wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 7

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Gambar diatas berkaitan dengan kes pembuangan bayi. Apakah nilai yang perlu diamalkan oleh ibu - bapa bayi berkenaan?

a)

Kasih sayang

b)

Hormat

c)

Harga diri

d)

Kasih sayang terhadap keluarga

2.

Mengapakah kes pembuangan bayi tetap berlaku?

a)

Kurang didikan awal

b)

Pergaulan bebas lelaki dan perempuan

c)

Masalah kewangan

d)

Vandalisme

3.

#Melindungi haiwan

#Menjaga kebajikan pekerja

#Memelihara dan memulihara alam sekitar

sikap - sikap di atas menunjukkan perlakuan

a)

Berperikemanusiaan

b)

Kasih sayang

c)

Pecinta alam

d)

berintegriti

4.

Cadangkan tiga langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi di negara kita

a)

Mengadakan kempen kesedaran berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak

b)

Mengadakan kursus keibubapaan

c)

Memberi elaun kepada ibu bapa muda

d)

Menggalakkan perkahwinan dibawah 16 tahun

5.

Terangkan dua kesan akibat banjir kepada rakyat

a)

Merosakkan harta benda. Mangsa terpaksa menanggung kerugian

b)

Menyebarkan penyakit merbahaya. Penduduk terputus bekalan air bersih

c)

Ekonomi negara terjejas. Kilang tidak dapat beroperasi

d)

Kerajaan terpaksa memberi bantuan khas banjir. Supaya beban masyarakat dikurangkan

6.

Nyatakan bentuk bantuan yang boleh anda berikan kepada mangsa banjir

a)

Bantuan kebendaan

b)

Bantuan sara hidup

c)

Bantuan pekerjaan

d)

Bantuan tempat tinggal

7.

Cadangkan dua cara untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan bandar

a)

Tidak boleh membuang sampah sarap ke dalam sungai dan longkang

b)

Membina sistem perparitan yang terancang memudahkan aliran air hujan

c)

Membina terowong SMART dengan lebih banyak untuk mengurangkan kesesakan trafik

d)

Mencetekkan sungai dan longkang

8.

Berikut adalah kepentingan sikap berperikemanusiaan. Kecuali

a)

Menjejaskan maruah dan imej diri

b)

Mewujudkan masyarakat yang prihatin

c)

Mengukuh perpaduan masyarakat

d)

Melahirkan masyarakat yang harmoni

9.

Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh anggota masyarakat yang sanggup membantu mangsa banjir.

a)

Baik hati, dengan memberi bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan

b)

Kepercayaan kepada tuhan.

c)

Kasih sayang

d)

Kasih sayang, dengan mengecam mangsa banjir yang meminta - minta bantuan

10.

Berikut merupakan kesan negatif mengabaikan sikap berperikemanusiaan, kecuali.

a)

Menjejaskan maruah dan imej diri

b)

Kepupusan haiwan akan berlaku

c)

Masalah pembuangan bayi akan berkurang

d)

Masalah penderaan kanak - kanak akan meningkat

11.

Apakah tujuan penubuhan Persatuan Aktivis Sahabat Alam?

a)

Memperjuangkan nasib alam sekitar dengan pelbagai pendekatan dan merangkumi semua golongan masyarakat.

b)

Memperjuangkan nasib hutan hujan negara dengan pelbagai pendekatan dan merangkumi semua golongan masyarakat.

c)

Memperjuangkan nasib hidupan liar Malaysia bersama- sama pelajar sekolah

d)

Memperjuangkan nasib alam sekitar dengan pelbagai pendekatan melibatkan pelajar universiti awam dan swasta negara

12.

Berikan maksud nilai Kepercayaan Kepada Tuhan?

a)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing- masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

b)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing- masing.

c)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam

d)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing- masing selaras dengan prinsip Negara merdeka

13.

Apakah maksud Nilai Berterima Kasih

a)

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.

b)

Perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.

c)

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan terima kasih

d)

Ucapan terima kasih

14.

Berikan definisi Nilai Baik Hati

a)

Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.

b)

Peka terhadap keperluan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain

c)

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

d)

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial.

15.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sisa toksik ke dalam sungai menyebabkan banyak hidupan akuatik mati. Sejumlah besar kos terpaksa dikeluarkan untuk membersihkan sungai tersebut.

Sebagai individu yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan yang patut dilakukan untuk memelihara alam sekitar.

a)

Tidak membuang sisa domestik ke dalam sungai

b)

Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak aktiviti memancing di sungai

c)

Menyertai kempen cintai sungai kita yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PBT

d)

menyebarkan berita yang bersifat provokasi untuk menaikkan bilangan pengikut di media sosial

16.

Zuki seorang pemuda OKU telah datang ke pejabat pos untuk membayar bil utiliti. Ketika sampai di pejabat pos, terdapat ramai orang sedang berbaris panjang. Oleh itu, dia beratur dibelakang pelanggan lain untuk mengambil nombor giliran. Sekiranya anda berada di dalam barisan tersebut, apakah tindakan berperikemanusiaan yang akan anda ambil?

a)

Beratur seperti biasa

b)

Meminta orang lain memberikan laluan kepada Zuki

c)

Memberikan giliran anda kepada Zuki

d)

Tidak pedulikan Zuki

17.

Seorang pemuda OKU telah datang ke pejabat pos untuk membayar bil utiliti. Ketika sampai di pejabat pos, terdapat ramai orang sedang berbaris panjang. Oleh itu, dia beratur dibelakang pelanggan lain untuk mengambil nombor giliran.

Seandainya anda adalah orang OKU tersebut, apakah perasaan anda apabila anda dilayan dengan berperikemanusiaan?

a)

Sedih

b)

Gembira

c)

Kecewa

d)

Tiada apa apa perasaan

18.

Kechara Soup Kitchen (KSK) adalah kumpulan tindakan komuniti bukan agama yang mengedarkan makanan, bantuan perubatan asas dan kaunseling kepada golongan kehilangan tempat tinggal dan miskin bandar di Malaysia.

Siapakah golongan sasar bagi NGO ini?

a)

Gelandangan dan Miskin bandar

b)

Gelandangan dan kanak- kanak

c)

Haiwan Liar

d)

Ibu / Bapa tunggal

19.

Apakah logo bagi Persatuan Haiwan Malaysia?

a)
b)
c)
d)
20.

Sekiranya diberikan pilihan, organisasi manakah yang ingin anda sertai sebagai sukarelawan?

a)
b)
c)
d)