WorksheetsBetulkan yang salah, biasakan yang betul
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Salah satu kaedah untuk mengelakkan keciciran dalam pembelajaran, Kementerian Pendidikan telah ________________ kaedah pembelajaran secara atas talian sebagai salah satu alternatif.
mengetengahkan
mengenengahkan
mengenegahi
mengetengahi
Pihak kerajaan juga tidak __________ penduduk luar bandar dengan mewujudkan siaran pendidikan di saluran perdana.
mengenepikan
mengetepikan
mengetipikan
mengitepikan
Dalam usaha pihak kerajaan menangani penularan wabak Covis-19, Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan untuk mengekang penularan jangkitan kepada tahap _________.
minima
minimum
mimimum
meminima
Sepanjang tempoh PKP _______ Malaysia berlatih di rumah untuk mengekalkan stamina.
atlet
atlit
alek
Atelit
____________ dipenuhi oleh pengunjung yang membuat pembelian panik
pasaraya
pasar raya
pasar raye
pasarraya
Restoran makanan segera pula menutup operasi untuk makan di dalam restoran dan hanya membolehkan pelanggan untuk membeli kaedah tapau dan _____________.
pandu lalu
pandu laju
pandu sekejap
pandulalu
Sewaktu berada di luar, kita digalakkan untuk membasuh tangan secara kerap dan jika tiada air boleh menggunakan alternatif seperti _____________.
pensanitasi tangan
sanitizer
sanitasi tangan
bahan sanitasi tangan
Penggunaan _______________ tidak digalakkan untuk memastikan rakyat Malaysia kerap membasuh tangan.
sarungtangan
Sarung tangan
sarung tangan
tangan sarung
Pilih perkataan yang betul
pekerja barisan hadapan
perkerja barisan hadapan
barisan pekerja hadapan
perkeja barisan hadapan
______________________ telah menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk menangguhkan sesi berkumpul di tempat awam yang melibatkan aktiviti keagamaan, mesyuarat dan sebagainya.
yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agung
Yang di-Pertua Agong
Pengarah Kesihatan, _______________ agar rakyat Malaysia tidak tertipu dengan sindiket penjualan pensanitasi tangan yang tidak ____________.
menyarankan/tulen
menyarankan/tulin
mensarankan/tulen
mensarankan/tulin
Perdana Menteri mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan ________________ mulai 18 Mac 2020.
berkuat kuasa
berkuatkuasa
berkuasa
berkuwatkuasa
Banyak ____ yang tular di media sosial mengenai kaedah untuk membawa sabun dengan mudah semasa membeli barangan keperluan.
tip
tips
tipss
tiep
Pihak kerajaan tidak mahu mengambil risiko untuk mewujudkan kluster baharu dengan membatalkan ke semua _______________ pada tahun ini.
bazar Ramadan
bazar Ramadhan
bazar Ramathan
bazar Ramadhaan
Ramai penduduk di Kuala Lumpur berpusu - pusu ke ________________ untuk membeli barangan keperluan sebelum bermulanya PKP.
bandar raya
bandaraya
banderaya
bandaraiya
Pemilik ladang membuang 10 tan sayur __________ kerana tidak berjaya menjual kepada peraih.
kubis
Kobis
Kobes
Kubes
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memilih Malaysia untuk membuat _________ keberkesanan ubat bagi merawat penyakit Covid-19.
ujikaji
ujie kaji
uji kaji
uji kajie
Ibu bapa di rumah mengambil langkah pro aktif dalam membantu anak-anak membuat ______________. Perkara ini sesuai dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.
ulang kaji
Ulangkaji
mengulangkaji
mengulang kaji
Adli terpaksa membiarkan rambut __________ nya tumbuh dek kerana tiada kedai gunting yang membuka operasi sepanjang PKP.
kerinting
krinting
keriting
kerinteng
Bantuan kewangan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk membantu rakyat mendepani PKP. Bantuan kewangan akan disalurkan melalui akuan yang berdaftar dengan Lembaga Hasil dan tiada ________ akan dikeluarkan.
baucer
baucar
voucher
voucer
