NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Saha berasa _______________ apabila mendengar khabar angin tentang dirinya diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.
iri hati
jatuh hati
jauh hati
berat hati
Encik Zulkiflee sentiasa mengambil berat tentang kebajikan _________ di bawah bimbingannya
anak dagang
anak emas
anak buah
anak angkat
Aiman dianggap seorang yang_______kerana dia dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan mudahnya.
kecut hati
kata hati
terang hati
makan hati
Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Suraya masih _________untuk mematuhi nasihat ibunya itu.
buah hati
ada hati
hati kering
sakit hati
Shahmie tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.
kaki botol
kaki bangku
kaki judi
kaki ayam
Aleen dipilih sebagai pengerusi Persatuan Bahasa Melayu kerana tiada calon yang bertanding untuk jawatan tersebut.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
marahkan tikus, lengkiang dibakar
seperti labu ditebuk tikus
seperti tikus membaiki labu
seperti tikus jatuh ke beras
Semua murid didenda oleh Cikgu Zam meskipun hanya dua orang murid berbuat bising di dalam kelasnya.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah seperti
ikan kena tuba
ada air adalah ikan
lembu punya susu sapi dapat nama
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Pertolongan yang diberikan oleh Ainul ketika Suhaimi ditimpa masalah kewangan tidak dibalas oleh Suhaimi apabila Ainul memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang lalu.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
seperti melepaskan anjing tersepit
seperti anjing mengonggong tulang
seperti anjing menyalak bukit
seperti anjing dengan kucing
Laluan ke rumah Encik Sudin bersilang-siur dan berliku-liku seperti______
ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya
sudah tampak kaki ular
ular kena palu
sekerat ular, sekerat belut
Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, Tengku Farah terpaksa mengikuti resam dan budaya keluarganya pada setiap masa.Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
ibarat burung, mata lepas badan terkurung
harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
kuat burung kerana sayap
burung terbang dipipiskan lada
