wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu: Simpulan Bahasa

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Encik Nasir ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.

a)

diam ubi

b)

kera sumbang

c)

naik darah

2.

Kaki Ramli luka terkena serpihan kaca akibat ber _______ semasa bermain di padang.

a)

mulut tempayan

b)

kaki ayam

c)

kaki bangku

3.

Ali suka mencuri. Dia digelar __________ oleh rakan-rakannya.

a)

buruk siku

b)

panjang tangan

c)

lintah darat

4.

Encik Ali diburu oleh ________ kerana berhutang ribuan ringgit dengan mereka.

a)

pening lalat

b)

nyawa-nyawa ikan

c)

lintah darat

5.

Ismail terpaksa _______ pada pagi ini kerana bangun lewat.

a)

mandi kerbau

b)

makan angin

c)

telinga lintah

6.

Setiap hari, Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.

a)

mandi kerbau

b)

mandi peluh

c)

hidung tinggi

7.

Sakinah tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang kedekut dan digelar ________.

a)

hati batu

b)

keras kepala

c)

tangkai jering

8.

Salmah dan Asyikin tidak menyukai Fatimah kerana dia bukan _________ bapa mereka.

a)

anak bongsu

b)

anak emas

c)

anak kandung

9.

Tingkah laku Aminah yang kurang sopan tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.

a)

buah mulut

b)

buah fikiran

c)

buah-buahan

10.

Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah mempercayai __________ dan perlu merujuk sumber yang betul bagi memperoleh maklumat yang sahih.

a)

khabar baik

b)

surat khabar

c)

khabar angin

11.

Sazali seperti kerana suka mengasingkan diri.

a)

alim kucing

b)

Abu Nawas

c)

kera sumbang

12.

Biarlah rahsia antara kita ini tidak diketahui oleh Tukiman kerana dia seorang _______________.

a)

berat mulut

b)

mulut tajam

c)

mulut tempayan