Font size
WorksheetsBAB 5 BIOLOGI T4 - METABOLISME & ENZIM (BHG 2)
Total questions: 50
Worksheet time: 30mins
Kepingan betik muda digunakan untuk melembutkan daging. Langkah manakah yang mempercepatkan proses tersebut?
menyimpannya pada suhu 40C
menambah sedikit garam
menambah sedikit larutan gula
menyimpannya di dalam peti sejuk
Rajah di bawah menunjukkan baju dengan kesan darah sebelum dan selepas dibasuh dengan pencuci mengandungi enzim. Yang manakah enzim dan suhu yang paling sesuai untuk menghasilkan keputusan seperti di atas?
Lipase, 37°C
Protease,18°C
Lipase,18°C
Protease, 37°C
Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji tentang aktiviti enzim. Semua tabung uji tersebut dibiarkan pada suhu 37°C selama 1 jam.
Didapati hanya tabung uji P menunjukkan perubahan larutan keruh menjadi jernih .
Antara berikut manakah tidak benar berkaitan eksperimen tersebut?
Pepsin boleh mencernakan pepejal telur putih.
Pepsin aktif dalam medium berasid.
Pepsin aktif dalam medium beralkali
Pepsin bertindak paling aktif pada suhu 37°C.
Yang manakah antara graf berikut menunjukkan kesan pH ke atas kadar metabolisma enzim pepsin?
Rajah menunjukkan perkaitan antara kadar tindak balas enzim dan kepekatan substrat. Pernyataan manakah yang benar?
Kadar tindak balas enzim berkadar terus dengan kepekatan substrat.
Apabila kepekatan substrat bertambah, kadar tindak balas enzim bertambah hingga mencapai kepekatan tertentu.
Apabila kepekatan substrat bertambah, kadar tindak balas enzim berkurang hingga mencapai kepekatan tertentu
Apabila kepekatan substrat berkurang, kadar tindak balas enzim bertambah hingga mencapai kepekatan tertentu.
Graf di atas diplotkan untuk menunjukkan proses hidrolisis kanji oleh amilase pada suhu yang berbeza. Di antara lengkung graf yang diplotkan, lengkung yang manakah merupakan bersuhu optimum?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah benar mengenai tindak balas enzim pada suhu 00C?
Tindak balas enzim adalah maksimum
Tindak balas enzim kekal sama
Tindak balas enzim meningkat
Tindak balas enzim menurun
Perhatikan gambar grafik enzim berikut!
Menurut grafik tersebut apakah dapat disimpulkan ?
Enzim akan merendahkan kadar tenaga yang diperlukan
Jenis enzim mempengaruhi kerja enzim
Jenis enzim akan mempengaruhi kadar tindak balas
Kualiti produk yang dihasilkan ditentukan oleh enzim
Enzim yang sesuai untuk menguraikan lemak adalah
protease
pepsin
lipase
amilase
Daging yang dibekukan di dalam peti sejuk tidak membusuk. Kejadian ini dapat dijelaskan sebagai ….
daging tersebut tidak mengalami metabolisme
di dalam peti sejuk tidak berlaku respirasi aerobik
pada suhu rendah enzim bakteria tidak aktif
di dalam peti sejuk tidak ada cahaya
Namakan enzim yang digunakan untuk menanggalkan kulit bijirin
Protease
Papain
Lipase
Selulase
Nyatakan alasan mengapa enzim selulase digunakan untuk menanggalkan kulit bijirin
Kulit biJirin terBina dari protein
Kulit bijirin mengandungi selulosa
Kuli bijirin ialah kanji
Kulit bijirin mengandungi lipid
Namakan enzim yang digunakan dalam penghasilan barangan kulit
Maltase
Sukrase
Lipase
Protease
Enzim semulajadi yang digunakan untuk melembutkan daging ialah
Enzim lipase
Enzim sukrase
Enzim papain
Enzim selulase
Seorang surirumah ingin mencuci pakaian menggunakan enzim semulajadi.Apakah suhu air yang sesuai untuk tindakbalas enzim ini
100°c
37°c
10°c
0°c
Rajah di atas menunjukkan baju yang terkena kotoran mentega di atasnya.Baju tersebut dicuci mengguna serbuk pencuci biologi.
Antara berikut enzim manakah membantu menanggalkan kotoran tersebut?
