wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA - Ayat Aktif Ayat Pasif

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Dia sedang mencari buku yang hilang itu.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

2.

Pakaian itu telah dicuci oleh ibunya.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

3.

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari itu.

a)

Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari itu.

b)

Saya sangat gemari gulai yang kakak masukkan sedikit garam itu.

4.

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Siti dan kakaknya mengemas rumah pada cuti sekolah.

a)

Pada cuti sekolah Siti dan kakaknya mengemas rumah

b)

Rumah dikemas oleh Siti dan kakaknya pada cuti sekolah.

5.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Kak Ros menanam pokok bunga di dalam pasu.

a)

Pokok bunga Kak Ros tanam di dalam pasu.

b)

Pokok bunga ditanam oleh Kak Ros di dalam pasu.

6.

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


Kereta dipandu oleh Cikgu Ad dengan berhati-hati.

a)

Cikgu Ad memandu kereta dengan berhati-hati.

b)

Berhati-hati Cikgu Ad memandu kereta itu.

7.

Pilih ayat aktif yang betul.

a)

Encik Salleh membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar.

b)

Pinjaman bank dibuat oleh Encik Salleh untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar.

8.

Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga sering diganggu oleh pelajar-pelajar nakal itu.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

9.

Tajuk pelajaran tersebut diterangkan oleh pensyarah popular itu kepada pelajar-pelajarnya.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

10.

Ketua editor majalah itu menghargai dan mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif