wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM - KATA ADJEKTIF

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

a)

cair

b)

putih

c)

pekat

d)

merah

2.

Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

a)

ketat

b)

besar

c)

singkat

d)

longgar

3.

Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.

a)

kelat

b)

enak

c)

manis

d)

masam

4.

Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

a)

tajam

b)

kasar

c)

kesat

d)

tumpul

5.

Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

a)

jernih

b)

hitam

c)

kotor

d)

bersih

6.

__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

a)

Indah

b)

Muram

c)

Kelam

d)

Sayup

7.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hancing

8.

Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

a)

serak

b)

garau

c)

merdu

d)

nyaring

9.

Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

a)

sombong

b)

senang

c)

ramah

d)

kasar

10.

Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.

a)

kegelapan

b)

kedinginan

c)

kemalapan

d)

kepanasan

11.

Jalan-jalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur menjadi_____________ sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

a)

lengang

b)

sunyi

c)

muram

d)

suram

12.

Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

a)

menggelupas

b)

menggerutu

c)

melecur

d)

melecit

13.

Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

a)

kesat

b)

telap

c)

telus

d)

kalis

14.

Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam

a)

terkilan

b)

runsing

c)

murung

d)

sengsara

15.

Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .

a)

pelik

b)

gawat

c)

runsing

d)

rencam

16.

Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu .

a)

busuk ... tengik

b)

hanyir ... wangi

c)

hapak ... harum

d)

hancing ... mersik

17.

Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu

a)

becak

b)

lembik

c)

lembap

d)

bengkok

18.

Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.

a)

pantas

b)

cepat

c)

deras

d)

kencang

19.

Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________

a)

hapak

b)

tengik

c)

hamis

d)

haring

20.

Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.

a)

tertib

b)

gopoh

c)

pantas

d)

cermat

21.

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.

a)

kelajuan

b)

kelalaian

c)

keberanian

d)

kesibukan

22.

Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.

a)

laju

b)

petah

c)

bising

d)

pandai

23.

Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.

a)

kuat

b)

lebat

c)

hebat

d)

renyai

24.

Thaqif yang berusia 12 tahun begitu ________ menggunakan komputer kerana berjaya membina permainan video pada usia muda.

a)

geliga

b)

cekap

c)

petah

d)

fasih

25.

Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.

a)

kelat

b)

pahit

c)

manis

d)

masam

26.

Pada hari minggu, Albert sekeluarga menonton televisyen hingga __________ malam.

a)

hari

b)

larut

c)

gelap

d)

tengah

27.

Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.

a)

jauh

b)

cetek

c)

dalam

d)

dangkal

28.

Kerepek ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

a)

lembik

b)

hapak

c)

lemau

d)

garing

29.

"Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku," kata Cikgu Siti Noridah.

a)

bijak

b)

malas

c)

susah

d)

penat

30.

Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.

a)

asyik

b)

tekun

c)

sering

d)

banyak

31.

Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.

a)

landai

b)

curam

c)

cetek

d)

rendah

32.

Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.

a)

sarat

b)

sendat

c)

sumbat

d)

sendal

33.

Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________

a)

rangup

b)

lemau

c)

rapuh

d)

hangit

34.

Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .

a)

kuat

b)

patuh

c)

cekal

d)

berani

35.

Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak

a)

kesian

b)

hampa

c)

hancur

d)

resah

36.

Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran.

a)

kuat

b)

kasar

c)

tinggi

d)

kesat

37.

Kucing itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.

a)

baru

b)

lama

c)

segar

d)

layu

38.

Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar

a)

masuk

b)

muat

c)

mual

d)

muak

39.

Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sekelasnya.

a)

pilu

b)

gusar

c)

geram

d)

resah

40.

Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.

a)

sibuk

b)

damai

c)

nyaman

d)

serabut