Maltase
Lipase
Protease
Maltase
Apakah enzim yang perlu ada dalam serbuk pencuci sekiranya Ali ingin menghilangkan kesan darah
Lipase
Amylase
Laktase
Protease
Antara berikut yang manakah adalah bukan faktor tindakbalas enzim
Kepekatan enzim
Kepekatan substrat
Kepekatan air
pH
Apakah yang akan berlaku kepada enzim pada suhu yang tinggi
Tapak aktif enzim ternyahasli
Tapak aktif enzim terhasil
Tapak aktif enzim tidak berubah
Tapak aktif enzim pecah
Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi tindakan enzim?
Kepekatan substrat
Suhu Larutan
pH medium
Kepekatan enzim
Antara kehadiran bahan berikut, yang manakah boleh melambatkan tindakan enzim?
Koenzim
Kofaktor
Bahan pesaing
Bahan perencat
Ahmad Akid ialah seorang usahawan yang menghasilkan barangan kulit haiwan. Beliau ingin mengasingkan bulu daripada kulit haiwan itu. Apakah nasihat yang boleh anda berikan untuk memudahkan kerjayanya?
Guna pisau pencukur untuk menyingkirkan bulu kulit.
Bakar bulu dengan kulit haiwan
Tambahkan syelek supaya permukaan kulit licin
Gunakan protease untuk mengeluarkan bulu kulit
Antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan keadaan molekul enzim-substrat yang tepu?
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Kandungan dalam tabung uji ialah campuran 2ml ampaian albumen yang telah dididihkan dan disejukkan, 1ml 1% larutan pepsin dan empat titis 0.1M asid hidroklorik. Ampaian albumen menjadi jernih selepas 30 minit.
Langkah manakah yang dapat mengurangkan masa yang diambil oleh ampaian albumen untuk menjadi jernih?
Kurangkan isipadu 0.1M asid hidroklorik kepada dua titis
Kurangkan suhu kukus air kepada 30ºC
Tingkatkan isipadu 1% larutan pepsin kepada 2 ml
Tingkatkan isipadu ampaian albumen kepada 4 ml
Enzim R terdapat dalam yis. la digunakan dengan meluas dalam penyediaan minuman beralkohol seperti bir dan wain semasa penapaian. Apakah enzim R?
Amilase
Protease
Zimase
Selulase
Antara graf berikut, yang manakah menunjukkan hubungan antara kadar tindak balas enzim dan kepekatan substrat?
Rajah menunjukkan satu struktur protein yang telah mengalami proses X. Apakah proses X?
Hidrolisis
Nyahasli
Kondensasi
Pendeaminaan
Rajah menunjukkan perubahan struktur satu protein. Nyatakan faktor menyebabkan perubahan ini.
Kepekatan substrat
Suhu
Kelembapan
Kepekatan garam
Berdasarkan graf, berapakan suhu optimum untuk kadar tindak balas enzim yang maksimum?
37 darjah Celsius
40 darjah Celcius
0 darjah Celsius
50 darjah Celcius
Pilih kesan kepada enzim sekiranya terdedah pada suhu melebihi 45 oC.
Ikatan peptida enzim akan terurai
Enzim mula ternyahasli
Enzim semuanya ternyahasli
Tiada perubahan pada enzim
Enzim yang rosak boleh diguna semula
Mengapakah tindakan enzim meningkat dengan pertambahan kepekatan substrat pada X dalam graf?
Masih terdapat tapak aktif enzim
Semua tapak aktif enzim dipenuhi
Kehadiran jenis enzim yang lain
Suhu yang semakin tinggi
Jika kepekatan substrat pada paksi-x digantikan dengan kepekatan enzim, mengapakah tindakan enzim di Y menjadi malar?
Masih terdapat tapak aktif enzim yang kosong
Semua substrat telah menjadi hasil
Semua tapak aktif enzim dipenuhi
Suhu yang semakin tinggi
Antara berikut, yang manakah penyebab-penyebab tindakan enzim semakin berkurangan jika pH adalah tidak sesuai?
Tapak aktif berubah casnya
Enzim semakin dimusnahkan pada pH ekstrem
Substrat tidak boleh bergabung dengan tapak aktif enzim
Enzim mengalami penghidratan
Substrat ternyahasli
Antara berikut, yang manakah enzim semulajadi untuk melembutkan daging?
Protease
Papain
Lipase
Bromelain
Antara berikut, yang manakah pasangan enzim dan jenis kotoran yang TIDAK digunakan dalam penghasilan detergen?
Lipase = Kuah kari
Protease = Darah
Sukrase = Gula
Amilase = Kanji
Mengapakan detergen berenzim lebih berkesan cuciannya jika menggunakan air suam berbanding air sejuk?
Enzim sangat aktif pada suhu badan
Tapak aktif berubah bentuk
Kepekatan enzim semakin bertambah
Tenaga kinetik molekul berkurang
Sejenis bakteria hidup dalam air panas yang bersuhu antara 75oC hingga 85oC.Graf dalam rajah menunjukkan kesan suhu persekitaran ke atas aktiviti enzim.
Antara lengkung A,B,C dan D yang manakah mewakili aktiviti enzim bakteria tersebut?
A
B
C
D
A
B
C
D
Rajah menunjukkan kaedah tradisional yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Malaysia untuk memerap daging.
Apakah tujuan mengguna daun betik?
untuk memerangkap haba
untuk mencerna lemak dalam daging
untuk melembutkan daging
untuk menambah rasa pada daging
A
B
C
D
Pilih pernyataan yang BENAR berkait dengan enzim
enzim tidak dimusnah selepas tindakbalas biokimia selesai
Bertindak sebagai mangkin organik untuk percepat tindakbalas biokimia dalam sel
suhu optimum bagi semua enzim antara 37oC-40oC
tindakbalas enzim adalah spesifik
*Amilase
*Sukrase
*Laktase
*Maltase
Nutrien yang manakah boleh dihidrolisis oleh kesemua empat enzim di atas?
Lipid
Karbohidrat
Protein
Garam Mineral
Graf ini menunjukkan perhubungan antara kadar tindak balas dan kepekatan substrat apabila faktor Y diubah.
Apakah faktor Y tersebut?
pH
Masa
Perencat
Kepekatan enzim
Pilih padanan yang betul tentang Enzim dan fungsinya.
Renin - mengentalkan susu
Peptinase - untuk susu bebas laktosa
Selulase- mengekstrak agar-agar dari rumpai laut
Eripsin- menghidrolisis lemak
Protease-mengasingkan kulit ikan
Rajah menunjukkan contoh imobilisasi enzim.
Teknologi Imobilisasi enzim banyak diguna dalam industri.
Apakah teknologi ini?
enzim sintetik yang dihasil dari tumbuhan
teknologi mengguna kaedah biologi genetik
enzim diestrak daripada sel haiwan
enzim bergabung dengan bahan lengai dan tidak larut
Bagaimana teknologi imobilisasi enzim membantu mempercepat proses pemangkinan dalam tindakbalas biokimia?
enzim berubah bentuk untuk bertindakbalas
enzim dapat bertindak dengan mana-mana substrat
enzim dapat melawan rintangan suhu dan pH yang tidak sesuai
cas pada tapak aktif enzim berubah mengikut jenis tindakbalas
Apabila sepotong epal didedahkan ke udara,enzim di dalam buah akan bertindakbalas dan menyebabkan epal bertukar perang.
Epal di atas,menunjukkan dua keadaan yang berbeza selepas 30 minit dibiarkan di udara.
Pilih pernyataan yang betul untuk menerang keadaan ini.
Enzim di bahagian R telah menjalankan tindakbalas kimia
Bahagian R telah dididihkan menyebabkan enzim ternyahasli
Bahagian S telah direndam dalam larutan alkali
Bahagian S tidak berlaku tindakbalas kimia oleh enzim
Bakteria yang hidup di kawasan mata air panas telah diguna dalam industri penghasilan serbuk pencuci pakaian dengan mengekstrak enzim yang terdapat di dalam strain bakteria tersebut.
Mengapa enzim daripada bakteria ini sesuai digunakan?
Enzim bakteria bersifat spesifik
Enzim lebih mudah disediakan dan kos murah
Enzim tidak ternyahasli pada suhu tinggi
Tindakbalas enzim meningkat pada sebarang pH
Z ialah enzim yang memangkin hidrolisis sukrosa kepada glukosa dan fruktosa.Apakah enzim Z?
Fruktase
Maltase
Sukrase
Selulase
