Font size
WorksheetsTATABAHASA: KATA ADJEKTIF
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Jeniffer _ sampai ke sekolah kerana ketinggalan van.
cepat
lewat
pantas
sering
"Jangan kamu _ dengan kesetiaan abang," kata Joshua kepada isterinya.
yakin
marah
sangsi
bimbang
Pokok yang _ di hadapan rumah Pak Badrul ialah pokok jambu air.
rendang
rendah
rendah
pendek
Dalam pertandingan itu, Lokman berenang lebih _ daripada Syakir dan Ashraf.
laju
ligat
pantas
cergas
Kuih cucur badak yang digoreng di dalam kuali itu _.
hangit
hitam
tengik
hangus
Remaja itu mati lemas kerana dihanyutkan arus _ Sungai Golok.
laju
deras
pantas
segera
Puan Dalilah melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan _ itu.
rendah
senteng
tinggi
sempit
Penduduk Taman Paling Jaya memandang _ akan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pemuda-pemuda yang suka melepak itu.
serius
serong
rendah
cendong
Masyarakat yang berfikiran _ tidak akan dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak Covid 19 yang melanda negara.
sesak
sempit
kecil
ketat
Hazlinda berasa _ ketika berada dalam majlis yang dihadiri oleh orang kenamaan.
pelik
ganjil
kekok
gerun
Suraya selalu membantu kawan-kawannya dengan _.
tabah
setia
ikhlas
gembira
Tenaga kerja yang _ dalam bidang perkilangan dan pembinaan sangat diperlukan pada masa kini.
mahir
arif
berani
kuat
Air mata Zulin Azhar menitis apabila terkenangkan peristiwa yang _ itu.
masin
masam
pahit
manis
Gasing Khairi berputar dengan _ dan telah berjaya mengalahkan juara gasing tahun lalu.
cepat
pantas
ligat
laju
Bapa tidak bersetuju untuk membeli rumah itu kerana dindingnya sudah _.
selerak
pisah
retak
cerai
"Pengalaman saya masih _ jika dibandingkan dengan Doktor David,” kata doktor muda itu.
masak
matang
muda
cetek
Sup itu _ kerana Mak Cik Kiah terlupa membubuh garam.
payau
tawar
pedas
kelat
Air kopi itu berasa _ kerana Ainul Ajwa terlupa membubuh gula.
kelat
pahit
manis
masin
Carmen sering dipuji oleh gurunya kerana dia sering mengutarakan pendapat yang _.
cerdas
padu
bernas
giat
Murid-murid dikehendaki beratur dengan _ sebelum masuk ke dalam makmal sains.
teliti
tertib
lancar
tenang
Kipas siling itu masih berputar dengan _ walaupun sudah digunakan selama sepuluh tahun.
segera
selesa
kemas
ligat
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Bilik darjah yang _ itu tidak dapat menampung bilangan murid yang banyak.
(a)
Nasi yang dimasak oleh Alvin Shaun sangat _.
(a)
Pakaian pengemis itu kelihatan _ sekali.
(a)
Gadis yang _ itu ialah penyanyi terkenal Kim Jisoo
(a)
