WorksheetsLatihan simpulan bahasa 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Name
Class
Date
1.
- Patung itu ialah ___________ daripada lawatannya ke Jepun.
a)
buah mulut
b)
buah fikiran
c)
buah tangan
d)
buah hati
2.
- Budak yang _________ itu cepat memahami apa-apa yang diajarkan.
a)
panjang akal
b)
panjang tangan
c)
curi tulang
d)
otak udang
3.
- Sikap Masri yang _______ itu tidak disukai oleh kawan-kawannya.
a)
rendah diri
b)
berat tulang
c)
ringan tangan
d)
pendek akal
4.
- Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia ___________.
a)
buta hati
b)
buta huruf
c)
buta kayu
d)
buta gaji
5.
- Tan Lean Keong tidak mempunyai adik-beradik. Oleh sebab itu, dia dianggap___________ .
a)
anak buah
b)
anak emas
c)
anak tunggal
d)
anak bongsu
6.
- Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________ .
a)
otak cair
b)
otak udang
c)
mulut murai
d)
mulut tempayan
7.
- Siti mengambil sekeping roti berkrim sebagai _________ sebelum pergi ke sekolah.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
perut busuk
d)
perut kosong
8.
- Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya __________ ke taman bunga.
a)
ambil hati
b)
ambil langkah
c)
ambil ringan
d)
ambil angin
9.
- _________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
a)
Air muka
b)
Ada hati
c)
Ada harapan
d)
Air tangan
10.
- Cikgu Patricia tiba-tiba ________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
a)
atas angin
b)
ada angin
c)
naik angin
d)
khabar angin
100 %
