wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA 1.0

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Banyak orang berhijrah ke Kuala Lumpur kerana di Kuala Lumpur banyak peluang pekerjaan.

a)

ada nyawa, ada rezeki

b)

ada gula ada semut

c)

ada air ada ikan

d)

adakah buaya menolak bangkai?

2.

Shereen menghulurkan bantuan kepadanya ketika dia susah, namun tidak disangka dia sanggup memfitnah Shereen yang pernah menolongnya.

a)

susu dibalas tuba

b)

air pun ada pasang surut

c)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

d)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

3.

Dia hanya pandai bercakap, namun percakapannya tidak diambil peduli oleh orang kerana tiada isi dan tidak ada yang betul.

a)

ada udang di sebalik batu

b)

ayam tak patuk, itik tak sudu

c)

cacing hendak menjadi naga

d)

air beriak tanda tak dalam

4.

Tiada gunanya kita bergaduh, kerana tiada keuntungan yang diperoleh daripada pergaduhan itu.

a)

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

b)

kalah jadi abu, menang jadi arang

c)

alah sabung, menang sorak

d)

alang-alang berminyak biar licin

5.

Pengemis tua itu dihina dan dicaci oleh masyarakat kerana keadaannya yang miskin dan daif.

a)

ayam tak patuk, itik tak sudu

b)

ayam bertelur di atas padi mati kelaparan

c)

garam jatuh ke air

d)

seperti langit dengan bumi

6.

Serangan virus Covid-19 telah menyebabkan puluhan ribu manusia di seluruh dunia mati dalam masa beberapa bulan sahaja.

a)

bagai duri dalam daging

b)

seperti gunting dalam lipatan

c)

seperti ikan kena tuba

d)

seperti air dalam kolam

7.

wajahnya pucat dan badannya kurus sejak dia menghidap penyakit berbahaya itu.

a)

seperti belanda meminta tanah

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti cicak makan kapur

d)

seperti embun di hujung rumput

8.

Ramli terlalu gembira kerana kekasihnya menghadiahkan kereta kepadanya, kerana sudah lama dia menginginkan kereta tersebut, tetapi tidak mampu membelinya sendiri.

a)

pucuk dicita ulam mendatang

b)

naga ditelan ular lidi

c)

susu dibalas dengan tuba

d)

duduk sama rendah berdiri sama tinggi

9.

Ramlah tidak disukai oleh teman sepejabatnya kerana suka menyibuk dan mengambil tahu hal orang lain.

a)

hujung lurus pangkal berkait

b)

seperti gunting dalam lipatan

c)

ikut hati mati, ikut rasa binasa

d)

jaga tepi kain orang

10.

Cici sangat sedih dan hampir murung apabila mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga.

a)

seperti melepaskan anjing tersepit

b)

makan hati berulam jantung

c)

marahkan nyamuk kelambu dibakar

d)

menjadi kambing hitam

11.

Perpindahan Cikgu Amran ke sekolah lain memang menyedihkan, namun kita tidak perlu risau kerana sudah pasti ada orang akan menggantikan tempat beliau.

a)

patah tumbuh hilang berganti

b)

lembu punya susu sapi dapat nama

c)

ayam baru belajar berkokok

d)

sekali air bah sekali pantai berubah

12.

Ayahnya meminta dia menyambung pengajian dalam jurusan sains tetapi emaknya menyuruh dia menyambung pengajian dalam bidang falsafah menyebabkan dia berada dalam keadaan dilema.

a)

berkerat rotan berpatah arang

b)

ditelan mati emak, diluah mati bapa

c)

tepuk dada tanya selera

d)

tiada rotan akar pun berguna

13.

Tindakan ayah yang mencampuri urusan jual beli rumah pusaka kawannya itu akhirnya telah menyusahkannya kerana telah disaman.

a)

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

b)

tiada beban batu digalas

c)

buang yang keruh ambil yang jernih

d)

seperti gergaji dua mata

14.

Saya amat mengagumi Encik Yong kerana sangat tenang walaupun syarikatnya menghadapi masalah kewangan.

a)

seperti anai-anai makan kayu

b)

seperti abu di atas tunggul

c)

seperti katak kena sembur

d)

seperti air dalam kolam

15.

Banyak peminjam menderita apabila dikenakan kadar bunga yang sangat tinggi oleh peminjam wang tidak berlesen tersebut.

a)

seperti lintah menghisap darah

b)

seperti bulan jatuh ke riba

c)

seperti kambing hitam

d)

seperti kera kena belacan

16.

Milah terasa dengan sikap kawan-kawannya yang tidak mempedulikannnya ketika mereka menyiapkan projek sekolah.

a)

biduk lalu kiambang bertaut

b)

seperti melukut di tepi gantang

c)

habis madu sepah dibuang

d)

sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

17.

“ Mengapakah kamu menjual kereta lama itu, walaupun

kamu belum mendapat kereta baharu? Perbuatan kamu

memang seperti kata pepatah _____________________

______________

a)

mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan

b)

sudah jatuh ditimpa tangga

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

seperti tikus jatuh ke beras

18.

Norin tidak dapat menerima kenyataan bahawa hubungan

persahabatannya dengan Zuria sekarang ____________

_______________ akibat perselisihan itu.

a)

seperti abu di atas tunggul

b)

nasi sudah menjadi bubur

c)

berpatah arang berkerat rotan

d)

makan hati berulam jantung

19.

Selama ini Farid bangga dengan kehandalannya berpidato di sekolah, namun kini dia ____________ apabila Hisham yang baru berpindah ke sekolahnya juga handal berpidato.

a)

biduk lalu kiambang bertaut

b)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

c)

bertemu buku dengan ruas

d)

bertelingkah antan di lesung, ayam jug ayam juga yang kenyang

20.

Golongan bangsawan itu tidak kekok bergaul dengan golongan bawahan kerana beliau sedar ___________

a)

jikalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

b)

membujur lalu, melintang patah

c)

seperti gagak pulang ke benua

d)

patah kemudi perahu hanyut