wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Form 3

Total questions: 50

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Nilai moral apakah yang membawa maksud berupaya menjaga maruah diri?

a)

Bertanggungjawab

b)

Berdikari

c)

Harga diri

d)

Patriotisme

2.

Antara yang berikut, yang manakah bukan keperluan membuat pilihan bermoral?

a)

Memelihara harga diri

b)

Meningkatkan keyakinan diri

c)

Membina sikap yang tidak bertoleransi

d)

Memupuk perpaduan dan keharmonian

3.

Apakah kesan pengabaian anugerah alam ciptaan Tuhan?

a)

Kerosakan alam sekitar

b)

Pencemaran alam

c)

Kepupusan flora dan fauna

d)

Kekurangan sumber tenaga

4.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, apakah cara menghargai anugerah alam ciptaan Tuhan?

a)

Membakar sampah secara terbuka

b)

Membuang sampah ke dalam tong besar sahaja

c)

Membuat laporan apabila terlihat aktiviti yang merosakkan alam sekitar

d)

Menyertai aktiviti menebang pokok.

5.

Apakah keperluan berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti mulia dalam membentuk kebestarian diri?

a)

Mempunyai kemahiran

b)

Mempunyai kekuatan yang hebat

c)

Mempunyai jawatan yang baik

d)

Mempunyai kuasa luar biasa

6.

Antara yang berikut, pilih amalan yang mendisiplinkan diri.

a)

cekal dalam menghadapi cabaran hidup

b)

cepat berputus asa dalam kehidupan

c)

Mengawal diri apabila menghadapi sebarang keadaan

d)

bersikap sambil lewa dalam setiap tindakan.

7.

Antara berikut, yang manakah amalan tradisi kekeluargaan Kaum Melayu?

a)

Mengikat 2 batang pokok pisang di halaman rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan sebagai lambang penerusan warisan

b)

Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang sebagai tanda hormat.

c)

Bersalam sambil mencium tangan orang yang lebih tua.

d)

Menganggap orang yang mempunyai nama sama sebagai adik beradik

8.

Antara yang berikut, yang manakah adalah kepentingan mengekalkan amalan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum.

a)

Memupuk semangat kekitaan sesama anggota keluarga.

b)

Mengeratkan hubungan antara anggota keluarga

c)

Memupuk perasaan iri hati yang mendalam

d)

Mewarisi tradisi kekeluargaan dari generasi ke generasi.

9.

Apakah kepentingan menyelesaikan konflik persahabatan?

a)

Mewujudkan hubungan harmoni dalam persahabatan

b)

Mengeratkan hubungan persahabatan

c)

Mencipta jurang antara diri dan sahabat

d)

Menyebabkan berlakunya konflik yang lebih hebat

10.

Pilih satu pernyataan dibawah yang menunjukkan sikap sahabat yang baik.

a)

Aizat sentiasa menegur sikap Ali yang sering tidur di dalam kelas.

b)

Kevin akan menelefon kepada rakannya John untuk memarahinya sekiranya rakan itu membuat kesalahan kecil.

c)

Abu sentiasa mencari peluang untuk mencipta masalah bersama rakan-rakannya.

d)

Ravi rajin membantu rakannya semasa mereka mengalami masalah dan sentiasa menunggu ganjaran dari rakan yang dibantunya tadi.

11.

Berapakah nilai universal dalam pendidikan moral?

a)

12

b)

14

c)

16

d)

18

12.

Moral berasal daripada perkataan 'mores' dalam bahasa...

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Latin

d)

Yunani

13.

Individu yang bermoral mempunyai tingkah laku yang baik, betul dan diterima dengan perkara di bawah kecuali...

a)

peraturan dan undang-undang

b)

kepentingan diri sendiri

c)

kehendak agama

d)

norma masyarakat

14.

Tingkah laku bermoral adalah seperti...

a)

memuliakan ibu bapa dan guru

b)

menganggu kawan yang belajar

c)

bercakap bohong dengan guru

d)

membuang masa di rumah

15.

Individu yang bermoral perlu berkelakuan seperti berikut kecuali...

a)

baik

b)

benar

c)

sesuai

d)

patut

16.

Sey Hong telah menjumpai dompet di kantin dan menyerahkan kepada guru bertugas. Tindakan Sey Hong merupakan tingkah laku yang...

a)

baik

b)

benar

c)

sesuai

d)

patut

17.

Amir telah mengaku bahawa dia yang mencuri kotak pensel Danny di hadapan guru disiplin. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang...

a)

baik

b)

benar

c)

sesuai

d)

patut

18.

Seseorang yang bermoral akan berasa ... dalam kehidupannya.

a)

sedih

b)

gelisah

c)

tenang

d)

keliru

19.

Insan bermoral ialah individu yang berfikiran, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam semua tindakannya. Simpati merupakan ciri insan bermoral daripada aspek...

a)

Pemikiran

b)

Perasaan

c)

Perlakuan

d)

Tindakan

20.

Rajin ke sekolah untuk menimba ilmu ialah ciri insan bermoral daripada aspek...

a)

Pemikiran

b)

Perasaan

c)

Perlakuan

d)

Tindakan

21.

Hidup anda menjadi tenang dan bahagia di sisi keluarga di rumah. Kepentingan insan bermoral dalam ayat tersebut adalah merujuk kepada

a)

diri dan masyarakat

b)

diri dan keluarga

c)

keluarga dan negara

d)

alam dan masyarkat

22.

MERCY Malaysia merupakan badan NGO yang memberikan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, pakaian, perkhidmatan perubatan, mendirikan klinik dan sekolah. Siapakah pengasas MERCY Malaysia?

a)

Mother Teresa

b)

Pendeta Za'ba

c)

Mahatma Ghandi

d)

Tan Sri Dr. Jemilah

23.

