli

b)

membeli sayur

c)

menolak troli

d)

berbual-bual

10.

10. Berdasarkan gambar, pilih kata kerja yang sesuai

a)

menolak pintu

b)

melihat

c)

berbual-bual

d)

menziarahi jiran

11.

11. Ketawa pelajar yang dirasuk itu umpama pontianak (ilai).

a)

mengilai

b)

berilai

12.

12. Tatkala suara azan magrib (imbau) dari masjid, perasaannya sangat sayu.

a)

mengimbaukan

b)

mengimbau

13.

13. Luka di kaki adik __________ dengan secebis kain.

a)

dibungkus

b)

ditutup

c)

dibalut

d)

ditampal

14.

14. Aisyah ____ halaman buku teks itu dengan cermat.

a)

menyelak

b)

menampal

c)

membalut

d)

mengalas

15.

15. Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.

a)

menyalai

b)

menjerang

c)

menanak

d)

memanggang

16.

16. Seekor kucing jantan sedang ...... seekor tikus yang ..... diri setelah mencuri ikan di dapur.

a)

menangkap....melarikan

b)

mengejar.....melarikan

c)

menerkam....melarikan

d)

menggigit....melarikan

17.

17. Tukang masak sedang ___________ bawang dengan sebatang pisau yang tajam.

a)

menghiris

b)

menoreh

c)

mencincang

d)

menetak

18.

18. Mak Cik Hasnah sedang___________cili di dapur untuk dijadikan sambal.

a)

mengetuk

b)

menumbuk

c)

memalu

d)

memukul

19.

19. Mika_____secawan kopi untuk neneknya.

a)

memasak

b)

menjerang

c)

mengacau

d)

membancuh

20.

20. di ladang teh Cameron Highlands itu sedang ________daun-daun teh untuk dijadikan serbuk teh.

a)

memungut

b)

memetik

c)

mengunting

d)

mencantas

21.

21. Mak cik Ramlah __________sebakul sayur-sayuran yang segar untuk dijual di pasar tani.

a)

mengelek

b)

mengandar

c)

menjunjung

d)

memikul

22.

22. Abang _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .

a)

membonceng

b)

menunggang

c)

mengayuh

d)

menaiki

23.

23. Kapal kontena terbesar dunia buat pertama kalinya ____________ di Malaysia hari ini.

a)

berhenti

b)

mendarat

c)

berlabuh

d)

berada

24.

24. Jalur gemilang _____________ dengan megahnya.

a)

bersinar

b)

berkibar

c)

terbang

d)

bergoyang

25.

25. Kok Seng ________ ke belakang apabila terdengar orang _______ nya.

a)

melihat ... menjerit

b)

mengalih ... melaung

c)

menoleh ... memanggil

d)

memusing ... menyahut