wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERNIAGAAN BAB 3 F4(1)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Visi ialah ?
a)
Penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
b)
penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang
c)
merupakan pembentukan matlamat yang lebih khusus
d)
penetapan kejayaan sesebuah syarikat
2.
Penetapan visi, misi dan objektif bagi organisasi bermotifkan untung (obu) ialah kerana ?
a)
untuk kebajikan ahli, masyarakat dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai
b)
tertumpu kepada kepentingan orang ramai 
c)
perniagaan itu mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan supaya dapat memuaskan kehendak pelanggan
3.

Apakah maksud visi perniagaan

a)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

4.

Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?

a)

Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Tujuan asas pembentukkan sesebuah organisasi

d)

Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian

5.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan


Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai


Apakah ciri-ciri SMART tersebut

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka sama

d)

Boleh diukur

6.

Pernyataan di bawah menunjukkan pertubuhan sukarela.


  • persatuan pengakap Malaysia (PPM)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


Tumpuan pertubuhan sukarela ialah

a)

melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

membantu kerajaan melaksanakan projek tertentu

c)

menyediakan perkhidmatan kepada ahli dan masyarakat

d)

menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

7.

pernyataan di bawah berkaitan dengan objektif sebuah restoran makanan laut


Restoran Makanan Laut Syafina ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 25% dalam masa setahun


Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Syafina?

a)

Munasabah

b)

Ringkas

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

8.

Encik Asrul telah menubuhkan sebuah perniagaan menjual baju kurung di Sebuyau pada 14 Ogos 2019. Apakah misi yang sesuai bagi perniagaan Encik Asrul

a)

Menjual baju kurung yang menepati cita rasa tempatan

b)

menjadi sebuah perniagaan yang popular di Kuala Lumpur

c)

Melahirkan pekerja yang mahir dalam membuat baju kurung

d)

Mencapai jualan sebanyak 2000 helai baju kurung dalam setiap bulan

9.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan penetapan objektif?

a)

membantu perniagaan membuat perancangan

b)

menjelaskan tujuan penubuhan organisasi perniagaan

c)

menjadi sasaran yang membantu pencapaian tujuan organisasi

d)

memastikan hala tuju perniagaan berada di landasan yang betul

10.

Apakah ciri-ciri SMART?

a)

boleh diterima

b)

boleh dikesan

c)

boleh dilaksanakan

d)

boleh dicapai

11.

Persoalan manakah yang perlu dijawab untuk membentuk suatu penyataan visi yang berkesan?

a)

Untuk siapakah kita lakukan

b)

Di manakah kita akan lakukan

c)

Bagaimanakah kita lakukan

d)

Bilakah kita lakukan

12.

"Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan."


Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Salam?

a)

boleh diukur (measureable)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (attainable)

d)

jangka masa (Time frame)

13.

sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah


apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

a)

Spesifik (specific)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Jangka masa (Time Frame)

14.

"Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai"

Apakah ciri-ciri SMART tersebut?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

15.

Pernyataan manakah yang benar tentang visi?


I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin

dicapai

II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk

mencapainya

III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan

IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.


VISI

“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”


Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?

a)

Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan

b)

Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka

c)

Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan

d)

Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan misi?

a)

Panduan dalam membuat keputusan

b)

Pembentukan matlamat yang lebih khusus

c)

Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan

d)

Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan

18.

Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?


I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat

II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik

III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak

atasan

IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja

melalui pengurus

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?

a)

Motivasi pekerja akan terjejas

b)

Imej produk terjejas di mata pengguna

c)

Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan

d)

Terpaksa mengurangkan harga jualan barang

20.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.

a)

Meningkatkan pembayaran gaji

b)

Membawa masuk teknologi baru

c)

Meningkatkan bilangan kakitangan

d)

Mengadakan latihan dan pembangunan