Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6 pemeliharaan dan pemuliharaan

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi haiwan yang telah pupus?

a)

Haiwan yang diancam kepupusan

b)

Haiwan yang sudah tidak lagi wujud di dunia

c)

Haiwan yang berasal dari zaman purba

2.

Antara haiwan berikut, yang manakah diancam kepupusan

a)
b)
c)
3.

Pemuliharaan bermaksud

a)

Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal

b)

Mengumpulkan data tentang kemusnahan hutan

c)

Mengekalkan keadaan asal sesuatu kawasan supaya tidak terjejas

4.

Mengapa panda diancam kepupusan?

a)

Kemarau panjang

b)

Diburu secara berleluasa.

c)

Dimakan oleh haiwan lain

d)

habitatnya semakin berkurangan

5.

Apakah yang menyebabkan tumbuhan ini diancam kepupusan?

a)

bencana alam

b)

pencemaran air

c)

pembuangan bahan buangan toksik

d)

penerokaan hutan secara tidak terancang

6.

Apakah aktiviti yang mengancam haiwan dan tumbuhan?

a)

Pemburuan haram

b)

Mengadakan kempen bumi hijau

c)

Mewujudkan pusat pemuliharaan

7.

Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menjaga khazanah hutan kecuali

a)

Mewujudkan taman negara

b)

Memungut hasil hutan seperti bunga pakma untuk tujuan perubatan

c)

Menguatkuasa undang-undang terhadap aktiviti pembalakan

8.

.................. bermaksud mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan supaya tidak musnah.

a)

Pemeliharaan

b)

Pemuliharaan

9.

Apakah kumpulan yang boleh diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan haiwan di atas?

a)

T-Rex

b)

Dugong

c)

Mamot

d)

Harimau bertaring lengkung

10.
Antara haiwan berikut, yang manakah telah pupus?
a)
Rusa
b)
Badak Sumbu
c)
Harimau dahan Taiwan
d)
Orang Utan
11.
Burung dodo banyak terdapat di kepulauan Mauritius. Namun ianya telah pupus. Pada pendapat kamu apakah punca kepupusan burung dodo?
a)
Hujan meteor.
b)
Perubahan suhu yang mendadak.
c)
Diburu oleh pelayar untuk dagingnya
d)
Hentaman komet.
12.

Pernyataan di bawah merupakan langkah-langkah pemeliharaan haiwan dan tumbuhan kecuali

a)

Mengadakan Kempen anti pembalakan dan pemburuan haram

b)

Mewujudkan hutan simpan atau Taman Negara

c)

Membeli produk berasaskan haiwan yang terancam

d)

Menguatkuasakan undang-undang

13.

Mengapakah gajah diancam kepupusan?

a)

Bencana alam

b)

Pemburuan haram

c)

Pencemaran

d)

Penebangan pokok

14.

Yang manakah merupakan kesan aktiviti pembalakan secara berleluasa?

a)

Kekurangan sumber makanan

b)

kewujudan spesies baharu

c)

Persaingan antara haiwan

d)

kepupusan haiwan dan tumbuhan

15.

Antara berikut yang manakah diancam kepupusan?

a)
b)
c)
d)
16.

Apakah cara terbaik mengatasi pengeluaran barangan daripada kulit haiwan ini?

a)

Mewartakan hutan simpan

b)

mewujudkan pusar rehabilitasi haiwan

c)

menguatkuasakan undang-undang pemburuan dan penyeludupan

d)

menganjurkan kempen menentang pembalakan

17.
Aktiviti berikut menunjukkan aktiviti pemeliharaan, kecuali...
a)
Elakkan membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan spesies haiwan terancam.
b)
Menebang pokok terpilih sahaja bagi mengelakkan kepupusan tumbuhan.
c)
Menganjurkan kempen yang menentang pembalakan dan pemburuan haram.
d)
Menanam semula pokok.
18.

apakah 2 tumbuhan yang semakin diancam kepupusan?

a)

rafflesia

b)

periuk kera

c)

pokok ketapang

d)

pokok kelapa

19.

Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan?

a)

Mewartakan kawasan penyu bertelur

b)

Memperbanyakkan kawasan hutan simpan

c)

Mengeluarkan lebih banyak lesen memburu

d)

Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemburu haram

20.

Antara aktiviti berikut, yang manakah yang boleh mengekalkan keseimbangan alam?

a)

Membuang sampah sarap ke dalam sungai

b)

Menggalakkan pembinaan rumah di kawasan yang tinggi

c)

Memudahkan pemberian lesen untuk memburu

d)

Mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpanan

21.

Dua haiwan ini diburu untuk mendapatkan

a)

bulu

b)

lemak

c)

gading

d)

tanduk

22.

Antara yang berikut, yang manakah bukan langkah-langkah pemuliharaan spesies hidupan?

a)

Pembiakan penyu

b)

Menanam semula pokok hutan

c)

Mengadakan pusat-pusat penyelidikan

d)

Menggalakkan industri barangan dari kulit haiwan liar

23.

Antara yang berikut, yang manakah bukan tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan?

a)

Penanaman semula pokok hutan

b)

Industri kulit haiwan liar

c)

Membalak secara terpilih

d)

Mengawal pemburuan haiwan

24.

Manakah antara dua tumbuhan di bawah diesploitasi untuk tujuan perubatan?

a)

cengal

b)

keruing

c)

tongkat ali

d)

kacip fatimah

25.

Apakah kesan buruk daripada bencana ini?

a)

kualiti air bertambah baik

b)

hidupan akuatik musnah

c)

hasil tangkapan nelayan bertambah

d)

bilangan burung laut meningkat

26.

Pembinaan lebuhraya dan jambatan merentasi hutan belantara merupakan aktiviti pengolahan alam oleh manusia.

Apakah kesan aktiviti itu kepada alam sekitar?

a)

Sistem jalan raya yang semakin baik

b)

Dapat mengurangkan kesesakan

c)

Mengakibatkan tanah runtuh

d)

Kemusnahan habitat hidupan

27.

Satu langkah pemuliharaan ialah...

a)

Memburu haiwan untuk makanan

b)

Menebang pokok untuk pembangunan

c)

Menanam semula pokok dan tumbuhan

28.

Gambar di bawah menunjukkan suatu kawasan yang telah diisytiharkan sebaga Taman Negara. Apakah yang tidak boleh dilakukan di kawasan tersebut.

a)

Melakukan aktiviti pembalakan secara kecil-kecilan

b)

Mengadakan lawatan sambil belajar

c)

Menaiki bot menyusuri sungai

d)

Melakukan aktiviti "jungle trekking"

29.

Azizi bersama keluarganya bergerak dari Jeli Kelantan ke Gerik di Perak melalui Jalan Raya Timur Barat. Dalam perjalanan tersebut dia mendapati terdapat banyak longgokan kayu balak di tepi jalan walaupun terdapat papan tanda hutan simpanan di kawasan tersebut. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh beliau?

a)

Berhenti di situ dan manjalankan kempen terhadap orang yang lalu di situ

b)

Memarahi pemandu lori balak

c)

Membiarkan sahaja perkara tersebut

d)

Melaporkan kepada pihak berkuasa

30.

Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menjaga khazanah hutan negara kecuali

a)

Mewujudkan Taman Negara

b)

Memungut hasil hutan seperti bunga pakma untuk tujuan perubatan

c)

Menguatkuasakan undang-undang terhadap aktiviti pemburuan dan pembalakan haram

d)

Melaksanakan kempen Cintai Hutan Kita