wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi bab 1 hingga 5 (tingkatan 1)

Total questions: 35

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Empat arah mata angin utama mengikut arah jam ialah

a)

Utara, Timur, Tenggara, Barat laut

b)

Utara, Timur, Selatan, Barat daya

c)

Utara, Timur, Selatan, Barat

d)

Utara, Selatan, Barat daya, Barat

2.

Empat mata angin perantaraan mengikut arah pusingan jam ialah

a)

Timur laut, Tenggara, Barat, Utara

b)

Tenggara, Selatan, Barat daya, Barat laut

c)

Timur laut, Tenggara, Barat daya, Selatan

d)

Timur laut, Tenggara, Barat daya, Barat laut

3.

Sekiranya anda memandang ke arah matahari terbit, maka tangan kanan anda akan menunjuk ke arah

a)

Utara

b)

Selatan

c)

Timur

d)

Barat

4.

Sekiranya anda memandang ke arah matahari terbenam, muka anda akan memandang ke arah

a)

Utara

b)

Selatan

c)

Timur

d)

Barat

5.

Kompas magnetik terdiri dari 3 bahagian iaitu

a)

Jarum kompas, Pelindung dan Pemuka

b)

Perumah, Jarum kompas dan Pendinding

c)

Perumah, Pemuka dan Penjarum

d)

Perumah, Pemuka dan Jarum Kompas

6.

Apakah nama alatan dalam gambar?

a)

Jangka lukis

b)

Jangka tolok

c)

Jangka sudut

d)

Jangka pendek

7.

Berapakah bearing sudutan bagi rajah di atas?

a)

105°

b)

110°

c)

115°

d)

120°

8.

Berdasarkan pernyataan di atas, tentukan manfaat aplikasi GPS kepada manusia

a)

Menghubungkan manusia

b)

Mengukur jarak antara dua tempat

c)

Mengesan kelajuan bas dan lori

d)

Menjejaki kapal terbang yang terhempas

9.
Di sebelah kanan Anis ialah
a)
Musa
b)
Aizat
c)
Choo
d)
Wani
10.
Garisan R dikenali dengan nama
a)
Garisan Khatulistiwa
b)
Garisan Jadi
c)
Garisan Sartan
d)
Garisan Artik
11.
Garisan _______ terletak pada 180⁰T/B yang selari 
a)
Meridian Pangkal
b)
Khatulistiwa
c)
Jadi
d)
Tarikh Antarabangsa
12.

Apakah maksud arah?

a)

Hala tuju sesuatu tempat dari suatu tempat yang lain

b)

Jarak yang sebenar di atas permukaan bumi

c)

Bahagian bumi yang terletak di bahagian paling utara

d)

Arah sesuatu objek dari satu titik rujukan

13.

Yang manakah merupakan langkah KETIGA dalam panduan mengorientasikan kompas magnetik?

a)

Letakkan kompas pada permukaan yang rata.

b)

Berdiri menghadap objek yang anda ingin tentukan arah.

c)

Orientasikan kompas dengan memusingkan perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah utara.

d)

Anda dapat menentukan arah objek tersebut dengan menggunakan kompas.

14.

Kedudukan relatif ditentukan dengan merujuk

a)

Kedudukan

b)

Jarak mutlak

c)

Titik rujukan

d)

Nisbah

15.

Apakah unit yang digunakan untuk bearing?

a)

Sudutan

b)

Meter

c)

Minit

d)

Darjah

16.

Garisan yang dilukis secara melintang atau mendatar pada glob atau peta atlas.


Pernyataan di atas ialah maksud _____

a)

Latitud

b)

Longitud

c)

Garisan Meridian Pangkal

d)

Garisan Tarikh Antarabangsa

17.

Garisan yang terletak pada latitud 23 1/2° S ialah

a)

Garisan Artik

b)

Garisan Sartan

c)

Garisan Jadi

d)

Garisan Antartik

18.

Apakah ciri-ciri peta lakar?

a)

Tajuk

b)

Sudut

c)

Arah mata angin

d)

Simbol

e)

Jalan raya

19.

Apakah maksud pandang darat fizikal?

a)

Ciri-ciri semula jadi

b)

Buatan manusia

c)

Ciptaan Tuhan

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri pandang darat budaya?

a)

Paya bakau

b)

Kelapa sawit

c)

Sawah padi

d)

Hutan

21.

P. P. = Pejabat pos

B. P. = Balai polis

Sg. = Sungai

Sek. = Sekolah


Apakah jenis bagi simbol dalam peta lakar di atas?

a)

Simbol kawasan

b)

Simbol titik

c)

Simbol garisan

d)

Singkatan perkataan

22.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia ialah

a)

Kuala Lumpur

b)

Putrajaya

c)

Shah Alam

d)

Cyberjaya

23.

Apakah nama negeri yang terletak di bahagian paling utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand?

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Johor

24.

Antara berikut, yang manakah benar berkaitan Sistem Fizikal Bumi?

a)

Atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera

b)

Atmosfera, litosfera, hidrosfera dan eksosfera

c)

Atmosfera, mesosfera, hidrosfera dan biosfera

d)

Atmosfera, litosfera, termosfera dan biosfera

25.

Kawasan yang didiami oleh semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.


Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

Atmosfera

b)

Biosfera

c)

Litosfera

d)

Hidrosfera

26.
  • Lapisan bumi yang paling keras.
  • Terdiri daripada dua lapisan iaitu sial dan sima.


Pernyataan tersebut merujuk kepada kawasan bertanda

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

27.

Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi.

Berapakah jumlah benua yang terdapat di permukaan bumi?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

28.
  • Lautan terbesar di dunia. Mempunyai purata kedalaman 4300 meter.


Maklumat di atas merujuk kepada lautan

a)

Artik

b)

Atlantik

c)

Hindi

d)

Pasifik

29.

Merupakan benua yang terbesar.

Benua tersebut adalah..

a)

Benua Asia

b)

Benua Afrika

c)

Benua Amerika Utara

d)

Benua Amerika Selatan

30.

Perubahan bentuk fizikal bumi dalam gambar di atas dikenali sebagai

a)

Penguraian benua

b)

Hanyutan benua

c)

Pembesaran benua

d)

Pengakhiran benua

31.

Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan dua proses iaitu

a)

Pertembungan dan pencapahan

b)

Pertembungan dan pemisahan

c)

Lagaan dan penguraian

d)

Lagaan dan pemisahan

32.

Gambar di atas merujuk kepada proses pembentukan

a)

Gunung lipat

b)

Gunung bongkah

c)

Gunung berapi

d)

Gunung berliku

33.

X dalam peta di atas merujuk kepada

a)

Lautan Artik

b)

Lautan Pasifik

c)

Lautan Selatan

d)

Lautan Hindi

34.

negara-negara berikut bersempadan dengan semenanjung Malaysia kecuali

a)

Thailand

b)

Laos

c)

Singapura

35.

Sabah dan Sarawak bersempadan dengan

a)

Pulau tengah (Indonesia)

b)

Jawa (Indonesia)

c)

Kalimantan (Indonesia)

d)

Sumatera (Indonesia)