Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAHAP 2_Kata Nama Am

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1 Warganegara yang pulang dari negara luar diminta untuk menjalani _____________ kesihatan.

a)

saringan

b)

pemeriksaan

c)

ujian

d)

rawatan

2.

Setiap penduduk dinasihatkan agar mendapatkan khidmat pakar apabila terdapat _____________ jangkitan Coronavirus.

a)

kesan

b)

ciri

c)

tanda

d)

punca

3.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pihak polis untuk mengadakan ____________ jalan raya untuk mengekang pergerakan orang ramai ke sesuatu tempat.

a)

halangan

b)

sekatan

c)

rintangan

d)

tahanan

4.

Semua warganegara diminta untuk mematuhi ______________ kerajaan untuk menghalang penularan penyakit berjangkit di negara kita.

a)

pedoman

b)

seruan

c)

desakan

d)

suruhan

5.

Pesakit yang positif jangkitan Covid-19 dikuarantinkan demi memutuskan ______________ jangkitan kepada orang lain

a)

aliran

b)

kitaran

c)

rantaian

d)

pusingan

6.

Kita haruslah duduk di rumah dan mematuhi Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) agar ______________ ketiga jangkitan ini tidak meledak di negara kita.

a)

arus

b)

gelombang

c)

medan

d)

wahana

7.

Pesakit diminta untuk menceritakan perkara sebenar kepada doktor sekiranya mempunyai sejarah ________________ dengan orang berjangkit sebelum ini.

a)

sentuhan

b)

geseran

c)

hubungan

d)

kontak

8.

Ibu bapa boleh mendapatkan bahan _______________ yang berkualiti untuk anak-anak melalui laman sesawang pada sepanjang musim PKP ini.

a)

telahan

b)

hafalan

c)

bacaan

d)

taakulan

9.

Orang ramai diseru agar berdiri pada _____________ satu meter daripada orang lain ketika membeli-belah di pasar atau di pasar raya.

a)

selang

b)

langkah

c)

jarak

d)

langkau

10.

Orang ramai dapat melayari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa untuk mendapatkan ______________ terkini tentang jumlah bilangan kes jangkitan ini.

a)

tip

b)

maklumat

c)

pesanan

d)

perangkaan