Apakah kelebihan menggunakan internet secara berhemah?

a)

Membuang masa lapang

b)

Hubungan kekeluargaan berkurangan

c)

Mendapat maklumat yang tidak benar

d)

Berkongsi idea, pendapat dan maklumat

24.

Kamu adalah seorang sentiasa menghormati sesama manusia dan menyayangi haiwan. Kamu adalah seorang yang bermoral kerana...

a)

berakhlak mulia

b)

mengamalkan integriti

c)

membentuk perpaduan

d)

mempunyai nilai sejagat

25.

Berikut merupakan cara hidup bermoral kecuali...

a)

menepati masa

b)

bersikap jujur

c)

suka membuli

d)

suka membantu

26.

Anda melihat bapa anda menggunakan telefon bimbit semasa memandu kereta. Apakah tindakan yang patut anda lakukan dalam situasi itu?

a)

Melihat dan mendengar perbualan telefon itu

b)

Menolong bapa memegang telefon bimbit itu

c)

Memastikan keadaan jalan raya adalah terkawal

d)

Menasihati bapa supaya tidak menggunakan telefon

27.

Individu Y bersolat lima kali sehari dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Apakah agama individu Y?

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

28.

Individu Z dan keluarganya bersembahyang di gereja dan membaca kitab Injil. Apakah agama individu Y?

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

29.

Manakah bukan cara menghormati agama dan kepercayaan orang lain?

a)

tidak makan di hadapan rakan yang berpuasa

b)

membuat bising semasa rakan bersembahyang

c)

menolong rakan agama lain dalam kesusahan

d)

tidak mengejek amalan dan kepercayaan rakan

30.

Manakah kepentingan hidup beragama dan berkepercayaan?

a)

Menjadi manusia yang tidak bermoral

b)

Hidup terasa kosong dan tiada panduan

c)

Dapat membezakan amalan baik dan buruk

d)

Terasa jauh daripada keluarga dan masyarakat

31.

Kesanggupan diri seseorang memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

a)

Amanah

b)

Berdikari

c)

Bertanggungjawab

d)

Kerajinan

32.

Berupaya menjaga maruah diri.

a)

Amanah

b)

Berdikari

c)

Bertanggungjawab

d)

Harga diri

33.

Usaha yang berterusan, bersungguh- sungguh dan

berdedikasi melakukan sesuatu.

a)

Kerajinan

b)

Berdikari

c)

Bertanggungjawab

d)

Harga diri

34.

Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.

a)

Kerajinan

b)

Berdikari

c)

Bertanggungjawab

d)

Kerjasama

35.

Boleh berfikir berdasarkan alasan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar.

a)

Rasional

b)

Berdikari

c)

Hemah tinggi

d)

Kesederhanaan

36.

Bersikap tidak membuat pertimbangan tanpa

mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

a)

Rasional

b)

Toleransi

c)

Hemah tinggi

d)

Kesederhanaan

37.

Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri

demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain.

a)

Rasional

b)

Toleransi

c)

Hemah tinggi

d)

Kesederhanaan

38.

Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan

semua.

a)

Rasional

b)

Toleransi

c)

Kerjasama

d)

Kesederhanaan

39.

Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada

hati yang ikhlas.

a)

Hormat

b)

Toleransi

c)

Kerjasama

d)

Kasih Sayang

40.

Menghargai dan memuliakan seseorang

serta menghormati peraturan institusi sosial.

a)

Hormat

b)

Toleransi

c)

Kerjasama

d)

Kasih Sayang

41.

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.

a)

Hormat

b)

Toleransi

c)

Hemah Tinggi

d)

Kasih Sayang

42.

Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri,

dan orang lain dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.

a)

Baik hati

b)

Toleransi

c)

Berterima Kasih

d)

Kasih Sayang

43.

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.

a)

Baik hati

b)

Toleransi

c)

Berterima Kasih

d)

Kasih Sayang

44.

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

a)

Kebebasan

b)

Patriotisme

c)

Keberanian

d)

Rasional

45.

Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

a)

Kebebasan

b)

Patriotisme

c)

Keberanian

d)

Rasional

46.

Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

a)

Kebebasan

b)

Patriotisme

c)

Keberanian

d)

Rasional

47.

Bangga dan taat setia kepada raja dan negara.

a)

Kebebasan

b)

Patriotisme

c)

Keberanian

d)

Rasional

48.

Kepercayaan kepada Tuhan

a)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta

alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan

pegangan agama atau kepercayaan sendiri

b)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta

alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan

pegangan agama atau kepercayaan masing-masing

selaras dengan prinsip Rukun Negara.

c)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai manusia dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

d)

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pengikut

alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan

pegangan agama atau kepercayaan masing-masing

selaras dengan prinsip Rukun Negara.

49.
Lim sudah 6 bulan tidak bekerja setelah syarikat beliau tutup akibat muflis. Kerana desakan hidup Lim berjinak-jinak dalam aktiviti jenayah seperti merompak dan ragut. Lim sembunyikan aktiviti ini dari pengetahuan keluarga namun beliau lupa bahawa Tuhan melihat apa yang beliau lakukan. Lim perlu sedar nilai
a)
Kejujuran
b)
Kepercayaan kepada diri
c)
Kepercayaan kepada Tuhan
d)
Kesederhanaan
50.
Cara ini memang mudah menjadikan seseorang itu hidup mewah. Namun ia salah di sisi undang-undang dan boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga dan negara. Mereka perlu peka terhadap nilai
a)
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
b)
Amanah
c)
Toleransi
d)
Kejujuran