wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIZIK TG 4 - DAYA DAN TEKANAN

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan satu dawai halus digunakan untuk memotong telur rebus.Tujuan menggunakan dawai halus adalah untuk meningkatkan

a)

daya

b)

tenaga

c)

tekanan

d)

inersia

2.

Rajah menunjukkan sebuah kereta berjism 1 340 kg . Setiap tayar menyentuh tanah dengan keluasan 0.03 m2. Berapakah tekanan yang dikenakan oleh kereta ke atas permukaan tanah?

a)

4.02 x 102 N m-2

b)

1.61 x 103 N m-2

c)

1.12 x 105 N m-2

d)

4.47 x 105 N m-2

3.

Rajah menunjukkan air memancut keluar dari sebuah bekas.Pemerhatian itu menunjukkan bahawa

a)

semakin kecil isi padu air, semakin besar tekanan

b)

semakin besar isi padu air, semakin besar tekanan

c)

semakin besar kedalaman air, h, semakin besar tekanan

d)

semakin kecil kedalaman air,h, semakin besar tekanan

4.

Rajah menunjukkan sebuah bekas berisi air.Perbandingan manakah yang betul mengenai tekanan di P dan di Q?

a)

Tekanan di P > tekanan di Q

b)

Tekanan di P = tekanan di Q

c)

Tekanan di P < tekanan di Q

5.

Rajah menunjukkan satu silinder yang mengandungi minyak. Ketunpatan minyak ialah 800 kg m-3.

Tekanan yang dikenakan oleh minyak di titik X ialah

a)

400 Pa

b)

4 800 Pa

c)

8000 Pa

d)

16 000 Pa

6.

Tekanan yang dihasilkan oleh gas adalah disebabkan oleh

a)

pelanggaran elastik di antara zarah-zarah gas

b)

daya tarikan yang kuat di antara zarah-zarah gas

c)

daya tarikan dan tolakan di antara zarah-zarah gas dan dinding bekas

d)

daya impuls yang dihasilkan akibat pelanggaran antara zarah-zarah gas dan dinding bekas

7.

Tekanan gas dalam bekas adalah disebabkan oleh perlanggaran molekul-molekul gas dengan dinding bekas.Perubahan manakah yang akan meningkatkan tekanan gas?

a)

Meningkatkan halaju purata molekul-molekul gas

b)

Meningkatkan isipadu bekas

c)

Mengurangkan jisim bekas

d)

Mengurangkan suhu gas

8.

Rajah menunjukkan satu tiub-U manometer disambungkan kepada satu tangki gas yang kemudian dibuka injapnya. Tentukan tekanan gas dalam silinder itu.

[Tekanan atmosfera = 75 cm Hg]

a)

5 cm Hg

b)

70 cm Hg

c)

75 cm Hg

d)

80 cm Hg

9.

Rajah menunjukkan sebuah pemadam api digunakan untuk memadamkan kebakarann.Mengapakah buih tidak keluar lagi setelah pemegang ditekan ke bawah seketika?

a)

Buih dalam tangki semuanya telah keluar

b)

Tekanan dalam tangki menjadi sama dengan tekanan atmosfera

c)

Tekanan dalam tangki menjadi lebih tinggi dari tekanan atmosfera

d)

Tekanan dalam tangki menjadi lebih rendah dari tekanan atmosfera

10.

Rajah menunjukkan seorang budak menyedut paket minuman kosong.Pernyataan manakah yang menerangkan situasi ini?

a)

Tekanan dalam paket minuman < tekanan atmosfera

b)

Tekanan dalam paket minuman > tekanan atmosfera

c)

Tekanan dalam paket minuman = tekanan atmosfera

11.

Rajah menunjukkan satu barometer merkuri.Perubahan manakah yang menambahkan ketinggian, h, merkuri itu?

a)

Tambahkan merkuri dalam bekas itu

b)

Letakkan barometer itu di tepi pantai

c)

Letakkan barometer itu di bawah paras laut

d)

Letakkan barometer itu ke puncak sebuah gunung

12.

Rajah menunjukkan satu pam hidraulik. Perbandingan yang manakah benar?

a)

Daya F sama dengan berat beban

b)

Daya F lebih besar dari berat beban

c)

Tekanan pada omboh P sama dengan pada omboh Q

d)

Tekanan pada omboh P lebih kecil daripada tekanan pada omboh Q

13.

Rajah menunjukkan dua buah picagari berlainan saiz yang digunakan untuk mengkaji prinsip Pascal. Daya yang dikenakan pada picagari kecil ialah 5 N dan luas keratan rentas adalah 5.0 x 10-4 m2.Daya yang terhasil pada picagari besar adalah 20 N. Berapakah luas keratan rentas picagari besar itu?

a)

1.25 x 10-2 m2

b)

2.00 x 10-3 m2

c)

7.50 x 10-3 m2

d)

1.25 x 10-4 m2

14.

Rajah menunjukkan dua tabung uji yang serupa, P dan Q, masing-masing mengandungi alas

bebola X dan Y. Semua alas bebola itu mempunyai saiz yang sama tetapi ketumpatan yang berbeza.Daya tujah ke atas tabung uji P dan Q masing-masing adalah FP dan FQ.

Perbandingan manakah yang betul?

a)

FP = FQ

b)

FP >FQ

c)

FP<FQ

15.

Rajah (a) dan Rajah (b) masing-masing menunjukkan satu objek ditimbang di udara dan di dalam air.Berapakah daya tujah ke atas pada objek itu?

a)

1.2 N

b)

4.8 N

c)

6.0 N

d)

7.2 N

16.

Rajah menunjukkan dua kapal yang serupa terapung di sungai dan di laut.Mengapakah kapal tenggelam lebih dalam di dalam air sungai berbanding dengan air laut?

a)

Ketumpatan kapal < ketumpatan air sungai

b)

Ketumpatan kapal > ketumpatan air sungai

c)

Ketumpatan air sungai < ketumpatan air laut

d)

Ketumpatan kapal di sungai > ketumpatan kapal di laut

17.

Rajah menunjukkan garis Plimsoll yang ditanda pada sisi sebuah kapal. Garis Plimsoll digunakan sebagai garis rujukan untuk mengelakkan lebih muatan.Garis Plimsoll ini ditanda berdasarkan kepada

a)

Prinsip Pascal

b)

Prinsip Bernoulli

c)

Prinsip Archimedes

d)

Prinsip Keabadian Momentum

18.

Peralatan manakah yang berfungsi berdasarkan prinsip Bernoulli?

a)

Pam penyedut

b)

Penunu Bunsen

c)

Pembersih vakum

d)

Jek hidraulik

19.

Rajah menunjukkan model sebuah sayap kapal terbang. Antara bahagian A. B, C dan D, yang manakah mengalami tekanan paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Rajah menunjukkan seorang murid meniup dengan kuat di antara dua nyalaan lilin. Mengapakah nyalaan lilin itu mendekati antara satu sama lain apabila ditiup?

a)

Suhu di antara nyalaan lilin menjadi rendah

b)

Tekanan di antara nyalaan lilin menjadi rendah

c)

Wujud kawasan vakum di antara nyalaan lilin

d)

Udara panas di bahagian bawah lilin naik ke atas